Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kinarut

IKBN Kinarut (348)

 

 

“ 5 TAHUN BERPENGALAMAN MASAK BUBUR LAMBUK “

 

 

KINARUT; Diam-diam ubi berisi, rupa-rupanya 5 tahun berpengalaman dalam menyiapkan masak bubur lambuk di Selangor.

 

Pengajar Bahasa Inggeris Cik Joanne Mercilynne P Juanico mengetuai gotong royong bersama-sama kakitangan dan pelajar IKBN Kinarut bagi menyediakan 300 bungkus bubur lambuk kepada semua warga IKBN Kinarut yang melibatkan Pengawal Keselamatan, Pekerja Pembersihan dan Pelajar IKBN Kinarut.

 

 

PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1/2018 IKBN KINARUT

 

 

IKBN KINARUT– Seramai 394 orang calon pelatih IKBN Kinarut telah menduduki Peperiksaan Akhir bagi sesi Januari 2018 sedang berlangsung di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Peperiksaan akhir bagi sesi Januari 2018 kali ini telah bermula pada 21 Mei 2018 sehingga 08 Jun 2018 serta peperiksaan dilaksanakan serentak bagi seluruh ILKBS se-Malaysia.

 

Menurut kenyataan Cawangan Penyelarasan Kawalan & Kualiti (CPKK) IKBN Kinarut daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan akhir merupakan pelatih-pelatih daripada pelbagai kursus, antaranya Penjaga Jentera Elektrik, Pendawaian Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik & Komersial dan Binaan Bangunan. Pentauliahan adalah melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Kompeten Suruhanjaya Tenaga (ST).

 

“Seramai 40 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan, “ jelas kenyataan itu.

 

Cawangan Penyelarasan Kawalan & Kualiti (CPKK) mengingatkan semua calon agar merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlansung.

 

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan kad pelajar serta keperluan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. 

Isnin, 28 May 2018 09:10

“ TETAMU YANG DIRINDUI “

Written by

 

 

“ TETAMU YANG DIRINDUI “

 

KINARUT ; Bersempena di Ramadan , Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menganjurkan ceramah agama Ambang Ramadan 1439 Hijrah bertempat di Surau Al-Hidayah, IKBN Kinarut.

Program istimewa ini menampilkan Ustaz Mohamad Nasir Othman, Timbalan Mudir Maahad Tahfiz Darul Hadis Sabah. Beliau menjelaskan sekiranya seseorang berpuasa dengan taqwa ia dapat mengembangkan emosi, mendidik kejujuran, meningkat ilmu pengetahuan, mendidik kesetaraan, mendidik disiplin dan mengajar erti kesabaran.

Ramadan haruslah dihidupkan dengan dua perkara iaitu As Siyam (menahan diri dari sifat-sifat mazmumah) dan Al Qiyam iaitu membangunkan Ramadan dengan aktiviti tadarus al Quran, qiamullail, solat tarawih, infaq dan sebagainya.

Tambah beliau lagi, bagi mengimarahkan Ramadan, pelbagai aktiviti keagamaan disediakan untuk semua warga IKBN Kinarut sepanjang bulan Ramadan ini. Seluruh warga IKBN Kinarut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Turut hadir dalam ceramah tersebut Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Dan Pengurusan IKBN Kinarut Encik Himran  Entoh dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah  Latihan En. Suhaidi  Mustar.

 

 

36 SERTAI KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN

 

 

KINARUT ; Seramai 36 orang pelajar semester akhir IKBN Kinarut baru-baru ini telah berjaya menamatkan Kursus Rancangan Perniagaan Siri II bertempat di Dewan Transformasi IKBN Kinarut, Sabah.

 

Majlis penutupan kursus telah dilakukan oleh Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut. Turut hadir ialah Puan Isma Baizura Ismail Pegawai Penyelaras kursus dan penceramah dari Akademik Pembangunan Belia Malaysia Batuh Gajah, Perak.

 

Kursus selama 5 hari tersebut lebih menekankan aktiviti latihan dalam kumpulan serta bengkel dan pembentangan kertas projek perniagaan. Disamping itu para peserta juga diajar tentang penyata akhir wang tunai dan untung rugi serta kunci kira-kira.

 

 

85 ORANG PESERTA GANGSA ARP IKBN KINARUT LENGKAPKAN KOMPONEN PENJELAJAHAN LASAK

 

 

KINARUT; Laungan kata-kata “Go Hard or Go Hostel” membakar semangat para pelajar IKBN Kinarut sempena Program Penjelajahan Lasak bertempat di kawasan sekitar Kinarut dimana program yang berkonsepkan rekreasi fizikal ini merupakan kali yang kedua diadakan di IKBN Kinarut selepas sesi pertama pada tahun 2017 telah memberi impak perubahan yang lebih positif kepada para peserta Gangsa ARP IKBN Kinarut.

 

Aktiviti penjelajahan lasak ini merupakan salah satu komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPMM) IKBN Kinarut bagi kategori gangsa bertujuan untuk menyerlahkan bakat pelajar yang terpendam dalam pelbagai aspek yang membolehkan pelajar lebih yakin dengan diri sendiri dengan cara mengekspresikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan.

 

Seramai 85 orang pelajar telah mengikuti program ini dari berbagai jurusan yang ada di IKBN Kinarut dan kesemua mereka telah berjaya menamatkan penjelajahan sejauh 24 kilometer mengikut laluan jalan raya bermula daripada IKBN Kinarut menuju ke Nuluhon Outbound School Kinarut dan menggunakan laluan hutan(trail) menembusi perkampungan Kampung Gusi dan seterusnya menggunakan laluan jalan raya menuju ke IKBN Kinarut.

 

Pelbagai halangan yang ditempuhi oleh peserta sepanjang program ini berlangsung seperti berjalan kaki sejauh 24KM dalam keadaan cuaca yang sangat panas disamping terpaksa menempuhi laluan yang berbukit,curam dan juga licin. Terdapat peserta yang mengalami kekejangan otot semasa mengikuti program ini namun berjaya meneruskan perjalanan apabila dibantu oleh rakan-rakan peserta yang lain.

 

Turut hadir dalam penutupan program tersebut iaitu Encik Himran Bin Entoh, Timbalan Pengarah IKBN Kinarut. Semasa penutupan program berkenaan beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menamatkan penjelajahan tersebut dan memberikan kata-kata semangat kepada para peserta agar terus memberikan komitmen kepada program ARPRM IKBN Kinarut sehingga berjaya ditauliahkan pingat gangsa.

 

5 PELAJAR IKBN KINARUT TURUT SERTA PRA KELAYAKAN WSMB 2018

 

 

KOTA KINABALU ; 6 Institutsi TVET bertanding dalam Pertandingan Pra Kelayakan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2018 yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Akademik Binaan Malaysia (IBM) Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

 

Pertandingan WorldSkills Malaysia kategori Belia (WSMB) atau dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul.

 

Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.

 

 

126 PELATIH IKBN KINARUT HADIR GREAT 2018

 

 

KOTA KINABALU ; GREAT 2018 memberi peluang kepada pelajar menjadi usahawan dengan membuka peluang dan akses menerusi Program Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2018 di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

 

Program anjuran bersama Kementerian Kewangan, Kerajaan negeri Sabah dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) bertujuan untuk melengkapkan ekosistem keusahawanan selain memperhebat dan melonjakkan sektor keusahawanan ke tahap yang lebih baik telah diadakan di Sabah Trade Centre.

 

Antara objektif program GREAT 2018 adalah menghapuskan jurang antara usahawan dengan kerajaan, agensi dan sektor swasta yang lain, dan memberi lebih banyak ruang pasaran kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan.

 

Program GREAT 2018 yang diadakan selama dua hari itu merangkumi pelbagai bengkel, seminar dan program yang diadakan khas untuk perkongsian maklumat dan pengalaman selain meluaskan kenalan professional dan juga untuk memudahkan akses kepada lebih 50 agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dimana seramai 126 orang pelajar-pelajar IKBN Kinarut berpeluang menghadiri beberapa slot yang dianjurkan oleh pihak GREAT 2018.

 

Antara seminar yang dihadir oleh pelajar-pelajar IKBN Kinarut adalah Seminar TVET yang bertajuk “Industrial Revolution Skill Development” yang disampaikan oleh Dr Zolhilmi Mohamed Ashari.

 

Turut hadir dalam program ini adalah Dato Muzamir Mustafa, Ketua Koordinator GREAT 2018.

 

 

4 PERAK DAN 7 GANGSA DI KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA SABAH

 

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) ; Komponen kemahiran silat (Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda) IKBN Kinarut beraksi cemerlang rangkul 4 pingat perak dan 7 gangsa pada Kejohanan Silat Olahraga dan Malam Pahlawan (Pahlawan Dirgahayu) di Universiti Malaysia Sabah minggu lalu.

 

Kontinjen Silat Olahraga IKBN Kinarut yang diilhamkan oleh Program ARP Komponen Kemahiran IKBN Kinarut menyertai Kejohanan Silat Olahraga dan Malam Pahlawan (Pahlawan Dirgahayu) Anjuran Persatuan Silat Kalimah Malaysia Sabah menunjukkan prestasi cemerlang melalui Kejohanan Pertama apabila berjaya membawa pulang 4 Pingat Perak dan 7 Pingat Gangsa bagi kontinjen IKBN Kinarut.

 

Kontinjen yang diketuai oleh Jurulatih Masli Bin Marsuki yang juga pelajar Jurusan Penjaga Jentera Elektrik A1 Semester 6 menunjukkan prestasi cemerlang apabila melayakkan diri bagi 4 Perlawanan Akhir yang berkesudahan mendapat pingat 4 Pingat Perak melalui Mohamad Nizam Bin Nawir, Muhammad Yuzzairey Bin Abdullah, Ratna Binti Jamain dan juga Halimatul Sa’adiah Binti Jamain.


Sebanyak 7 pingat gangsa telah disumbangkan oleh Mohd Faris Adli Bin Jatiman, Mohd Rasis Bin Morius, Hidayatullah Bin Umar, Muhammad Hafizuddin Chong, Mohd Supri Bin Romzi, Mohd Nasri Bin M. Sarip dan Nurul Ahyuni Binti Jasni.


Pada kejohanan tersebut seramai 14 Pasukan yang berentap bagi memburu pingat iaitu Kelab Seni Silat Angkasa Universiti Malaysia Sabah, MSN SUKMA Sabah, Psukan Silat Lawas Sarawak, Kelab Silat Kolej Komuniti Tambunan, Perguruan Satria Rajawali Kuntau Babas Tambunan, Persatuan Silat Spring SeWarJad Membakut, Persatuan Seni Silat Genggam Wahyuni Pengalat Kecil Papar, Kota Marudu, Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia Cawangan Sabah, NBUC Fatani, Kelab Silat Olahraga Kampung Likas, Silat Kalimah @ E, dan Pasukan Silat Perguruan Keningau.



 

 

IKBN KINARUT MERIAHKAN KARNIVAL KURIKULUM DAN MINGGU KERJAYA SMK APIN-APIN, KENINGAU

KENINGAU ; IKBN Kinarut menerima undangan dari SMK Apin-Apin, Keningau sempena program Karnival kurikulum dan minggu kerjaya sekolah berkenaan yang berlangsung dari 23 hingga 27 April 2018 yang lalu.

 

Menurut Cikgu Roefina Hendry, Penyelaras Program berkenaan menyatakan perasaan gembira dan teruja menerima kehadiran dari IKBN Kinarut bagi memperkenalkan institut berkenaan termasuk bidang-bidang kemahiran yang ditawarkan kepada pada pelajar mahupun bekas pelajar yang berminat.

 

Seterusnya beliau menambah bahawa IKBN merupakan antara pilihan terbaik untuk disyorkan kepada para pelajar yang tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

 

Kemudahan pengajian seperti yuran, penginapan, makan-minum dan fasiliti pembelajaran yang hampir keseluruhannya ditanggung oleh Kerajaan amat-amat diperlukan oleh pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Jumaat, 27 April 2018 11:38

IKBN TAMAT SESI JPB 2018 DI KINABATANGAN

Written by

 

 

IKBN TAMAT SESI JPB 2018 DI KINABATANGAN

 

 

KINABATANGAN ; 25 April 2018 - Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 berkunjung ke lokasi terakhir bagi Zon Borneo Sabah pada hari ini bertempat di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan dan disempurnakan oleh YB Datuk Bung Mokhtar Radin, Pengerusi FELCRA merangkap Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan.

 

Sebanyak 20 buah institusi pendidikan Awam dan swasta termasuk IKBN Kinarut yang akan membuka ruang dan jaminan kepada belia-belia yang telah tamat SPM dan STPM agar mendapat tempat bagi menyambung pendidikan mereka diperingkat Sijil, Diploma, Ijazah mahupun bidang Kemahiran (TVET).

 

Siri jelajah kali ini kebanyakkan belia-belia adalah terdiri dari anak-anak petani dan nelayan yang hidup serba kekurangan dikawasan Beluran, Kinabatangan dan Sandakan.

 

Melaui Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 akan memberi peluang serta manfaat kepada 2000 orang dari daerah berkenaan untuk memajukan diri dan menjamin masa depan belia-belia pedalaman agar dapat meningkatkan pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

 

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 telah menamatkan siri penjelajahan di Negeri Sabah yang berakhir di Kinabatangan dan akan berkunjung ke Negeri Sarawak bagi mengakhiri siri Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 bagi zon Borneo.

Halaman 12 dari 25