Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
Khamis, 18 Mac 2021 - Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 1/2021, anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Institut (JKKI) dengan penyelarasan oleh Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac, 2021.
Rabu, 17 Mac 2021 - Sesi program derma darah telah diadakan bertempat di Pusat Sumber, IKBN Peretak sempena Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan (MKKK) Sesi 1/2021, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Institut (JKKI) bersama Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak bermula 16 hingga 18 Mac 2021.
15 Mac 2021 - Isnin, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah melaksanakan Minggu Paradigma Pelajar Baru bermula 12 hingga 14 Mac 2021. Pelajar baru ini telah pun melapor diri pada 1 Mac 2021 seramai 100 orang, di mana semua pelajar ini telah dikuarantinkan terlebih dahulu selama sepuluh (10) hari di Blok Asrama Puteri Khadijah dan Putera Omar.
11 Mac 2021 (Khamis), Kuala Kubu Bharu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan ceramah perdana Israq dan Mikraj 1442 Hijrah bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.
5 Mac 2021 (Jumaat) - Majlis bacaan yasin secara atas talian telah diadakan pada 5 Mac 2021 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi secara atas talian menggunakan platform google meet bagi pelajar semesta 1 dan capaian melalui FB IKBN peretak kepada pegawai, kakitangan dan pelajar semester 2 hingga 6. Semoga kita dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada sebarang bencana khususnya penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini
1 Mac 2021 (Isnin)- Kuala Kubu Bharu. Seramai 86 orang pelajar dari pelbagai bidang dan jurusan telah selamat mendaftar di IKBN Peretak bagi sesi kemasukan Mac 2021.
Rabu, 24 Februari 2021 - Mesyuarat Penutup Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2021 (Feb) Institut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak.
Rabu, 24 Februari 2021 – Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar VTO dan peserta inkubator telah berlangsung dengan lancar, walaupun dalam tempoh PKP bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu.
February 22, 2021 : Monday :- Final Exam, Session 1/2020 (Technical Subject Paper 1 & 2) with various courses & semester completed successfully. SOP Covid-19 implemented during examination as well invigilators sanitized the tables & chairs right after students completed their exam. Thank you to all Invigilators Group B1 (Mdm Azini, Mdm Zubaidah, Mdm Salimah, Ustazah, Ustaz, Mr.Azley, Ms Haizatul, Ms Nazarene, Ms Natasya, Ms Erra) for your cooperation & commitment ?
Khamis, 04 Februari 2021 – IKBN Peretak telah menerima kunjungan hormat daripada agensi Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor untuk penyerahan anak pokok Kelapa Pandan.
29/01/2021 (Jumaat) – Pejabat Pertanian Hulu Selangor telah berbesar hati memberikan bantuan berupa 5 unit Baja Organik (IMO5) dan 28 jenis anak pokok buah-buahan seperti durian, manggis, pulasan, cempedak, jambu air dan kelapa pandan kepada pihak IKBN Peretak untuk Projek Kebuniti, IKBN Peretak. Penyampaian bantuan anak pokok dan baja telah disampaikan oleh En. Mohd Azman Bin Mohd Musa selaku Penolong Pegawai Pertanian Hulu Selangor kepada En. Samsu Bin Kadir merangkap Pengerusi JK Program Pertanian Bandar, IKBN Peretak. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga IKBN Peretak.
Dilaporkan Oleh:
En.Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh
26th January 2021, Department of General Studies has conducted a “Virtual Seminar – Job Interview Skills” which included a total of 35 students from Textile Department; 18 students from the Diploma of Fashion Designing and 17 students from the Dressmaker course. The speakers for this program were Mr. Hardev Singh Sokhal S/O Jaswant Singh and Madam Gokillavhani D/O Sathiaseelan.
12 Januari 2021 (Selasa) - IKBN Peretak. Majlis Dialog Bersama Industri – MOHA Group dan Penyampaian Sijil Program Bootcamp Bidang Terapi Kecantikan IKBN Peretak anjuran Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak telah berlangsung dengan jayanyaPADA 12 Januari 2020 bertempat di The Glass, IKBN Peretak.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan