Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (550)

23 Mac 2022 (Rabu) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Program SMART Sesi 1/2022 (Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungjawab).

Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar telah mengadakan Pertandingan Melukis Poster sempena kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1443H/2022M. Aktiviti ini diadakan supaya para pelajar dapat menggunakan kreativiti dan kemahiran mereka dalam menghasilkan poster yang menarik bagi menterjemahkan dakwah dalam bentuk poster. 

18 Mac 2022 – Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak telah melaksanakan Program Visiting Lecturer siri 1 bagi tahun 2022 bersama industri bidang tekstil iaitu Syarikat VIQ Apparel bertempat di Ipoh Perak. Seramai 8 orang pegawai dan peserta inkubator bidang tekstil telah menghadiri program selama satu hari ini.

 

15 Mac 2022 (Selasa), Telah berlangsung satu program Sesi Dialog Bersama Industri Richiamo Coffee Sdn Bhd dan pihak IKBN Peretak yang dihadiri oleh wakil industri iaitu Encik Muhamad Zamry bin Abu Samah, Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn Bhd dan Encik Adam bin Kassim, Pengarah Pemasaran Richiamo Coffee Sdn Bhd. Sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh Puan Normahsyuri bin Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak dan turut disertai oleh 8 orang pegawai dikalangan Pegawai Jabatan Hospitaliti dan Cawangan Hubungan Industri.

 

15 Mac 2022 (Selasa) – IKBN Peretak telah menerima kunjungan oleh dua orang pegawai dari Scholar’s Suite, Hospitality Training Center, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jumaat, 11 Mac 2022 - Sesi program derma darah telah diadakan bertempat di Perpustakaan, IKBN Peretak sempena Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan (MKKK) Sesi 1/2022, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Institut (JKKI) bersama Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak bermula 9 hingga 11 Mac 2022.

11 Mac 2022 – Program Minggu Kesedaran Keselamatan & Kesihatan bagi sesi 1/2022 telah diadakan bermula 9 hingga 11 Mac 2022 bertempat di Auditorium, IKBN Peretak. Program ini melibatkan seramai 7 orang pegawai dan 109 pelajar terdiri daripada Jabatan Tekstil, Jabatan Personal dan Jabatan Hospitaliti. Program ini disampaikan oleh penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP), Jabatan Penjara, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Bomba & Penyelamat serta Pusat Darah Negara.

8hb Mac 2022 (Selasa), bersempena Hari Wanita Sedunia 2022 yang bertemakan Saksama Bersama, IKBN Peretak tidak ketinggalan turut bersama-sama meraikan hari yang bermakna ini.

5 Mac 2022 (Sabtu) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah melaksanakan Minggu Paradigma Pelajar (MIPAR) bermula 28 Februari hingga 5 Mac 2022. Pelajar baru yang melapor diri adalah seramai 21 orang dari 2 jurusan Perekaan Gaya Rambut (PGR) dan Jahitan Pakaian Lelaki (JPL). Minggu Paradigma ini turut di sertai oleh semua pelajar Sesi 2/2021 iaitu seramai 82 orang kerana batch pelajar ini tidak dapat menghadiri Minggu Paradigma yang lepas berikutan penularan wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Program MIPAR ini juga turut dibantu oleh 20 orang fasilitator dikalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pegawai IKBN Peretak yang sangat komited melaksanakan tugasan masing-masing.

 

 

2 Mac 2022 (Khamis) – Satu perjumpaan pengarah bersama peserta inkubator bidang tekstil telah dilaksanakan pada 2 Mac 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Peretak.

Halaman 4 dari 40