Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (550)

Kuala Kubu Bharu, 09 November 2020 (Isnin) - Sesi penilaian dan semakan dokumentasi oleh ahli Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah diadakan secara maya atau atas talian. Ahli Panel Penilai terdiri daripada  seorang pegawai JPK selaku Pengerusi Panel bersama-sama 4  orang Panel Industri yang telah dilantik oleh pihak JPK untuk membuat pemeriksaan dokumentasi dan fasiliti kemudahan, Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan oleh Institut bagi permohonan pentauliahan dua bidang program latihan Kemahiran yang ditawarkan oleh Institut iaitu bidang Perkhidmatan Estetik (MP-060-2:2013) untuk pembaharuan program yang akan tamat tempoh dan Penambahan Program bagi bidang Penyeliaan Operasi Makanan & Minuman (I561-002-3:2018) kerana pertukaran kepada NOSS baharu menggantikan NOSS lama HT-010-3:2012.

IKBN Peretak, 30 Oktober 2020 – Pelaksanaan Program Akaun Tabung Amanah telah dilaksanakan pada 23 Mac 2020 sehingga 30 September 2020. Jabatan Pengajian Umum telah berjaya menjual sebanyak 100 keping “Greeting Card Dedication” dengan jualan RM 2.00 sekeping untuk dijual kepada warga IKBN Peretak serta sekitar Kuala Kubu Bharu. Penghantaran “Greeting Card Dedication” juga telah diedarkan lewat kepada pembeli daripada tempoh yang diberikan disebabkan kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun demikian JPU masih mengekalkan SOP yang telah disarankan oleh pihak kerajaan. Segala tenaga, usaha dan kreativiti dalam perlaksanaan “Greeting Card Dedication”    telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Umum (Pn. Gokillavhani, Pn.Rohaya, Pn. Asyikin dan En.Hardev).

Disediakan oleh: Jabatan Pengajian Umum

2 Oktober 2020 (Jumaat) - Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) IKBN Peretak telah mengadakan lawatan pemantauan peserta Latihan Sangkutan Industri (LSI) di Melaka pada hari ini.

 

1 Oktober 2020 (Khamis) - Bertempat di UITM Dungun,Terengganu telah diadakan Kursus Pembangunan Kepakaran dan Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET :- Transformed and Modernize Training Skill for Cooking Management selama 6 hari bermula 26 September  sehingga 1 Oktober 2020.

Rabu, 30 September 2020 10:19

KURSUS MY SKILL FOR YOU FROZEN MALAY KUIH

Written by

29 September 2020 (Selasa) - IKBN Peretak, Jabatan Hospitaliti telah melaksanakan Kursus My Skill For You Frozen Malay Kuih selama satu (1) hari iaitu pada 29 September 2020 bertempat di Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Kursus ini merupakan salah satu program Corporate Social Responsibility (CSR) Jabatan Hospitaliti bagi tahun 2020.

28 September 2020 (Isnin) - IKBN Peretak, Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Peretak telah mengadakan Pertandingan Waste Worth It. Pertandingan Merekacipta ‘Casing Hand Sanitizer Secara Kreatif Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Terbuang‘ telah diadakan pada 7 September 2020 hingga 25 September 2020.

 

24 September 2020 (Khamis) - IKBN Peretak, Jabatan Hospitaliti, Bahagian Penyajian telah melaksanakan In House Training – Kursus Transform Skill Trainer For Marking Scheme. Kursus ini diadakan sebagai platform perkongsian ilmu Kemahiran yang dikongsi oleh pengajar - pengajar yang telah menghadiri kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) anjuran IKTBN Bachok tempohari.

23 September 2020 (Rabu) - Kursus Sulaman Tekat telah berlangsung  di Bengkel Sutera Inai, Jabatan Tekstil, IKBN Peretak pada 21 hingga 23 September 2020. Kursus ini melibatkan 9 orang pengajar dari Jabatan Tekstil dengan bimbingan dari 2 orang pakar industri tekat  daripada Rafanda Creative (Kuala Kangsar, Perak) iaitu Puan Faizatol Fazleha binti Mohd Rashdi dan Puan Rahimah.

18 September 2020 (Jumaat), IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan program memasak bubur asyura secara bergotong royong melibatkan semua pegawai dan kakitangan.

18 September 2020 (Jumaat) - Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) IKBN Peretak telah mengadakan lawatan pemantauan peserta Latihan Sangkutan Industri (LSI) pada hari ini.

Halaman 13 dari 40