Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (550)

23 Disember 2020 (Rabu), IKBN Peretak. Telah termaterai perjanjian kontrak perkhidmatan kafetaria IKBN Peretak di antara Kementerian Belia Dan Sukan (Institut Kemahiran Belia Negara Peretak) dengan Koperasi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak Berhad.

 

23 Disember 2020 Rabu- Bahagian Penyediaan Makanan , Jabatan Hospitaliti , IKBN Peretak telah melaksanakan Inhouse Training Transformed and Modernize Training Skills for Cooking Management. Kursus ini diadakan sebagai platform perkongsian ilmu Kemahiran yang dikongsi oleh pengajar-pengajar yang telah menghadiri kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) anjuran IKTBN Alor Gajah tempohari.

 


IKBN PERETAK, 23 Disember 2020 (Rabu) – Jabatan Pengajian Umum (JPU), Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti (CPKK), IKBN Peretak telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Disember yang merangkumi bulan September hingga Disember bagi tahun 2020 bertempat di Auditorium IKBN Peretak.

16 Disember 2020 (Rabu) : Sebagai Badan Operasi Anugerah, IKBN Peretak  telah melaksanakan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) secara atas talian melalui Google Meet bertempat di Makmal Komputer, Jabatan Pengajian Umum. Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan baru telah menyertai kursus yang dikendalikan sepenuhnya oleh ikon bagi program ARPRM Malaysia, iaitu En. Suhail bin Mohamed Kamaruddin. Di antara objektif kursus ini adalah untuk melatih pemimpin ARPRM menjadi ‘trainer’ yang akan melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi secara keseluruhannya berkaitan kaedah, peranan serta bertanggungjawab sebagai badan operasi anugerah.

Kuala Kubu Bharu. Selasa, 22 Disember 2020.

 

Hari ini telah berlangsungnya lawatan Audit Akreditasi Sekolah Latihan Pengendalian Makanan (SLPM) oleh Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sesi pengauditan terhadap permohonan baharu SLPM Institut bertujuan untuk menjadikan IKBN Peretak sebagai salah satu Pusat Bertauliah Sekolah Latihan Pengendalian  Makanan bagi menjalankan kursus Latihan Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh KKM.

 

18hb Dis 2020 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak. Mesyuarat Agung Koperasi IKBN Peretak Berhad kali Pertama telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Peretak, Pn Normahsyuri bt Md shariff.  Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Hulu Selangor bagi memantau perjalanan semasa Mesyuarat Agung berlangsung. Terima kasih kepada semua Anggota Lembaga Koperasi IKBN Peretak Berhad yang hadir bagi menjayakan mesyuarat agung koperasi IKBN Peretak Berhad ini.

8hb. Disember 2020 (Selasa) – Selasa, IKBN Peretak, Unit Kerjaya Dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan program motivasi kerjaya untuk 45 orang pelajar yang terdiri daripada Kursus Jahitan Pakaian Lelaki, Kursus Jahitan Pakaian Wanita dan Diploma Rekaan Fesyen yang akan tamat pembelajaran di IKBN Peretak. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran belajar yang tinggi, menanam kesedaran diri, menyuntik semangat dan keyakinan diri yang dibuat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program wajib tahunan ini terpaksa dibuat secara atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Selangor.

 

14 Disember 2020 -  Pada 14 Disember 2020 berlangsungnya Kursus Specialized Therapy dan Salon Management (Program Latihan Dalaman / In-House Training Tenaga Pengajar 2020) telah diadakan di Bengkel Lavender, Jabatan Personal pada 14 Disember 2020. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Puan Syazana Binti Dzulkefli, pengajar jurusan Terapi Kecantikan dan Puan Janefer Farida Binti Baharuddin, pengajar bagi Jurusan Perekaan Gaya Rambut. Kursus ini disertai oleh seorang pengajar Jurusan Perekaan Gaya Rambut, 3 orang Pengajar Terapi Kecantikan dan 2 orang Pengajar VTO. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi perkongsian ilmu disamping menambahkan pengetahuan serta meningkatkan kemahiran sedia ada kepada pengajar dari jurusan lain.

Rabu, 09 December 2020 10:38

PROFESSIONAL ENGLISH COURSE

Written by

 

7 Disember 2020, IKBN Peretak : Seramai 20 orang pelajar yang terpilih mengikuti program Professional English Course dibawah program EEI yang  dibuat  secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

4 Disember 2020, IKBN Peretak : Program Pencegahan Masalah Sosial - Pembangunan Sahsiah Diri & Disiplin Pelajar secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Halaman 12 dari 40