Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
IKBN Peretak, 13 Julai 2018 – Program Hari Penghargaan Pelanggan julung kali telah diadakan di Dewan DAHA IKBN Peretak. Program ini merupakan synergy diantara semua pegawai IKBN Peretak dengan Jabatan lain, pelajar, pembekal dan kontraktor perkhidmatan serta komuniti setempat dalam memacu kecemerlangan IKBN Peretak.
IKBN PERETAK: Jumaat, 13 Julai 2018, Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 2/2018, anjuran Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak telah diadakan pada 10 Julai hingga 12 Julai 2018.
IKBN PERETAK: Selasa, 10 Julai 2018 Satu sesi program derma darah telah diadakan pada 10 Julai 2017 bertempat di Perpustakaan IKBN Peretak Sempena Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 2/2018, yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak bermula 10 Julai hingga 12 Julai 2018.
Kuala Kubu Bharu, 4 Julai 2018 – Lawatan dan pengauditan Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) & Pengurusan Latihan ILKBS Terbaik (PLIT) sedang berlangsung pada 4 – 5 Julai 2018 di IKBN Peretak. Ia bertujuan bagi mengiktiraf institusi dan juga bidang-bidang latihan di ILKBS yang mencapai tahap pencapaian yang sangat cemerlang.
KUALA KUBU BHARU, 2 JULAI 2018 – IKBN Peretak telah selesai melaksanakan Minggu Paradigma bagi sesi Julai 2018 dan pada pengambilan kali ini kemasukan pelajar melibatkan seramai 85 orang pelajar baru yang terdiri daripada jurusan Penyajian, Penyediaan Roti, Penyediaan Pastri, Jahitan Pakaian Lelaki, Jahitan Pakaian Wanita Dan Diploma Rekaan Fesyen, bermula 25 hingga 29 Jun 2018.
08 Jun 2018 - Peperiksaan Akhir Pelajar ILKBS Sesi 1/2018 bagi IKBN Peretak telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 28 Mei 2018.
Sebahagian daripada hasil projek akhir pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Rekaan Fesyen yang dibentangkan oleh pelajar semester 6 sesi pengambilan 1/2017 pada 06 hingga 07 Jun 2018 bertempat di Perpustakaan IKBN Peretak.
1 Jun 2018, Jumaat - IKBN Peretak telah menyemarakkan lagi Program Ihya Ramadhan dengan amal kebajikan melalui sumbangan bahan mentah kering kepada 20 keluarga asnaf di sekitar kawasan Kuala Kubu Bharu. Program ini anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Kelab Sukan dan Kebajikan IKBN Peretak(KSKK). Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak telah turun padang bersama pelajar MPP serta Pengerusi KSKK utk menyampaikan sumbangan tersebut.
7 Jun 2018 (22 Ramadhan 1439H) - Majlis Khatam Al Quran Dan Berbuka Puasa Perdana hari ini merupakan acara kemuncak program Ihya Ramadhan bagi IKBN Peretak. YBhg. Dr. Hajah Wasitah binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah sudi merasmikan majlis pada petang ini.
IKBN Peretak, 24 Mei 2018 – Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama pegawai, alumni dan pelajar IKBN Peretak melaksanakan rutin tahunannya di bulan Ramadan dengan memasak bubur lambuk yang diketuai oleh Chef Mohd Fairuz bin A. Ghaffar dan mengedarkan kepada semua pegawai serta warga kerja IKBN termasuk pekerja dewan makan, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan, para pelajar IKBN Peretak dan orang ramai sekitar Kuala Kubu Bharu. Usaha penyediaan secara gotong-royong itu dijayakan dalam mengejar fadhilat Ramadan.
IKBN Peretak, 18 Mei 2018 – Unit Hal Ehwal Islam, Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1439H / 2018M di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.
“Teacher’s Day Dedication” di bawah Program Tabung Amanah (ATA) telah dilaksanakan pada 16 Mei 2018 yang lalu di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum. Antara produk yang di keluarkan ialah Red Blossom, Photo Frame, Granny Smith, Red Delicious, Fridge Magnet, Pen Holder dan Candy Crunch. Sebanyak 268 tempahan telah diterima dari pelajar, pengajar, pegawai dan kakitangan IKBN Peretak serta pekerja kontrak pembersihan untuk di berikan bukan sahaja kepada guru tetapi untuk diberikan kepada rakan sebagai tanda hormat dan kasih sayang. Penyerahan produk yang ditempah telah dihantar pada 16 Mei 2018 sempena hari guru dan dibantu oleh 12 orang pelajar Penyajian semester 1.
IKBN Peretak, 30 April 2018 – Seramai dua belas (12) orang orang pelatih IKBN Peretak telah menyertai pertandingan pra-kelayakan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2018 bermula pada 20 hingga 29 April 2018.
2 Mei 2018, bertempat di Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) berlangsungnya Bengkel dan Sesi Taklimat berkenaan Pertandingan Piala Seri Endon 2018 bagi Pusingan Kedua.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan