Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kinarut

IKBN Kinarut (347)

 

 

SARINGAN AWAL WORLD SKILL MALAYSIA BELIA IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut hari ini telah mengadakan saringan awal Pertandingan Pra Kelayakan World skill Malaysia Belia (WSMB) dalam bidang Refrigeration and Air Conditioning.

 

Seramai 7 orang pelajar daripada Bahagian Domestik & Komersil telah menyertai pertandingan yang bermula jam 9:00 pagi dan tamat pada jam 3:00 petang.

 

Pelajar PPU Domestik Semester 2, Welddy Simun telah berjaya menjadi johan dan ditempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Mohd Shahrul Isap dan Alfino Frankie @ Franky

 

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En Ahmad Rithaudin bin Ibrahim Timbalan Pengarah (Latihan) IKBN Kinarut bertempat di bengkel Bahagian Domestik IKBN Kinarut.

 

 

 

PELAJAR ILKBS BUKTIKAN KEKOMPETENAN DALAM BIDANG AWAM

 

 

 

KINARUT ; Seramai 10 orang pelajar daripada jurusan awam telibat Pertandingan Pra Kelayakan World Skill Malaysia Belia (MSMB) peringkat IKBN Kinarut bagi kategori Whole Tiling dan Bricklaying yang diadakan di Bengkel Binaan Bangunan, Kinarut.

 

WSMB adalah satu pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing di kalangan pelatih institusi latihan kemahiran awam, swasta dan industri.

 

Dengan adanya pertandingan ini, pelatih dapat bersaing secara sihat untuk menunjukkan kemahiran yang dimiliki di samping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan.

 

 

 

HEP IKBN KINARUT HULUR BANTUAN UNTUK MANGSA KEBAKARAN

 

 

KINARUT ; Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut hari ini telah berjaya mengumpul barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan, Sabah pada hari jumaat lepas.

 

Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar mengetuai penghantaran barang-barang seperti air mineral, mee, beras, pampes serta pakaian terpakai bersama Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Kinarut.

 

Kebakaran kampung setinggan tersebut telah memusnahkan sebanyak 55 buah rumah dan melibatkan 74 buah keluarga.

Isnin, 14 January 2019 14:01

105 PELAJAR BARU TAMAT MINGGU PARADIGMA

Written by

 

 

105 PELAJAR BARU TAMAT MINGGU PARADIGMA

 

 

KINARUT ; Setelah sesi pendaftaran yang diadakan pada 7 Januari 2019 (Isnin) yang lalu program minggu paradigma diteruskan dengan aktiviti rutin harian disepanjang minggu paradigma sesi Januari 2019 IKBN Kinarut bermula dengan pengenalan IKBN Kinarut, UKJK, pengukuhan kumpulan, ceramah dan motivasi, keagamaan, taklimat pengurusan, peraturan disiplin dan kenegaraan bagi membentuk sahsiah para pelajar menjadi insan yang berguna.

 

Majlis penutupan bertujuan meraih kedatangan dan penyerahan pelajar-pelajar baru sesi Januari 2019 kepada pengkhususan sekolah masing-masing kepada Ketua Sekolah iaitu Encik Mohd Yasser Ayob Ketua Sekolah Elektrik dan Encik Amad Acho Ketua Sekolah Awam.

 

Perasmian majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Latihan, Ketua-Ketua Bahagian dan Kakitangan IKBN Kinarut.

Khamis, 10 January 2019 13:24

PELUANG KERJASAMA DENGAN GAYANA ECHO RESORT

Written by

 

 

PELUANG KERJASAMA DENGAN GAYANA ECHO RESORT

 

 

 

PULAU GAYA ; Team Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Kinarut baru-baru ini telah mengadakan kunjungan ke Gayana echo Resort dan Bunga Raya Island Resort SPA di Pulau Gaya, Sabah bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama industri antara syarikat dengan pihak IKBN Kinarut.

 

Team IKBN Kinarut diketuai oleh Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut dan Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Kemahiran dan pegawai-pegawai CHI.

 

Gayana Echo Resort dan Bunga Raya Island Resort & SPA adalah dibawah kendali syarikat yang sama bertaraf 4 bintang dengan kapasiti 100 buah chalet yang berasaskan kayu diatas laut dan darat.

 

Semasa perbincangan dengan pihak pegurusan Resort memaklumkan keperluan utama mereka adalah pekerja mahir dalam juruteknik elektrik, aircond dan binaan bangunan bersaskan kayu.

 

Turut hadirsemasa perbincangan ialah Mr Simon Foo Head Of Maintenance dan Puan Siti Sairawati Training Unit Executive.

 

 

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BADAN OPERASI ARP IKBN KINARUT

 

 

PUTATAN ; Seramai 18 orang pegawai IKBN Kinarut terlibat Kursus Pemantapan Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana (ARP) di Bilik Kuliah Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

 

Kursus yang diadakan selama 2 hari bermula pada 18-19 Disember 2018 bertujuan meningkatkan pengetahuan dikalangan penyelaras badan operasi dan mentor bagi Program ARP di peringkat IKBN Kinarut dapat memastikan tahap pengendalian operasi memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh Sekretariat Antarabangsa.

 

IKBN Kinarut merupakan sebuah Badan Operasi yang ditauliahkan bagi melahirkan belia-belia penganugerahan ARP yang berstandart antarabangsa menerusi empat komponen penyediaan rangka kerja iaitu rekreasi fizikal, kemahiran, penjelajahan lasak dan khidmat masyarakat.

 

Penerapan cabaran individu menerusi program ARP dikalangan pelajar IKBN Kinarut, beberapa program yang seimbang ditawarkan, tiada persaingan, aktiviti-aktiviti sukarela yang mengalakkan penerokaan jati diri dn kematangan, kepercayaan diri, ketabahan, tanggungjawab pada diri sendiri dan berkhidmat kepada komuniti.

 

 

PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER MENUTUP TIRAI 2018

 

 

KINARUT, 17 DISEMBER 2018 – Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan ke 12/2018 yang dihoskan Jabatan Penyejukbekuan & Penyaman Udara  yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Pada majlis tersebut Penganugerahan Pekerja Cemerlang bagi bulan November 2018 telah diberikan kepada Encik Mohd Sali Saleh daripada Jabatan Elektrik, Encik Suhaimi Mohamad daripada Jabatan Aircond Komersial dan Encik Harun Jamaluddin Daripada Jabatan Awam.

 

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan Disember juga telah diraihkan dengan upacara pemberian cenderahati dan memotong kek kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan Disember 2018.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah Latihan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

INDUSTRY IN NEEDS OF IKBN KINARUT STUDENTS SERVICE

 

 

 

KINARUT; To make hay while the sun shines. Seri Jaya Industry Sdn Bhd had visited the Institute of National Youth Skills (IKBN) Kinarut Sabah to hold a special interview session open to postgraduates students and former students of Electrical field at Mini Meeting Room, IKBN Kinarut yesterday 8.00am until 4.00pm.

 

This interview was intended for the recruitment of postgraduate students to meet the vacancies of skilled workers at their farms in the field of A4 Chargeman.

 

 

According to Mr. Allan Yosores, Mill Manager of Innoprise Plantations Berhad, "Throughout the interview session, all interview candidates showed an excellent level of proficiency and qualified in their field."

 

Also presented at the interview where Mr Razman Raslee, Farm Engineer, Mrs. Nani Ali, Human Resource Manager, Mr. Himran bin Entoh, the Deputy Director of Students Affair, Mr. Suhaidi bin Mustar, the Deputy Director of Skills Operation and Mr Mohd Yasser Ayob Head of Electrical Deparment of IKBN Kinarut.

 

 

PENGARAH IKBN TERIMA “PINGAT GAGAH BELIA”

 

 

KOTA KINABALU ; Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut Hj Razali Mohamad telah dianugerahkan Pingat Gagah Belia dari Majlis Belia Sabah (MBS) pada malam Apresiasi Majlis Belia sabah 2018 bertempat di Tun Sakaran Ballroom Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu baru-baru ini.

 

Majlis penyampaian anugerah telah disampaikan oleh YB Tuan Azhar Datuk Hj Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang mewakili YAB Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal Ketua Menteri Sabah.

 

Dibawah anugerah pingat dan bintang Majlis Belia Sabah, Bintang Belia Perkasa (Emas) merupakan Order 1 manakala Pingat Gagah Belia (Emas) dan Pingat Belia Terpuji (Perak) merupakan Order ke 2 dan 3.

 

Majlis Belia Sabah ditubuhkan pada tahun 1991 merupakan gabungan 14 buah pertubuhan belia di Negeri Sabah dengan membuat matlamat utama untuk membentuk belia sabah yang berwibawa.

 

Turut Hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Hatipah Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Hj Muamar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin mantan Presiden Majlis Belia Malaysia dan Nourman@Rayn Datuk Dr Awang Zaini Presiden Majlis Belia Sabah.

Rabu, 05 December 2018 15:31

PERSIAPAN DIRI SEBELUM TEMUDUGA

Written by

 

 

PERSIAPAN DIRI SEBELUM TEMUDUGA

 

 

KINARUT ; Seramai 53 orang pelajar semester akhir sekolah awam dan sekolah elektrik terlibat Bengkel Penulisan Resume dan Tatacara Temuduga yang dilaksanakan oleh Unit Kerjaya Dan Kauseling di Bilik Transformasi IKBN Kinarut baru-baru ini.

 

Bengkel ini bertujuan mendedahkan pelajar mengenai kepentingan kreativiti penulisan resume serta ketinggian nilai dalam memperlihatkan personaliti diri  semasa menghadapi temuduga bagi meningkatkan potensi diri agar dilihat signifikan sebagai calon pilihan mana-mana organisasi semasa sesi temuduga.

 

Pelajar juga dmaklumkan agar mempersiapkan diri untuk menghadapi 30 minit maksima masa temuduga untuk menentukan masa depan mereka dalam menempuhi dalam dunia pekerjaan mereka dimasa akan datang.

Halaman 8 dari 25