Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (377)

28 September 2020 (Isnin) - IKBN Peretak, Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Peretak telah mengadakan Pertandingan Waste Worth It. Pertandingan Merekacipta ‘Casing Hand Sanitizer Secara Kreatif Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Terbuang‘ telah diadakan pada 7 September 2020 hingga 25 September 2020.

 

24 September 2020 (Khamis) - IKBN Peretak, Jabatan Hospitaliti, Bahagian Penyajian telah melaksanakan In House Training – Kursus Transform Skill Trainer For Marking Scheme. Kursus ini diadakan sebagai platform perkongsian ilmu Kemahiran yang dikongsi oleh pengajar - pengajar yang telah menghadiri kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) anjuran IKTBN Bachok tempohari.

23 September 2020 (Rabu) - Kursus Sulaman Tekat telah berlangsung  di Bengkel Sutera Inai, Jabatan Tekstil, IKBN Peretak pada 21 hingga 23 September 2020. Kursus ini melibatkan 9 orang pengajar dari Jabatan Tekstil dengan bimbingan dari 2 orang pakar industri tekat  daripada Rafanda Creative (Kuala Kangsar, Perak) iaitu Puan Faizatol Fazleha binti Mohd Rashdi dan Puan Rahimah.

18 September 2020 (Jumaat), IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan program memasak bubur asyura secara bergotong royong melibatkan semua pegawai dan kakitangan.

18 September 2020 (Jumaat) - Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) IKBN Peretak telah mengadakan lawatan pemantauan peserta Latihan Sangkutan Industri (LSI) pada hari ini.

Isnin, 21 September 2020 10:57

PROGRAM MOTIVASI KERJAYA SESI 1.2020

Written by


17 September 2020 (Khamis) - IKBN Peretak, Unit Kerjaya Dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan program motivasi kerjaya untuk 39 orang pelajar yang akan tamat pembelajaran pada akhir September 2020 nanti. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran belajar yang tinggi, menanam kesedaran diri, menyuntik semangat dan keyakinan diri.

Isnin, 14 September 2020 12:54

Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2020

Written by

Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2020 (September) telah bermula pada hari ini, Isnin 14 September seingga 23 September 2020 melibatkan bidang Penyediaan Pastri dan Penyediaan Makanan Semester 4. Seramai 39 pelajar bidang tersebut akan menduduki peperiksaan ini.


Mohon doakan agar mereka lulus dengan cemrlang dalam peperiksaan ini. Terima kasih.

Isnin, 14 September 2020 12:52

KURSUS PENYEDIAAN PES DAN PERENCAH MASAKAN

Written by

12 September 2020 (Sabtu), IKBN Peretak - Kursus Penyediaan Pes dan Perencah Masakan telah diadakan pada 12 September 2020 bertempat di Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Kursus ini adalah anjuran Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak yang merupakan Kursus Separuh Masa di Bawah Akaun Amanah Latihan Khas 2020.

Isnin, 14 September 2020 12:49

KURSUS SCIENCE OF BREAD BAKING

Written by

IKTBN Alor Gajah – Kursus Science Of Bread Baking telah diadakan pada 8 hingga 11 September 2020 bertempat di IKTBN Alor Gajah. Kursus ini telah melibatkan 8 orang pengajar dari Jurusan Penyediaan Roti, Jabatan Hospitaliti seluruh ILKBS.

IKBN Peretak - Latihan Kemahiran Asas Facial Bagi Program Bootcamp IKBN Peretak Bidang Tetapi Kecantikan dengan kerjasama MOHA Group - MBH Medi Spa telah dilaksanakan selama 5 hari bermula 7 hingga 11 September 2020 bertempat di Bengkel Terapi Kecantikan, Jabatan Personal, IKBN Peretak yang melibatkan 20 orang peserta meliputi Teori dan Amali.

Halaman 1 dari 27