Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
IKBN PERETAK, 26 Mei 2022 (Khamis) – CPKK IKBN Peretak dengan kerjasama BPKB KBS telah mengadakan Bengkel Pemurnian Kurikulum Keusahawanan Digital ILKBS Siri 1 Tahun 2022 bermula pada 23 hingga 26 Mei 2022 yang bertempat di Institut Semarak Felda, Bangi Selangor dengan melibatkan seramai 30 orang pegawai dan tenaga pengajar dari 22 ILKBS bagi Subjek Keusahawanan Digital 1, 2 & 3. Penganjuran bengkel ini telah mendapat kerjasama Fasilitator Jemputan iaitu Hjh. Amira binti Mohd Nor dan En. Ismazaidi bin Ismail Pengajar Keusahawanan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang merupakan Subject Matter Expert (SME) lantikan MDEC.
IKBN PERETAK, 26 Mei 2022 (Khamis) - Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 Peringkat IKBN Peretak bertempat di Dewan DAHA, IKBN Peretak yang dirasmikan oleh Puan Pengarah, Normahsyuri Binti Md.Shariff.
IKBN PERETAK, 21 Mei 2022 (Sabtu) – Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak telah melaksanakan Program Visiting Lecturer siri 2 bagi tahun 2022 bersama industri bidang hospitaliti iaitu DCCU Sdn. Bhd bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Program Visiting Lecturer yang berjalan selama satu hari ini telah dihadiri oleh seramai 23 orang pelajar jurusan penyediaan makanan semester 4 dan diiringi oleh 2 orang pegawai.
IKBN PERETAK, 19 Mei 2022 (Khamis) – Cawangan Hubungan Industri bersama wakil pengajar Jabatan Hopsitaliti, IKBN Peretak telah melaksanakan lawatan verifikasi ke Johny’s Restaurat dan Black Canyon bertempat di outlet Melawati Mall.
13 Mei 2022 (Jumaat) – Cawangan Peyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah mengadakan Mesyuarat Kerja Bengkel Pemantapan Pembangunan Pemurnian Struktur Kurikulum, Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) dan Format Penilaian Kerja Kursus (PKK) Berasaskan COPTPA 2022 bertempat di MyANGKASA Akademi & Resort, Langkawi Kedah, melibatkan seramai 36 orang pegawai dan tenaga pengajar dari 13 ILKBS seluruh negara bagi Bidang Tekstil (Diploma Teknologi Fesyen, Pembuatan Pakaian Lelaki, Pembuatan Pakaian Wanita), Bidang Personal (Perkhidmatan Terapi Estetik & Perekaan Gaya Rambut) dan Subjek Umum (Teknologi Maklumat & Sains Pemakanan) bermula pada 09 sehingga 12 Mei 2022. Penganjuran Bengkel ini telah mendapat kerjasama fasilitator dalaman (KBS) iaitu En Mohamed Syahrani bin Mohamed Nor bagi bengkel Subjek Umum dan fasilitator jemputan, En Zulkifli bin Majid bagi bengkel Subjek Teknikal.
MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 28 April 2022 – Jabatan Personal, IKBN Peretak telah mendapat jemputan untuk memberi sumbangan perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan penjagaan kuku (manicure) kepada Kontinjen Malaysia yang akan berangkat ke Temasya Sukan Sea Vietnam ke 31 tahun 2022 di Hanoi Vietnam bermula 26 April hingga 28 April 2022.
27 April 2022 (Rabu) – Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.
26 April 2022 (Selasa) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak sekali lagi telah berjaya menjayakan program Bufet Ramadan anjuran Jabatan Hospitaliti. Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara IKBN Peretak dan masyarakat setempat di samping dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di IKBN Peretak.
26 April 2022 (Selasa), Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Infaq Ramadan (Fasa 2) bagi menyalurkan sumbangan keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
22 April 2022, Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Infaq Ramadan dengan kerjasama Persatuan Alumni Peretak (Baru) bagi menyalurkan sumbangan keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Program ini merupakan salah satu di bawah Program Ihya Ramadan dan tahun yang keempat pelaksanaanya.
22 April 2022 - Satu pengisian rohani sempena bulan penghayatan Ramadan dilaksanakan dengan penuh sederhana di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.
Ceramah telah disampaikan oleh Dai'e Muda YADIM Al-Fadhil Ustaz Mohamad Fadhil Bin Yahya dengan tajuk ceramah Al-Quran di hatiku.
Semoga perkongsian dari Ustaz Mohamad dapat menjentik hati pelajar IKBN Peretak untuk menjadikan Al-Quran sentiasa di hati dan menjadi rujukan dalam kehidupan.
14 April 2022 - Program ini telah dijayakan oleh pegawai dan pelajar IKBN Peretak. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi sehingga selesai akviti membungkus pada jam 1.00 petang. Sebanyak 3 buah periuk bubur lambuk telah selesai dimasak dan dibungkus menjadi 950 pek untuk diedarkan kepada semua warga IKBN dan agensi-agensi kerajaan sekitar Kuala Kubu Bharu.
13 April 2022 - IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Body Massage di bawah Program Akaun Amanah Latihan Khas Tahun 2022. Kursus ini telah diadakan pada 12-13 April 2022 dan dikendalikan oleh Puan Shaliza binti Ahmad Powab, tenaga pengajar Terapi Kecantikan, Jabatan Personal yang mempunyai kemahiran dan pengalaman selama 16 tahun dalam bidang Terapi Estetik.
8 April 2022 (Jumaat) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri bt Md Shariff bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL) Puan Siti Muhariah bt Untong dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (TPHEP) Encik Azwandy bin Anuwar telah mengadakan lawatan pemantauan untuk melihat kemajuan projek My Future Agro yang telah dilaksanakan.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan