Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (541)

IKBN Peretak, 1 April 2022 – Kursus “Customer Services English Essential Course for F&B” telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Umum. Kursus ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Penyajian Semester 3. Kursus ini disampaikan oleh En Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh dan Puan Gokillavhani A/P Sathiaseelan.

 

1 April 2022 (Jumaat) – Bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Pelancaran Program serta Tabung Ihya’ Ramadhan peringkat IKBN Peretak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak.

29 Mac 2022 – Majlis Dialog Promosi TVET ILKBS peringkat Daerah Hulu Selangor telah dilaksanakan bertempat di The Glass, IKBN Peretak. Penganjuran program yang julung-julung kalinya dilaksanakan oleh Cawangan Hubungan Industri, IKBN Peretak dengan mendapat kerjasama penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor bersama rakan-rakan ILKBS Zon Tengah iaitu IKTBN Dusun Tua, IKBN Kuala Langat dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). Seramai 20 orang penyertaan guru kaunselor sekolah menengah yang meliputi 17 sekolah menengah sekitar daerah Hulu Selangor telah menghadiri program ini.

26 Mac 2022 (Sabtu). Sekolah Rendah Agama Rakyat Sungai Lui, Hulu Langat Selangor telah berlangsung program Mengecat dan Memasang Langsir bagi Komponen Khidmat Masyarakat ARPRM dan Program Kasih Ramadhan yang telah diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) melibatkan penyertaan seramai 30 pelajar dan 9 pegawai pengiring.

 

24 Mac 2022 (Khamis) - Jabatan Pengajian Umum (JPU) telah menganjurkan ‘Kursus Penggunaan Blendspace dalam PdPc’ menggunakan platform Google Meet melibatkan 21 orang pegawai dan kakitangan IKBN Peretak dari Jabatan Hospitaliti, Jabatan Tekstil, Jabatan Personal, Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Rohaya binti Mamat, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

23 Mac 2022 (Rabu) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Program SMART Sesi 1/2022 (Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungjawab).

Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar telah mengadakan Pertandingan Melukis Poster sempena kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1443H/2022M. Aktiviti ini diadakan supaya para pelajar dapat menggunakan kreativiti dan kemahiran mereka dalam menghasilkan poster yang menarik bagi menterjemahkan dakwah dalam bentuk poster. 

18 Mac 2022 – Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak telah melaksanakan Program Visiting Lecturer siri 1 bagi tahun 2022 bersama industri bidang tekstil iaitu Syarikat VIQ Apparel bertempat di Ipoh Perak. Seramai 8 orang pegawai dan peserta inkubator bidang tekstil telah menghadiri program selama satu hari ini.

 

15 Mac 2022 (Selasa), Telah berlangsung satu program Sesi Dialog Bersama Industri Richiamo Coffee Sdn Bhd dan pihak IKBN Peretak yang dihadiri oleh wakil industri iaitu Encik Muhamad Zamry bin Abu Samah, Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn Bhd dan Encik Adam bin Kassim, Pengarah Pemasaran Richiamo Coffee Sdn Bhd. Sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh Puan Normahsyuri bin Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak dan turut disertai oleh 8 orang pegawai dikalangan Pegawai Jabatan Hospitaliti dan Cawangan Hubungan Industri.

 

15 Mac 2022 (Selasa) – IKBN Peretak telah menerima kunjungan oleh dua orang pegawai dari Scholar’s Suite, Hospitality Training Center, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Halaman 3 dari 39