Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (550)

KSM

06 September 2018. Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Peretak telah berlangsung pertemuan dan perbincangan pihak pengurusan IKBN Peretak bersama wakil Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh, Kementerian Sumber Manusia. Objektif utama taklimat dari kedua-dua pihak adalah berdasarkan Kajian Pembangunan Pelan Induk Kebangsaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Ke Arah Negara Maju dan Halatuju sehingga 2050. IKBN Peretak telah dipilih sebagai salah sebuah institusi perintis bagi tujuan kajian tersebut.

Disediakan oleh : Encik Abdul Rashid Bin Hj. Mohd. Munir

Khamis, 06 September 2018 17:35

SEMI FINAL PERTANDINGAN PIALA SERI ENDON 2018

Written by

semi Hendon

IKBN Peretak pada 25 - 26 Ogos 2018, bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur berlangsungnya Peringkat Semi Final Pertandingan Piala Seri Endon 2018. Seramai 27 penyertaan bagi Fesyen Kategori telah terpilih bagi peringkat ini daripada hampir 100 penyertaan yang menyertai dan hanya 12 peserta yang akan dipilih ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 9 September 2018 bertempat di KLCC. Jabatan Tekstil, yang diketuai oleh Pn.Norfarizan Binti Jawahir bersama ahli kumpulannya Pn.Zainab Bt Majid, Pn.Norazlina Bt Nasron dan Pn.Syarifah Khairani Bt.Shaari telah menyertai pertandingan ini.

Disediakan oleh : Puan Norfarizan Binti Jawahir

 

solek

31 OGOS 2018 –Jabatan Personal, IKBN Peretak telah ditugaskan sebagai jurusolek dan pendandanan rambut untuk 190 orang peserta yang memakai pakaian etnik bagi Kontijen Perbarisan Hari Kemerdekaan ini bertema “Sayangi Malaysiaku” bertempat di Kementerian Belia & Sukan, Putrajaya. Seramai 6 orang pegawai dan 27 orang pelajar bertugas seawal Jam 3.30 pagi sebagai jurusolek dan pendandan rambut. Selain itu, Puan Janefer Binti Baharuddin merupakan pengajar Penggayaan Rambut telah ditugaskan untuk melakukan dandanan rambut Timbalan ketua Setiusaha Puan Ramona Binti Mohd Razali.

Disediakan oleh : Puan Hafizah Binti Rumli

Disunting oleh : Puan Rosmalinda Binti Kamaazaman

merdeka 61

30hb Ogos 2018. IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu.  Sambutan Hari Kemerdekaan disambut meriah oleh warga Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan ke 61 turut dirasai apabila warga IKBN cantik berpakaian jalur gemilang yang dimonopoli oleh warga Jabatan Tekstil. Seawal jam 7.30 pagi acara memanaskan badan sebelum pelepasan Fun Run Merdeka IKBN Peretak dilepaskan oleh Puan Normahsyuri binti Md.  Shariff. Warga IKBN berlari bersama -sama tanda penyatuan antara Warga IKBN Peretak sejauh 1.5km. Acara diakhiri dengan cabutan nama bertuah serta pakaian paling kreatif bagi kategori pelajar dan pegawai. Kategori pelajar dimenangi oleh saudara Mohamad Sharul Nizam Bin Sharil & saudari Siti Syafiqah Binti Roslaini. Manakala kategori pegawai dimenangi oleh Puan Rofizah binti Ibrahim dan Encik Mohd Fairuz bin A. Ghaffar. Hadiah disampaikan oleh pengarah IKBN Peretak.

Disediakan oleh : Puan Suellen Binti Muhamad Sharif

BM EEI

29 Ogos 2018, Kursus English Empowerment Initiative (EEI) 20:50 kepada Tenaga Pengajar IKBN Peretak telah berlangsung pada 28 -29 Ogos 2018 bertempat di Bilik Kuliah 3. Kursus ini melibatkan tenaga pengajar sebanyak 28 orang yang terdiri daripada Jabatan Personal, Jabatan Tektil, Jabatan Hospitaliti, Jabatan Pengajian Umum dan Cawangan Pengurusan Pelajar (Bina Insan). Tenaga Pengajar menjalankan aktiviti Sharing Talk 20:50 seperti Let's Learn Grammar "Preposition" dan Explore the World of Grammar WH-Question bersama-sama dengan penceramah. Selain itu, Pertandingan English Language Game telah diadakan diakhir slot bertempat di Auditorium iaitu Spell It Right yang melibatkan semua peserta kursus ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Puan Azaeen Binti Abd Aziz bagi tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Puan Zaleha Binti Arshad dan Puan Salimah Binti Abdul Latif. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri Binti Md Shariff.

Disediakan oleh : Puan Syazana Binti Dzulkefli

EEI 1EEI 2

EEI 3EEI 4

NATIONAL YOUTH SKILLS INSTITUTE OF PERETAK, August 29 2018 – The committe of English Empowerment Initiative Programme (EEI) National Youth Skills Institute of Peretak has taken one step close to achieve the vision of 2020 by hosting an English Course known as EEI 20:50 for the IKBN Peretak Educators. This programme took place at IKBN Peretak.

Khamis, 30 August 2018 13:28

KURSUS IN-HOUSE TRAINING :FROZEN FOOD

Written by

frozen

IKBN Peretak, 20.08.2018 - Jabatan Hospitaliti IKBN Peretak telah mengadakan kursus in-house training : Frozen Food yang melibatkan 10 orang tenaga pengajar Jabatan Hospitaliti. Kursus secara hands-on ini dikendalikan oleh En.Mohd Fairuz bin A.Ghaffar, tenaga pengajar pakar bidang penyediaan Pastri berkongsi ilmu yang beliau perolehi semasa menghadiri kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) yang lepas. Objektif kursus ini ialah pengajar boleh mengetahui teknik sejukbeku makanan dan teknik pembungkusan. Antara produk sejukbeku yang dihasilkan adalah karipap, donut, pau kacang dan kuih bakar.

Disediakan oleh : Puan Maraini Binti Mat Isa

manicure

PERETAK, 17 OGOS 2018 – Jabatan Personal, IKBN Peretak telah mengadakan Kursus Rawatan Manicure di bawah program Mentor-Mentee bagi bidang Terapi Kecantikan Kursus ini diadakan pada 13 sehingga 17 Ogos 2018 di Bengkel Lavender, Jabatan Personal. Puan Shaliza Binti Powab yang berpengalaman mengajar selama 10 tahun dalam bidang Terapi Kecantikan ini bertindak sebagai mentor kepada Puan Syazana Binti Dzulkefli. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi ilmu dalam rawatan manicure kepada pengajar lain yang tidak mempunyai kepakaran dan mengasah kemahiran pengajar untuk lebih mahir pada masa akan datang. Kursus ini juga merangkumi beberapa aktiviti lain seperti melakukan kikir kuku, buffer kuku, mencantikkan dan mewarnakan kuku pelanggan.

Disediakan oleh : Puan Syazana Binti Dzulkefli

korea

PERETAK, 16 OGOS 2018 – Jabatan Personal, IKBN Peretak telah menganjurkan program perkongsian ilmu pada 14 hingga 16 Ogos 2018 oleh salah seorang pelajar mereka, Siti Nurul Izzah Binti Samsurbahari yang telah menghadiri Program K-Beauty Vocational Training anjuran University Gwangju, Korea selama dua (2) bulan pada 22 Mac hingga 15 Mei 2018 yang lalu. Pelajar tersebut telah berkongsi ilmu dalam bidang penggayaan rambut bersama pengajar dan pelajar jurusan Penggayaan Rambut. Perkongsian ilmu juga merangkumi beberapa modul iaitu dandanan rambut, jalinan dan sanggul, rebonding dan hair colouring.

Disediakan oleh: Puan Janefer Farida bt Baharuddin

Disemak oleh: Puan Syazana bt Dzulkefli

sukan

IKBN Peretak, 17 Ogos 2018Pelepasan Kontijen Sukan IKBN Peretak ke Kejohanan Sukan ILKBS yang akan berlangsung di IKBN Pekan bermula daripada 18 – 20hb Ogos 2018. Kontinjen terdiri daripada 37 orang pelajar dan 9 orang pegawai selaku jurulatih serta pegawai pengiring. Acara ini telah disempurnakan oleh Puan Siti Muhariah binti Untong selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Peretak bagi mewakili Pengarah yang sedang berkursus di Melaka. Selain itu, para pegawai dan pelajar IKBN Peretak turut hadir bagi memberi sokongan serta menaikkan semangat para kontijen. Acara ini berakhir dengan bacaan doa agar perjalanan kontijen dan pegawai selamat ke destinasi serta pulang membawa kejayaan. 

Disediakan oleh : Aimi Bazilah Binti Mat Yusof

   Disunting oleh : Noor Azah Binti Ali@Ahmad

Halaman 30 dari 40