Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kinarut

IKBN Kinarut (347)

 

 

PROGRAM OUTREACH IKBN BERSAMA MAJLIS BELIA FELDA SAHABAT

 

 

 

LAHAD DATU ; IKBN telah mengadakan satu program outreach bersama belia-belia Felda Sabahat yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Felda Sahabat 3 dengan kerjasama Majlis Belia Felda Sabahat yang diadakan di Dewan Semai Bakti Desa Kencana baru-baru ini.

 

Program ini bertujuan memberi penerangan berkenaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut serta pendedahan dan pentingnya pendidikan TVET kepada belia-belia Felda Sahabat selaras dengan halatuju Industri 4.0 yang akan memberi impak besar dalam pembangunan Negara.

 

Menerusi program ini juga, Unit Promosi IKBN Kinarut turut membuka booth pameran bagi membolehkan belia-belia mendapatkan info yang lebih lanjut berkenaan IKBN Kinarut serta kursus-kursus yang ditawarkan.

 

Turut serta di program tersebut iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Encik Zazali Zahari Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar.

Rabu, 07 August 2019 10:32

PROGRAM SESI TEMUDUGA TERBUKA

Written by

 

 

     PROGRAM SESI TEMUDUGA TERBUKA

 

 

KINARUT ; Seramai 58 orang pelajar IKBN dan individu telah menghadiri sesi temuduga tersebut yang bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang yang diadakan di Bilik Inovasi, IKBN Kinarut.

 

Sebanyak 5 syarikat mengadakan sesi temuduga terbuka untuk menjawat dalam pelbagai jawatan dan pihak IKBN Kinarut telah menjemput individu dan pelajar IKBN yang berkelayakan untuk menghadiri sesi temuduga yang telah dianjurkan oleh Bahagian Cawangan Hubungan Industri IKBN Kinarut untuk mengisi kekosongan pekerjaan tersebut.

 

Antara syarikat yang telah mengambil bahagian dalam sesi tersebut ialah Syarikat Naziela Enterprise, Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Gayana Eco and Bunga Raya Island Resort, Frontier Engineering Solution Sdn Bhd dan Sibiling Home & Kitchen Sdn Bhd.    

 

 

PROGRAM SESI MINI DIALOG BERSAMA INDUSTRI

 

 

 

KINARUT ; Seramai 10 wakil syarikat tempatan dan multi nasional telah bersama-sama menghadiri sesi mini dialog bersama dengan YB. Tuan Azhar Datuk Haji Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah dan turut menghadiri sesi tersebut ialah YBRS.DR.IR.Azmi Bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan yang diringi oleh Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik Dan Kreatif KBS En. Kumaran A/L Nadaraja bersama dengan Timbalan Pengarah Hal Ehwal pelajar IKBN Kinarut En. Himran Bin Entoh mewakili Pengarah IKBN Kinarut.

 

Antara intipati perbincangan dalam sesi dialog tersebut adalah mendapatkan maklumbalas dari pihak industri dalam perlaksanaan MOU dari tahun 2014 sehingga tahun 2018. Sesi ini juga menbincangkan perancangan penambahbaikan bagi kedua-dua pihak dengan membuat unjuran keperluan tenaga mahir bagi tahun 2018-2019. Pihak KBS berpendapat, pihak industri menjadi platform dan medium kepada pihak pengurusan tertinggi KBS untuk bertukar pendapat dan menjalinkan hubungan erat yang sedia ada serta memastikan semua industri mendapat peluang untuk berinteraksi, memberi pendapat dan melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi kerjasama kedua pihak. Majlis ini berlangsung di Bilik Mesyuarat IKBN Kinarut.

 

 

46 ORANG PELATIH IKBN KINARUT DITAULIAH ARP TAHAP PERAK MANAKALA 75 ORANG TAHAP GANGSA

 

 

 

KINARUT ; Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja IKBN Kinarut telah berlangsung dengan penuh meriah apabila Majlis Penyampian Sijil Tauliah telah disampaikan oleh YBHG. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 

Terdahulu dalam ucapan perasmian beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta ARP yang layak ditauliahkan anugerah Perak dan Gangsa dan memberi penekanan bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti ARP adalah salah satu aktiviti yang mampu memberikan kesan mendalam dalam jiwa sanubari setiap peserta melalui penglibatan aktiviti secara sukarelawan dalam setiap komponen yang mereka sertai.

 

YBHG. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof juga memuji persembahan tarian kebudayaan daripada peserta ARP dan menyarankan bakat-bakat yang mereka ada harus diketengahkan agar terus bersinar dan tarian-tarian kebudayaan di Sabah khususnya tidak akan hilang ditelan zaman.

Sejak program ARP diwajibkan di semua ILKBS IKBN Kinarut telah bermula dengan seramai 26 orang peserta pada sesi Julai 2017 dan kesemua peserta tersebut layak untuk ditauliahkan pingat gangsa.

 

Pada masa ini seramai 23 orang sedang menjalankan projek anugerah Emas, 75 orang perak dan 130 orang tahap gangsa bagi tahun 2019.

 

IKBN Kinarut menawarkan Komponen Kemahiran seperti Kemahiran Permainan Golf, Kemahiran Bermain Alat Muzik (Gitar), Kemahiran Silat, Kemahiran Pengacaraan Majlis, Kemahiran Bermain Kompang, Kemahiran Dandanan dan Solekan,Kemahiran Vokal dan kemahiran tarian.

 

 

289 GRADUAN MENDAPAT SIJIL DAN DIPLOMA DI KONVOKESYEN KALI KE 12

 

 

 

KINARUT ; 03 OGOS 2019 – Seramai 289 orang graduan IKBN Kinarut telah menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen IKBN Kinarut kali ke-12 telah berlangsung dengan meriahnya yang di adakan di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut.


Majlis telah dirasmikan oleh YB Steven Sim Chee Keong Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dan diiringi oleh YB Phoong Jin Zhe Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Puan Ramona Binti Mohd Razali Timbalan Ketua Setiausaha (Stategik) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Dato’ Dr. Hjh. Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.


Majlis itu menyaksikan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Kompeten Suruhanjaya Tenaga kepada 289 orang graduan yang melibatkan kursus sepenuh masa dan separuh masa IKBN Kinarut pada kali ini.


Matahir Jumadi, graduan Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A4) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan pada Majlis Konvokesyen pada kali ini.


Anugerah Ikonik Usahawan Cemerlang Lepasan IKBN Kinarut 2019 telah diberikan kepada Malik Tanginang pelajar lepasan IKBN Kinarut daripada Jurusan Pendawaian Elektrik Tiga Fasa PW4. Malik Tanginang merupakan seorang usahawan berjaya yang kini merupakan Pengurus MT Elektrik dan memperolehi pendapatan sehingga RM 25 ribu hingga RM 40 ribu sebulan.


Anugerah Ikonik Pekerja Cemerlang Lepasan IKBN Kinarut 2019 pula diberikan kepada Encik Amir Azuan Abdullah lepasan Jurusan Sijil Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik). Beliau kini berkhidmat disebuah Intitut Kemahiran Awam iaitu Giat Mara Malaysia dan menjadi jurulatih bagi ASEAN Skills Competition (ASC) dan juga jurulatih Negara ke pertandingan World Skills Competition di Dubai pada tahun 2017.


Turut hadir pada majlis tersebut iaitu, Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pengarah-Pengarah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan Wakil-Wakil Kerajaan Negeri dan NGO.

 

 

KUMPULAN AFORCE JUARA BATTLE OF THE BAND 2019 IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 IKBN Kinarut 2019 satu pertandingan Battle Of The Band 2019 IKBN Kinarut dengan penglibatan 8 kumpulan belia-belia dari Sabah khususnya berentap bagi mempersembahan di pertandingan BOTB 2019 yang diadakan di perkarangan padang kawad, IKBN Kinarut.

 

Kehadiran juri professional iaitu Encik Romeo Jaibet iaitu pemusik professional orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah bagi menilai persembahan setiap kumpulan yang bertanding yang akan mempersembahkan 3 buah lagu dimana dua buah lagu bebas dan satu lagu ciptaan mereka sendiri.

 

Kumpulan AForce telah dinobatkan sebagai juara pertandingan BOTB 2019 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1000 manakala Kumpulan Paragon daripada Politeknik Kota Kinabalu menduduki tempat ke-2 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 700 dan Kumpulan Nadem dari Membakut menduduki tempat ke-3 serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.

 

Penyampaian hadiah Pertandingan BOTB 2019 kepada para pemenang disempurnakan oleh YB Datuk Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar wakil rakyat Dun N21 Kawang turut diiringi oleh Encik Himran Bin Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut.

 

 

AKSI PERTARUNGAN BEYBLADE DI IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Pertarungan hebat antara kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dalam permainan gasing moden ‘Beyblade’ Burst Challenge telah diadakan di perkarangan padang kawad, IKBN Kinarut.

 

Pertandingan ini dianjurkan bersempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 IKBN Kinarut dan bertujuan menggalakkan kanak-kanak bertanding secara kompetatif serta inisiatif yang baik yang membolehkan kanak-kanak bergaul mesra sesama rakan, berkenalan dan mengeratkan perhubungan sesama mereka.

 

Jeritan penyokong dan ibu bapa juga memeriahkan suasana pertandingan tersebut serta mendapat penglibatan yang memberangsangkan dari kanak-kanak dengan penyertaan 64 peserta dengan masing-masing membawa Beyblade mereka sendiri.

 

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Himran Bin Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut kepada pemenang-pemenang pertandingan.

 

 

 

24 PASUKAN SERTAI KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Kejohanan bolasepak 9 sebelah terbuka peringkat IKBN Kinarut mendapat sambutan dengan penglibatan belia-belia sabah khususnya yang diadakan di Padang IKBN Kinarut Sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 IKBN Kinarut 2019.

 

Penganjuran kejohanan ini ialah untuk memupuk semangat kesukanan, amalan gaya hidup sihat, meningkatkan semangat berpasukan, semangat setia kawan,mengeratkan hubungan silaturahim dan mencungkil bakat-bakat generasi muda yang berpotensi agar diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat negeri atau kebangsaan.

 

Penglibatan 24 pasukan yang berentap disepanjang kejohanan berlangsung telah menunjukkan komitmen yang terbaik dan memberi respon yang positif berkenaan kejohanan tersebut.

 

Kejohanan bolasepak 9 sebelah yang diadakan selama 2 hari bermula pada 3-4 Ogos 2019 ini telah disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dan majlis penutupan dan penyerahan hadiah kepada pasukan-pasukan disempurnakan oleh Tuan Hj. Ahmad Bin Hassan Ahli Parlimen P175 Papar.

 

Turut hadir dalam majlis tesebut iaitu Encik Himran Bin Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut, Encik Zazali Bin Zahari Ketua Urusetia Konvokesyen Kali Ke-12, Pengurus-Pengurus Pasukan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

KEMERIAHAN PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

 

 

 

KINARUT ; Pertandingan mewarna Kanak-Kanak dengan kerjasama daripada Taska Kreatif IKBN Kinarut telah diadakan sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan bakat dan potensi diri, meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dalam menghasilkan karya berdasarkan kreativiti sendiri, memupuk semangat kerjasama guru-guru taska, kanak-kanak dan juga ibubapa dan memberi galakan dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk terlibat dalam pertandingan.

 

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Taska Didik Kreatif IKBN Kinarut bersama keluarga masing-masing.

 

Program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Yasser Bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik IKBN Kinarut diiringi oleh Puan Anna Ong Teacher Taska Didik Kreatif IKBN Kinarut.

Jumaat, 19 July 2019 10:21

PROGRAM BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

Written by

 

 

 

PROGRAM BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

 

 

 

KINARUT ; Satu program galakan membaca berkonsepkan amal kesenian dan kebudayaan dengan tema seni ilmu dijana budaya membaca dipelihara dikalangan warga IKBN Kinarut telah diadakan di Bilik Transformasi, IKBN Kinarut.

 

Pelbagai pengisian program seperti taklimat digital library, pertandingan Scrabble, Chess, dan kutipan tabung kemanusiaan dunia aman palestin telah diadakan dan Berjaya dilaksanakan.

 

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut serta beliau menyatakan aktiviti seumpama ini mampu menarik minat dan memupuk budaya membaca dikalangan pelajar dan kakitangan khususnya di IKBN Kinarut ini.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Latihan, Encik Saldi Maruji Ketua Cawangan Pengurusan dan Pentadbiran, pegawai-pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut.

Halaman 5 dari 25