Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
24 Jun 2021, (Khamis) - Team IKBN Peretak bersama IKBN Kuala Langat telah membuat rakaman video Tuan Mohd Iqbal Bin Mohd Noor, Pengarah Kemahiran BPKB KBS sempena Majlis Perasmian Penutup Program Career Fest Zon Tengah 2021 yang akan diadakan secara dalam talian pada 1hb Julai 2021 nanti.
21 Jun 2021 (Isnin) - Bertempat di Bilik Perbincangan IKBN Peretak telah diadakan Kursus online Guntingan Rambut Lapisan Terhad (Graduation Hair Cutting) yang di anjurkan oleh Jabatan Personal melalui aplikasi Google Meet pada 21 Jun 2021 jam 9.30pagi - 11.30pagi. Kursus online ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta dari pelbagai agensi seperti pengajar ILKBS, JBSN dan lain-lain.
16hb Jun 2021 - Team IKBNPT & IKBNKL telah merakamkan ucapan video Majlis Perasmian Penutup Career Fest Zon Tengah ILKBS - YBTM KBS di Pejabat YBTM dan juga telah mengunjung hormat Pengarah Kemahiran BPKB untuk memaklumkan dan menjemput untuk Program Career Fest Zon Tengah.
31 Mei 2021, Menara KBS, Putrajaya. IKBN Peretak telah menghantar 140 set tempahan hamper Hari Raya Aidilfitri (100 set standard, 40 set Gold) ke Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal. Hamper ini mengandungi 3 jenis produk yang telah disediakan dengan kerjasama 3 jabatan di IKBN Peretak iaitu Jabatan Hospitaliti, Jabatan Tekstil dan Jabatan Personal. Hamper tersebut telah diserahkan oleh Ketua Jabatan Personal, Puan Syazana binti Dzulkefli kepada wakil YB Timbalan Menteri iaitu Ir. Dr. Hajah Aziyati binti Yusoff, Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif (KS), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.
10 Mei 2021 (Isnin) - Bertempat di Bilik Perbincangan IKBN Peretak telah diadakan Kursus online Jalinan Rambut Kanak-kanak Sempena Hari Raya Aidilfitri yang di anjurkan oleh Jabatan Personal melalui aplikasi Google Meet pada 10 Mei 2021 bermula jam 9.00 pagi - 11.00 pagi. Kursus online ini telah disertai oleh 53 orang peserta dari pelbagai agensi dari KBS seperti pengajar ILKBS, JBSN dan lain-lain.
3 Mei 2021. Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menyumbang sepasang baju raya kepada 30 orang Anak Yatim dan Anak Asnaf Baitul Rahmaniah (BaiRah) di Rasa, Selangor.
28 April 2021 Rabu - IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu Jabatan Hospitaliti dan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jan, Feb , Mac & April 2020 yang bertemakan Aidilfitri.
26 April 2021 (Isnin) - Bertempat di Auditorium, IKBN Peretak telah diadakan Kursus Pengurusan Stor dan Aset Alih pada 26 dan 27 April 2021 yang di anjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Kursus ini dihadiri oleh 53 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Stor, Pegawai Penerima Stor, Pelulus Stor, Pegawai Verifikasi Stor, Pegawai Aset, Pegawai Pegawai Penerima Aset, Pegawai Pemeriksaan Aset dan Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset Alih Dan Stok. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta berkenaan tatacara pengurusan Stor dan aset alih yang betul dengan mengaplikasikan aspek penting selaras dengan 1PP dan peraturan semasa serta mengenalpasti punca-punca berlaku ketidakakuran.
10 April 2021(Sabtu) – Bertempat di IKBN Peretak telah berlangsungnya INTERNATIONAL INNOVATION ARSVOT MALAYSIA 2021 (IAM2021) yang dilaksanakan secara Virtual dan Online Presentation. Sebanyak 10 kategori di pertandingkan dengan penglibatan seramai 1267 penyertaan melibatkan negara Malaysia, Indonesia, Nigeria, Kazakhstan, Brunei Darussalam, Afghanistan, Turkey, Philippines dan Japan. Puan Norfarizan Binti Jawahir daripada Jabatan Tekstil telah memasuki Kategori Tertiary Institution Lecturer telah berjaya memenangi GOLD AWARD bagi Projek Inovasi Beg Tangan Miracolo Dengan Fungsi 3 Dalam 1. Semoga dengan penglibatan dan pendedahan seumpama ini dapat meningkatkan lagi kualiti pengajar didalam menghasilkan produk Inovasi yang dapat menyumbang dan memberi faedah kepada masyarakat umumnya.
Disediakan oleh :
Pn.Norfarizan Binti Jawahir
10hb April 2021 (Sabtu), IKBN PERETAK – Program Pencegahan Masalah Sosial Peringkat IKBN Peretak telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan seramai 86 orang pelajar semester 1.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan