Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (550)

7 Ogos 2022 (Ahad) – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS dengan kerjasama Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (PP-PPD-PPB) bagi tahun 2022 selama 2 hari bermula 6 hingga 7 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM), Bukit Kiara Kuala Lumpur. Kursus induksi ini melibatkan seramai 37 orang peserta di kalangan Pengarah ILKBS, Pengarah Cawangan BPKB, Pegawai dan Tenaga Pengajar ILKBS.

 

21 Julai 2022 - CPKK IKBN Peretak dengan kerjasama BPKB KBS telah mengadakan Bengkel Pemurnian Kurikulum Keusahawanan Digital ILKBS Siri 2 Tahun 2022 bertempat di Hotel Langkasuka Langkawi selama 4 hari bermula 18 hingga 21 Julai 2022. Kursus ini melibatkan seramai 30 orang pegawai dan tenaga pengajar dari 22 ILKBS bagi Subjek Keusahawanan Digital 1, 2 & 3.

 

17 Julai 2022 (Ahad), IKBN Peretak- Jurusan Diploma Teknologi Fesyen telah berjaya melaksanakan Kursus Software Pola di bawah Program Akaun Amanah Latihan Khas 2022 bertempat di Makmal Komputer DKM 2 di Jabatan Tekstil, IKBN Peretak. Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula 16 dan 17Julai 2022 ini telah disertai seramai 15 org peserta. Kursus ini telah di kendalikan oleh Pn.Rofizah Binti Ibrahim selaku Ketua Jabatan Tekstil di IKBN Peretak.

 

16 Julai 2022 | Batang Kali, Selangor. Seramai 20 orang pelajar terdiri daripada Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Peretak Sesi 2022/2023 telah menyertai Program Pembangunan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Peretak pada hari ini bertempat di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor. Kursus anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga  5.00 petang.

14 Julai 2022 (Khamis), IKBN Peretak –Pihak institut telah menerima kunjungan daripada 11 orang pegawai dan kakitangan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi tujuan membuat lawatan penandaarasan pengurusan pejabat di IKBN Peretak.

Selasa, 19 July 2022 14:43

PROGRAM IBADAH KORBAN

Written by

13 Julai 2022 (Rabu) – Sambutan Aidiladha warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak dimeriahkan dengan Program Ibadah Korban yang dilaksanakan secara gotong-royong antara pegawai, kakitangan dan pelajar. Program ini bukan sahaja sebagai menyahut seruan agama namun turut menjadi platform bagi mengeratkan silaturahim semua warga kerja IKBN.

KUALA SELANGOR, 8 Julai 2022-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) konsisten mempromosikan kursus-kursus latihan kemahiran sedia ada melalui Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) yang berlangsung di Dewan Dato' Penggawa Permatang, Kuala Selangor hari ini.

 

08 Julai 2022 (Jumaat), Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah mengadakan Mesyuarat & Bengkel Penggubalan, Pemurnian Serta Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir Ilkbs 2022 / 2023 Bersama Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) Bil. 1 Tahun 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kuala Lumpur selama lima (5) hari bermula 04 hingga 08 Julai 2022. Peserta yang terlibat adalah seramai 32 orang pengajar dari tujuh (7) ILKBS bagi bidang Diploma Teknologi Fesyen (DTF), Terapi Kecantikan (SPT), Perekaan Gaya Rambut (SPG), Jahitan Pakaian Lelaki (STL), Jahitan Pakaian Wanita (STW), Teknologi Maklumat (UIT) dan Embroidery Computer (UEK). Semasa bengkel ini juga dijemput hadir bersama lima (5) Panel Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) iaitu Datin Norsiah binti Hj. Mahadi (SPT), Pn. Haryati binti Ismail (DTF), Pn. Norashikin binti A. Tajuddin (SPG), Pn. Malaini binti Man @ Abdul Rahman (STL) dan Pn. Nurul Farahani binti Shafie (STW) yang turut hadir secara dalam talian.

7 Julai 2022 (Khamis), IKBN Peretak – Cawangan Hubungan Industri telah mengadakan satu seminar keusahawanan kepada peserta inkubator IKBN Peretak secara bersemuka pada 7 Julai 2022 bertempat di Bilik Kuliah 2, IKBN Peretak. Seminar ini melibatkan peserta inkubator dari Jabatan Tekstil, Hospitaliti dan Personal.

 

 

3 Julai 2022 (Ahad), IKBN Peretak - Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan jayanya telah menganjurkan Karnival Sukan Dan Kerjaya 'Jom Kerja' Orang Asli Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 2022 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Bharu Selangor.

 

Halaman 1 dari 40