Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
Melaka, Khamis, 10 OGOS 2017 - Seorang pegawai jurusan Penyediaan Roti, Encik Mohd Noor Al -Fahizam Bin Berahim telah mula menjalani Latihan Sangkutan Industri (LSI) pada 07 hingga 10 Ogos 2017 di Kedai Roti Chef yang dimiliki oleh Art Gard Sdn Bhd, Ayer Keroh Melaka. Pelaksanaan LSI ini adalah salah satu daripada KPI ILKBS bagi memastikan sekurang-kurangnya 10% daripada tenaga pengajar IKBN menjalani LSI bagi memberikan mereka pendedahan teknologi terkini berkaitan industri sebenar bidang latihan pengajar. Latihan ini juga membolehkan pengajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pakar di industri dalam pengajaran teori dan praktikal yang dilaksanakan di institut.
Lawatan pemantauan Latihan Sangkutan Industri yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan telah diadakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pegawai dan penyelia di syarikat tersebut disamping melihat sendiri bagaimana syarikat tersebut menjalankan operasi perniagaan mereka.
Diharapkan pelaksanaan LSI ini dapat mencapai objektifnya dan pengalaman yang diperolehi oleh pegawai dapat dikongsi bersama dengan pelajar dan pegawai lain.
Disediakan oleh: Puan Siti Muhariah binti Untong
Disunting oleh: Encik Samsu bin Kadir
IKBN PERETAK, 19 Julai 2017 – Seramai dua (2) orang pegawai panel Industri diringi oleh seorang pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah hadir sebagai Panel Pentauliahan Program Kemahiran ke IKBN Peretak yang bertujuan untuk membuat lawatan verifikasi Pentauliahan Program Penyediaan Makanan Tahap 2 (HT-012-2:2012) dan Tahap 3 (HT-012-2:2012).
Tuan Pengarah, Encik Mohd Hata bin Hj Saliman selaku Pengurus Pusat Bertauliah IKBN Peretak telah mengalu-alukan kehadiran Panel Pentauliahan yang turut dihadiri oleh Pegawai Institut dan Personel Pentauliahan bidang Pembuatan Makanan, Jabatan Hospitaliti.
Panel Pentauliahan telah membuat lawatan ke Jabatan Hospitaliti di samping membuat pemeriksaan dokumentasi Personel Pentauliahan dan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Intructional Materials -WIM). Di samping itu juga, pemeriksaan turut dilakukan pada bengkel dan setor bagi Penyediaan Makanan dalam melengkapkan proses verifikasi pentauliahan.
Pentauliahan bagi Program Penyediaan Makanan Tahap 2 dan Tahap 3 ini telah berjaya mendapat perakuan sewajarnya oleh pihak JPK. Tahniah, di atas kejayaan yang telah di capai oleh Jabatan Hospitaliti.
Disediakan oleh: Samsu Bin Kadir
Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat
IKBN Peretak, 18 MEI 2017 - Teacher’s Day Dedication di bawah Program Tabung Amanah (ATA) telah dilaksanakan pada 16 Mei 2017 yang lalu anjuran Jabatan Pengajian Umum. Antara produk yang di keluarkan ialah Red Blossom, Candy Crunch, Bookmark dan Granny Smith. Sebanyak 217 tempahan telah diterima daripada para pelajar dan pengajar untuk di berikan bukan sahaja kepada pengajar, tetapi juga diberikan kepada orang yang tersayang. Penyerahan produk yang ditempah telah dihantar pada 16 Mei 2017 sempena Hari Guru yang dibantu oleh 10 orang pelajar dari jurusan Penyajian Semester 3. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Kami warga IKBN Peretak ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua tenaga pengajar telah mendidik anak bangsa. Jasa kalian tidak akan kami lupakan..’
Disediakan oleh: Nurul Asyikin Bt Azhar
Disunting oleh: Rohaya Bt Mamat
IKBN Peretak, 17 Julai 2017 –Pada 11 Julai hingga 14 Julai yang lalu, satu Program Peningkatan Kemahiran ‘Advance Sportwear’ telah diadakan di Mary Fashion Academy Sdn. Bhd., Shah Alam yang disertai oleh enam orang pengajar ILKBS iaitu 3 orang dari IKBN Peretak dan 3 orang lagi dari IKBN Wakaf Tapai). Kursus ini dapat meningkatkan prestasi dan meluaskan lagi tahap kemahiran para pengajar dalam bidang Jahitan Pakaian Lelaki dalam menghasilkan rekaan-rekaan yang lebih memenuhi citarasa fesyen semasa disamping dapat mempelajari teknik-teknik jahitan dan pemilihan fabrik yang betul serta bersesuaian untuk setiap rekaan yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran.
Para peserta turut didedahkan dengan pembelajaran yang merangkumi lakaran pakaian berkonsepkan ‘pakaian sukan lasak’, penerangan mengenai fabrik, warna dan motif berdasarkan rekaan yang dibuat. Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan berkenaan fesyen yang bersesuai mengikut citarasa pelanggan, cara-cara membuat pola rekaan, cara-cara memotong dan cara-cara menghasilkan aksesori tambahan yang bersesuaian mengikut keperluan rekaan.
Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim
Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat
IKBN Peretak, 17 Julai 2017 –Kursus Tabung Amanah ‘Melakar dan Manipulasi Pola (TUKACAD)’ telah pun berlangsung di IKBN Peretak yang disertai oleh 15 orang peserta. Kursus ini telah dijalankan selama dua hari bermula dari 15 Julai 2017 hingga 16 Julai 2017. Para peserta dapat mempelajari langkah demi langkah dalam penghasilan dan manipulasi pola menggunakan perisian TUKADESIGN dan membuat layout menggunakan perisian TUKAMARK. Sepanjang tempoh berkursus, para peserta berjaya menghasilkan pola blaus; badan belakang, badan hadapan, lengan dan kolar kemeja.
Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim
Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat
IKBN PERETAK, 16 JUN 2017 – Majlis Khatam Al-Quran Peringkat IKBN Peretak telah diadakan bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Surau Nursalam, IKBN Peretak. Majlis ini dimulakan dengan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai iaitu melibatkan para pegawai, kakitangan dan pelajar. Tuan Pengarah institut ini iaitu En Mohd Hata bIn Hj Saliman telah merasmikan majlis tersebut. Tuan Pengarah turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada para pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf. Majlis tersebut diakhiri dengan ceramah agama yang bertajuk “Andainya Ramadhan Kali Ini Yang Terakhir Buat Kita” dan disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Wan Muhamad Noor Al-Hafiz.
Disediakan Oleh : Shahrul Iman Bin Hasuana ( IKBN PERETAK )
Disemak Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 7 JUN 2017 – Program Sahur Jangan Tak Sahur – Adabi bersama para pelajar dan warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menjalani rakaman selama 3 jam bermula jam 10 malam selepas solat tarawikh bertempat di Dataran HEP. Program ini akan ditayangkan di saluran TV1. Chef Eksekutif Adabi iaitu Chef Irwan Bin Mohd Nor Irwan telah membuat demonstrasi masakan daging kicap berempah dengan menggunakan produk keluaran Adabi. Beliau merupakan bekas pelajar institut ini dalam jurusan Penyediaan Makanan tahun 1994/1995. Dua artis jemputan turut hadir memeriahkan program ini iaitu Amanda Misbun dan Amar Asyraf. Para pegawai, Alumni IKBN Peretak dan pelajar berpeluang menikmati masakan yang disediakan sempena program tersebut.
Disediakan Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee (IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 7 JUN 2017 – Program Bersahur Bersama Para Pelajar dan Warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah diadakan pada jam 4 pagi bertempat di dewan makan. Sempena program ini, pihak institut telah menerima kunjungan daripada ahli parlimen Hulu Selangor iaitu Dato’ P.Kamalanathan. Para pelajar berpeluang untuk beramah mesra serta bersahur bersama ahli parlimen tersebut selama lebih kurang 1 jam lebih. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah IKBN Peretak iaitu En Mohd Hata Bin Hj Saliman dan para pegawai institut.
Disediakan Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 18 Mei 2017 – Pada 18 Mei 2017 Jabatan Tekstil Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah menyertai pertandingan ‘Anugerah Harta Intelek Negara 2017 (AHIN 2017) bertempat di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan dengan mengikut zon-zon yang ditetapkan. Sebanyak 169 penyertaan diterima, 46 penyertaan telah disenarai pendek dan hanya 8 kumpulan telah layak untuk bertanding bagi Kategori Perekacipta Harta Intelek untuk peringkat zon tengah dengan melibatkan tiga buah negeri. Produk Miracolo Handbag telah berjaya merangkul Pingat Perak beserta wang tunai RM900 serta Sijil Penghargaan. Pelajar yang terlibat adalah Kamaru’esadora Bt Muhammad daripada Bidang Jahitan Pakaian Wanita bersama Penyelia Projek Puan Norfarizan Binti Jawahir.
Disediakan oleh : Norfarizan Binti Jawahir ( IKBN PERETAK )
Disediakan oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
KOTA DAMANSARA, 17 MAY 2017 - Educational tour gives the trainees ideas likewise opportunities to visit prestigious place that may help the trainees to visualize what they learn at IKBN. This activity helped the 39 trainees to develop their personality since social graces and they also learned too by experience. Move over, important also for every student to acquire more knowledge through actual expose to the different place.
On 17 May 2017, the English Club of IKBN Peretak organized an educational tour to the Chocolate Museum located at the Selangor Science Park 1, Kota Damansara. A total of 39 trainees and 2 English teacher took part in the tour. The tour started at 10.00 am. This museum is ONE-OF-A-KIND chocolate museum in South East Asia with interactive digital displays, fascinating facts, state-of-the-art equipments and more than 100 chocolate brands available at best prices.
Throughout the tour the trainees were given a chance to learn about the Journey of chocolates, get to know the father of chocolate, health benefits of chocolates, types of chocolate and many more. Besides that, trainees were also given a chance to watch how chocolate was processed and formed at the chocolate kitchen on live. Lastly, trainees were allowed to test their in house chocolate and purchase wide range of in-house and imported chocolates at unbelievably bargain prices. At the end of the tour, trainees are required to write a report about the educational tour based on the questions prepared by the teachers and submit it to the teacher as an ungraded assessment.
Prepared by: MR. HARDEV SINGH SOKHAL ( IKBN PERETAK )
Edited by : MR. NICHOLOS MICHEAL ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 25 Mei 2017– Program Ambang Ramadhan peringkat IKBN Peretak telah dilaksanakan dan berlangsung di Surau Nur Salam IKBN Peretak bermula jam 9.00mlm dan diketuai oleh Ustaz Shahrul Iman bin Hj. Hasuana. Turut hadir PU HAFIZ bagi menyampaikan slot ceramah yang bertajuk di AMBANG RAMADHAN. Program ini disambut meriah dengan kehadiran semua pelajar-pelajar lelaki IKBN Peretak. Terima kasih diucapkan kepada majlis perwakilan pelajar IKBN Peretak atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini .
Disediakan Oleh : Shahrul Iman bin Hj. Hasuana ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN Peretak, 18 MEI 2017 - Teacher’s Day Dedication di bawah Program Tabung Amanah (ATA) telah dilaksanakan pada 16 Mei 2017 yang lalu anjuran Jabatan Pengajian Umum. Antara produk yang di keluarkan ialah Red Blossom, Candy Crunch, Bookmark dan Granny Smith. Sebanyak 217 tempahan telah diterima daripada para pelajar dan pengajar untuk di berikan bukan sahaja kepada pengajar, tetapi juga diberikan kepada orang yang tersayang. Penyerahan produk yang ditempah telah dihantar pada 16 Mei 2017 sempena Hari Guru yang dibantu oleh 10 orang pelajar dari jurusan Penyajian Semester 3. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Kami warga IKBN Peretak ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua tenaga pengajar telah mendidik anak bangsa. Jasa kalian tidak akan kami lupakan..’
Disediakan oleh: Nurul Asyikin Bt Azhar
Disunting oleh: Rohaya Bt Mamat
IKBN PERETAK, 9 MEI 2017 -Unit Agama Islam Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama Global Islamic Student Outreach 2017 (GISO 2017), Darul Quran yang terdiri daripada 16 orang fasilitator telah menganjurkan Program Tahsin al-Fatihah bertempat di Surau Nur Salam IKBN Peretak. Beberapa pegawai dan kakitangan serta semua pelajar muslim institu ini telah terlibat dengan program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan dan memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan ketika membaca Surah al-Fatihah. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah penerangan mengenai Surah al-Fatihah secara berkumpulan dan tasmi’ (diperdengarkan) bacaan dengan kaedah seorang guru seorang murid. Semua peserta program akan diberi sehelai kertas yang mengandungi Surah al-Fatihah dan setiap kesalahan bacaan akan ditanda di dalam kertas tersebut oleh fasilitator yang diperdengarkan bacaan. Program ini telah menerima maklumbalas yang sangat positif daripada para peserta dan terdapat cadangan agar program ini diadakan dari masa ke semasa.
Disediakan Oleh : Nur Salmah Binti Hanafe ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nazeela Binti Zulkiflee ( IKBN PERETAK )
PETALING JAYA, 7 Mei 2017 – Seramai 16 orang pelajar jurusan Perekaan Gaya Rambut IKBN Peretak telah mengambil bahagian dalam program Malaysia Book of Records sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di SMK Taman Medan, petaling Jaya Selangor. Rekod yang telah dibuat adalah 24jam non stop hair cutting yang bermula pada 6 mei 2017 jam 10 pagi dan tamat pada 7 mei 2017 jam 10 pagi. Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak juga terlibat dengan mengadakan promosi IKBN Peretak dan Hair Styling yang dilaksanakan di booth promosi yang diketuai oleh Puan Brenda Nicholas dan Encik Nuriman bin Mohd Noor. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau juga telah menyampaikan Anugerah Perdana Belia dan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia pada hari tersebut.
Disediakan Oleh : Nuriman Bin Mohd Noor ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan