Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (541)

Isnin, 12 April 2021 11:26

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Written by

 

10 April 2021(Sabtu), IKBN PERETAK – Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM) untuk siri 2/2021 telah berjaya dilaksanakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Kuliah 1, IKBN Peretak. Peserta kursus adalah terdiri daripada kalangan para guru sekolah tadika yang terlibat dalam penyediaan makanan, pengusaha kedai makan, peniaga gerai dan surirumah yang berniaga daripada rumah. Seramai 15 orang peserta telah berjaya mendapat sijil Pengendali Makanan semasa kursus ini. Tenaga pengajar kursus LPM ialah Pn Norshazila Mohamed Rahman iaitu pengajar dari Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak.

IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu. Isnin, 05 April 2021

Majlis penyerahan Sijil Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada pagi tadi bertempat di kafe The Glass, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak. Penyerahan Sijil Latihan Pengendali Makanan kepada IKBN Peretak sebagai salah satu pusat latihan pengendali makanan yang diiktiraf di Malaysia setelah memenuhi syarat-syarat akreditasi pentauliahan persijilan SLPM oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

31 Mac 2021 - Kursus Ubahsuai Pakaian (Alteration) telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2021 bertempat di Cure & Care Vocational Centre (CCVC), Sepang. Kursus ini melibatkan 10 orang pelatih dari CCVC dan 2 orang pengajar dari IKBN Peretak. Kursus ini merangkumi teori dan amali serta kaedah dan teknik pengubahsuaian seperti mengecilkan dibahagian bahu dan lengan baju, sisi tepi seluar dan baju, kecilkan pinggang seluar, menggantikan zip rosak dibahagian fly seluar, menampal dibahagian seluar dan baju yang berlubang serta memendekkan dibahagian bawah seluar, lengan dan bawah baju. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelatih supaya dapat mengubahsuai pakaian dengan cara yang betul dan tepat. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat  kepada pelatih di CCVC ini.

31 Mac 2021(Rabu), Kuala Lumpur – Majlis Dialog Industri bersama Ben’s Kitchen Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya di Bens Restoran Publica, Kuala Lumpur.

 

18 Mac 2021 (Khamis), Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kunjungan dari Syarikat Peruncitan terkemuka negara iaitu NSK. Kunjungan ini telah dihadiri oleh Eksekutif Perhubungan Awam iaitu Mr Micheal Tong serta turut hadir bersama adalah wakil dari pihak Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) iaitu Encik Rominor bin Ahmad.

 

Khamis, 18 Mac 2021 - Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 1/2021, anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Institut (JKKI) dengan penyelarasan oleh Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac, 2021.

Rabu, 17 Mac 2021 - Sesi program derma darah telah diadakan bertempat di Pusat Sumber,  IKBN Peretak sempena Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan (MKKK) Sesi 1/2021, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Institut (JKKI) bersama Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak bermula 16 hingga 18 Mac 2021.

 

15 Mac 2021 - Isnin, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah melaksanakan Minggu Paradigma Pelajar Baru bermula 12 hingga 14 Mac 2021. Pelajar baru ini telah pun melapor diri pada 1 Mac 2021 seramai 100 orang, di mana semua pelajar ini telah dikuarantinkan terlebih dahulu selama sepuluh (10) hari di Blok Asrama Puteri Khadijah dan Putera Omar.

 

11 Mac 2021 (Khamis), Kuala Kubu Bharu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan ceramah perdana Israq dan Mikraj 1442 Hijrah bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.

Jumaat, 05 March 2021 17:27

MAJLIS BACAAN YASIN SECARA ATAS TALIAN

Written by

5 Mac 2021 (Jumaat) - Majlis bacaan yasin secara atas talian telah diadakan pada 5 Mac 2021 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi secara atas talian menggunakan platform google meet bagi pelajar semesta 1 dan capaian melalui FB IKBN peretak kepada pegawai, kakitangan dan pelajar semester 2 hingga 6. Semoga kita dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada sebarang bencana khususnya penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini

Halaman 10 dari 39