Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 07 Jul 2022 08:53:52 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my KARNIVAL SUKAN DAN KERJAYA 'JOM KERJA' ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2022 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5380-karnival-sukan-dan-kerjaya-jom-kerja-orang-asli-peringkat-negeri-selangor-dan-wilayah-persekutuan-tahun-2022.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5380-karnival-sukan-dan-kerjaya-jom-kerja-orang-asli-peringkat-negeri-selangor-dan-wilayah-persekutuan-tahun-2022.html

 

3 Julai 2022 (Ahad), IKBN Peretak - Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan jayanya telah menganjurkan Karnival Sukan Dan Kerjaya 'Jom Kerja' Orang Asli Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 2022 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Bharu Selangor.

 

Karnival yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini didahului dengan acara perarakan masuk semua kontinjen di Astaka Padang Bola Sepak. Sebanyak 5 kontinjen dari daerah Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan hadir untuk menyertai acara sukan seperti bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan menyumpit.

 

Selain menyediakan fasiliti sukan untuk acara yang dipertandingkan, IKBN Peretak juga turut diberi peluang untuk mengadakan pameran pendidikan serta jualan yang disertai oleh Jabatan Hospitaliti iaitu Jurusan Penyediaan Roti yang membuat jualan makanan manakala Jurusan Penyajian pula, membuat jualan minuman.

 

Sebanyak 13 agensi dan syarikat yang menyertai pameran kerjaya pada karnival ini seperti Gimme4fingers Malaysia, 7 Eleven Malaysia, McDonalds Malaysia, Resort Villa Golf Course Berhad dan banyak lagi.

 

Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri Binti Md Shariff turut meluangkan masa menghadiri Majlis Penutup Karnival yang disempurnakan oleh Encik Mohamad Anis Bin Othman, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

 

 

 

 

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Wed, 06 Jul 2022 09:42:36 +0800
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO) PERINGKAT NEGERI SELANGOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5379-kursus-pengurusan-organisasi-kpo-peringkat-negeri-selangor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5379-kursus-pengurusan-organisasi-kpo-peringkat-negeri-selangor.html

 

3 Julai 2022 (Ahad), Ulu Bernam – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Peretak telah menghantar lima (5) orang pelajar mewakili Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), IKBN Peretak bagi mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor bermula dari 2 hingga 3 Julai 2022 bertempat di Teratak Bernam Riverview, Tanjung Malim, Perak.

 

Program ini telah dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Peretak.

 

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk membimbing serta mendidik pelajar atau pemimpin melaksanakan aktiviti dengan lebih teratur dan bersistematik dengan panduan dari pengajar atau pegawai Institut.

 

Sepanjang dua (2) hari berkursus, para peserta telah mempelajari modul-modul seperti Suai Kenal dan Pembentukan Kumpulan, Pendaftaran & Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Cabaran Pasukan (Explorace), Simulasi Mesyuarat, Penulisan & Dokumentasi, pelaporan dan penilaian program yang di sampaikan oleh penceramah yang dijemput oleh pihak penganjur iaitu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

 

Semoga dengan adanya kursus KPO ini, barisan MT Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Peretak atau pemimpin-pemimpin lain khususnya dapat melaksanakan aktiviti dan amanah yang diberikan dengan baik pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh : Pn. Azini binti Ismail

Disunting oleh: En. Shahdan bin Zainal

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Wed, 06 Jul 2022 09:26:49 +0800
PROGRAM PEMBANGUNAN KEPAKARAN & LATIHAN SEMULA TENAGA PENGAJAR TVET 2022-KURSUS ADVANCE JUBAH KONVOKESYEN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5368-program-pembangunan-kepakaran-latihan-semula-tenaga-pengajar-tvet-2022-kursus-advance-jubah-konvokesyen.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5368-program-pembangunan-kepakaran-latihan-semula-tenaga-pengajar-tvet-2022-kursus-advance-jubah-konvokesyen.html

 

IKBN Peretak, 01 Julai 2022 (Jumaat) - Jahitan Pakaian Lelaki telah mengadakan Program Pembangunan Kepakaran & Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET 2022-Kursus Advance Jubah Konvokesyen selama 5 hari bermula 27 Jun hingga 01 Julai 2022. Kursus ini telah melibatkan seramai 8 orang pengajar ILKBS, iaitu 3 orang daripada IKBN Peretak, 2 orang IKBN Wakaf Tapai dan 3 orang daripada IKBN Tanah Merah bersama 2 pengajar jemputan iaitu Encik Azlan bin Abd Karim daripada Syarikat Binqarem dan Encik Hafizz bin Rusuki daripada Ranting Studio.

 

Objektif program adalah untuk mengetahui keperluan jahitan juga teknik penghasilan Jubah Konvokesyen serta memantapkan pengukuhan kemahiran Tenaga Pengajar di ILKBS. Spenjang kursus, para peserta telah mempelajari proses rekaan, lakaran pola, proses memotong fabrik songket, teknik jahitan, teknik hiasan/detailing yang sesuai, dan proses jahitan lining.

 

Sesi penutupan kursus telah disempurnakan oleh Puan Siti Muhariah binti Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Peretak serta turut dihadiri oleh Pegawai Bahagian Pengurusan Latihan dan Cawangan Hubungan Industri IKBN Peretak.

 

Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan.

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Fri, 01 Jul 2022 17:07:29 +0800
TEMUDUGA CALON PENGAMBILAN DIPLOMA TEKNOLOGI TEKSTIL (REKAAN FESYEN)  http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5367-temuduga-calon-pengambilan-diploma-teknologi-tekstil-rekaan-fesyen.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5367-temuduga-calon-pengambilan-diploma-teknologi-tekstil-rekaan-fesyen.html

29 Jun 2022 (Rabu) Kuala Kubu Bharu - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah melaksanakan temuduga secara atas talian bagi calon-calon Diploma Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen) bagi Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2/2022.  Seramai 17 calon diploma telah ditemuduga dari 22 calon yang memohon untuk sesi Fasa 1 kali ini. Antara panel penemuduga yang terlibat ialah dari Jabatan Tekstil iaitu Pn. Nani Sharezan binti Mohamad Nor, Cik Nur Inani Izzati binti Mohd Sharif , Pn. Sharifah Khairani binti Shaari dan Pn. Norazlina binti Nasron serta pegawai dari Cawangan Penyelarasan Kawalan dan Kualiti iaitu En.Zarol Amin bin Zali.

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Fri, 01 Jul 2022 17:05:22 +0800
PROGRAM PENANDAARASAN BAGI AKREDITASI MBIT PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI TEKSTIL DAN PAKAIAN UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5366-program-penandaarasan-bagi-akreditasi-mbit-program-diploma-teknologi-tekstil-dan-pakaian-uitm-cawangan-negeri-sembilan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5366-program-penandaarasan-bagi-akreditasi-mbit-program-diploma-teknologi-tekstil-dan-pakaian-uitm-cawangan-negeri-sembilan.html

28 JUN 2022: IKBN Peretak. Program Penandaarasan bagi Akreditasi MBOT Program Diploma Teknologi Tekstil dan Pakaian UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah disertai oleh 3 orang pensyarah Fakulti Sains Gunaan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan iaitu Pn. Suraya binti Ahmad Suhaimi (Koordinator Program), Ts. Dr. Atiyyah binti Hj Musa (Pensyarah Kanan) dan Ts. Dr. Mohammad Harris bin M. Yahya (Pensyarah Kanan).  Ketibaan disambut sendiri oleh pn pengarah Pn. Normahsyuri binti Mohd Shariff dan Ketua Jabatan Tekstil Pn. Rofizah Binti Ibrahim.  Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada pn.  pengarah, disertai  tayangan video korporat IKBN Peretak, taklimat dari Ketua Jabatan Tekstil, sesi perbincangan dan sesi lawatan bagi memperlihatkan fasiliti dan kemudahan latihan yang disediakan kepada para pelajar di Jabatan Tekstil. 

Lawatan melibatkan Butik Cindai, Bengkel Jahitan, Bengkel Inkubator, Bengkel Sulamam Berkomputer dan Makmal komputer.  Selain lawatan, Jabatan Tekstil juga turut membuat demostrasi penggunaan software Sulaman Berkomputer, Penghasilan Produk Sulaman Berkomputer, software TUKAcad dan TUKAmark kepada pensyarah-pensyarah tersebut.  Program dimulakan pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang.  Diharap program ini dapat mencapai objektif dan kerjasama lanjut dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Fri, 01 Jul 2022 17:01:37 +0800
KURSUS FONDANT CAKE PAINTING DI BAWAH PROGRAM AKAUN AMANAH LATIHAN KHAS 2022 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5365-kursus-fondant-cake-painting-di-bawah-program-akaun-amanah-latihan-khas-2022.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5365-kursus-fondant-cake-painting-di-bawah-program-akaun-amanah-latihan-khas-2022.html

25 Jun 2022 (Sabtu), IKBN Peretak – Jurusan Penyediaan Pastri telah berjaya melaksanakan Kursus Fondant Cake Painting di bawah program Akaun Amanah Latihan Khas 2022 pada 25 Jun 2022 bertempat di Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus ini, dan kursus  telah dikendalikan oleh Chef Mohd Fairuz bin A.Ghaffar yang merupakan tenaga pengajar di IKBN Peretak.

Kursus Fondant Cake Painting adalah kursus lanjutan dari siri yang lepas iaitu Kursus Teknik Asas Penyediaan Fondant. Semasa kursus ini, peserta telah diajar untuk melukis bunga dan hiasan yang akan digunakan di atas permukaan fondant kek.  Peserta yang hadir terdiri dari kalangan yang bekerja, suri rumah, pekerja swasta, berniaga dan pekerja bakeri.

Kursus ini telah berjalan dengan lancar dan peserta telah berjaya menghasilkan bunga dan hiasan di atas kek masing-masing. Semoga ilmu kemahiran yang telah dipelajari oleh peserta ini dapat membantu meningkatkan kerjaya mereka di masa hadapan.

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Tue, 28 Jun 2022 16:58:25 +0800
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2021 KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) SECARA DALAM TALIAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5363-majlis-anugerah-perkhidmatan-cemerlang-apc-2021-kementerian-belia-dan-sukan-kbs-secara-dalam-talian.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5363-majlis-anugerah-perkhidmatan-cemerlang-apc-2021-kementerian-belia-dan-sukan-kbs-secara-dalam-talian.html

17 Jun 2022 (Jumaat) – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 bagi meraikan penerima APC tahun 2021 secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian bagi mengurangkan risiko jangkitan covid-19.

IKBN Peretak telah mengadakan majlis tersebut di The Glass, IKBN Peretak melalui platform Zoom bersama pihak KBS. Majlis telah dihadiri oleh Pengarah, Puan Normahsyuri Binti Md. Shariff, TP PL, Puan Siti Muhariah Binti Untong, TP HEP, Encik Azwandy Bin Anuwar dan KBPK, Puan Aishah Binti Ishak bersama penerima APC sahaja.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada 6 orang penerima APC pada tahun 2021 iaitu Encik Samsu bin Kadir (Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti), Puan Norfarizan binti Jawahir (Jabatan Tekstil), Puan Nor Salwah binti Yaacob (Bahagian Pentadbiran dan Kewangan), Cik Marliana binti Abdullah (Bahagian Hal Ehwal Pelajar), Puan Zainab binti Majid (Jabatan Tekstil) dan Puan Fatihah Sakinah binti Mansor (Bahagian Pentadbiran dan Kewangan).

Jutaan terima kasih kepada Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak kerana telah menyediakan tempat, makanan serta layanan yang baik sepanjang majlis berlangsung.

Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga IKBN Peretak, untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Tue, 28 Jun 2022 16:53:14 +0800
ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) - KOMPONEN KHIDMAT MASYARAKAT TAHAP GANGSA DAN PERAK BAGI PROGRAM KEBUNITI DAN AGROPRENEUR IKBN PERETAK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5335-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda-arprm-komponen-khidmat-masyarakat-tahap-gangsa-dan-perak-bagi-program-kebuniti-dan-agropreneur-ikbn-peretak.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5335-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda-arprm-komponen-khidmat-masyarakat-tahap-gangsa-dan-perak-bagi-program-kebuniti-dan-agropreneur-ikbn-peretak.html

IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu | 19 Jun 2022 – Seramai 66 orang pelajar dan 3 orang pegawai bersama-sama menjalankan khidmat masyarakat bagi program Kebuniti dan Agropreneur di 3 kawasan di dalam IKBN. Program khidmat masyarakat ini bermula jam 8.00 pagi dengan di bahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 di ketuai oleh Pn. Azini binti Ismail ditugaskan untuk mencabut pokok serai dan hasilnya nanti dijual kepada komuniti dalam IKBN dan juga luar. Kawasan pokok serai ini berdekatan dengan tangki air dan adalah tanaman serai fasa pertama. Hasil pokok serai yang telah dicabut dan dibersihkan adalah sebanyak 553 batang pokok serai.

Bagi kumpulan 2 bertempat di kawasan padang Pn. Nur Salmah binti Hanafe turut memantau pelajar-pelajar untuk kerja-kerja mengembur, membaja dan membersihkan kawasan tanaman pokok serai dan halia. Manakala kumpulan 3 pula yang di ketuai oleh En. Zarol Amin bin Zali berada di kolam ikan bagi menangkap, membersihkan ikan untuk dijual dan membersihkan kolam. Ikan yang siap dibersihkan akan dijual kepada komuniti dalam IKBN dan luar. Hasil tangkapan ikan tilapia kali ini adalah sebanyak 21 kg ikan.

Komponen Khidmat Masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Ia bertujuan untuk memupuk sifat sayangi alam semulajadi terutamanya di dalam Institut. Melalui khidmat masyarakat ini, pelajar dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menggunakan kawasan yang terhad bagi bercucuk tanam dan membela ikan tilapia atau ikan-ikan yang lain mengikut kesesuaian tempat. Pelajar-pelajar juga di dedahkan konsep berniaga secara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan hasil tuaian yang sedikit tetapi boleh membantu dan meringankan serta memberi pendapatan tambahan kepada pelajar apabila pelajar tamat pengajian nanti. Selain itu, ia juga dapat membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain dan mewujudkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan dan melestari alam.

 

Disediakan oleh : Pn. Azini binti Ismail

Disunting oleh : En. Shahdan bin Zainal

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Wed, 22 Jun 2022 09:20:48 +0800
KURSUS KE ARAH KECEMERLANGAN KERJA BERPASUKAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5332-kursus-ke-arah-kecemerlangan-kerja-berpasukan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5332-kursus-ke-arah-kecemerlangan-kerja-berpasukan.html

 

18 Jun 2022 (Sabtu) – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan Kursus Ke Arah Kecemerlangan Kerja Berpasukan bertempat di Kem Rimba Tamu Batang Kali, Selangor. Seramai 76 orang Pegawai dan Kakitangan IKBN Peretak menyertai kursus tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan adalah explorace dan combat archery.

 

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendorong sikap kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain. Selain itu juga, kursus ini juga dapat memupuk kebolehan berkomunikasi yang berkesan dalam kumpulan serta semangat kerja berpasukan.

 

Semoga pegawai dan kakitangan dapat manfaat daripada kursus yang dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah memberi kerjasama yang terbaik sepanjang kursus.

 

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Tue, 21 Jun 2022 15:12:49 +0800
KEJOHANAN MALAYSIA SPORTS LEAGUE (MSL) DAERAH HULU SELANGOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5317-kejohanan-malaysia-sports-league-msl-daerah-hulu-selangor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/5317-kejohanan-malaysia-sports-league-msl-daerah-hulu-selangor.html

5 Jun 2022 (Ahad) – Gelanggang Pelbagai Guna, Rasa Tambahan, telah berlangsung kejohanan Futsal Malaysia Sports League peringkat Daerah Hulu Selangor anjuran Pejabat Belia dan Sukan Hulu Selangor. Kejohanan ini telah disertai dari pelbagai agensi di sekitar Daerah Hulu Selangor selama 2 hari bermula dari 4 hingga 5 Jun 2022.

IKBN Peretak telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai sukan futsalyang terdiri dari 2 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita. 2 pasukan lelaki tewas di peringkat kumpulan manakala pasukan wanita tewas di peringkat suku akhir dan mendapat tempat ketiga. Selain kejohanan futsal, IKBN Peretak telah menghantar 2 lagi sukan dari 5 sukan yang dipertandingkan antaranya sukan sepak takraw dan badminton.

Objektif utama kejohanan ini adalah bagi mengcungkil bakat pelajar, memberi pengalaman bersukan dan mencari pelapis bagi kejohanan sukan ILKBS yang bakal berlangsung pada bulan September tahun ini.

Semoga dengan penyertaan kejohanan sukan MSL peringkat Daerah Hulu Selangor ini dapat memberi manfaat dari segi kesihatan dan kecergasan pelajar serta persediaan kepada kejohanan-kejohanan akan datang.

 

Disediakan oleh :

Cik Nor Haizatul Binti Sabidi

]]>
ikbnperetak@email.com (IKBN Peretak Admin) IKBN Peretak Tue, 14 Jun 2022 09:29:09 +0800