Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
IKBN Peretak, 03 Mei 2017 –Bertempat di Dewan Daha Institut Kemahiran Belia Negara Peretak berlangsungnya Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2017 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah En.Mohd Hata Bin Hj. Saliman. Antara aktiviti yang diadakan bersempena majlis tersebut adalah Perkongsian Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang disampikan sendiri oleh tuan pengarah dan mendapat beberapa maklumbalas aspirasi TN50 daripada wakil pelajar setiap jurusan, penyampaian hadiah untuk aktiviti anjuran kelab memancing dan sambutan hari lahir untuk kakitangan dan pelajar yang lahir pada bulan April Selain itu taklimat khas Program MAKSAK Ikhtihari dan Medi Care buat anggota Perkhidmatan Awam turut diadakan dan diakhiri dengan jamuan perpisahan oleh kelab KSKK untuk 3 orang pegawai yang akan berpindah ke organisasi luar.
Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim (IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN Peretak, 28 April 2017 – Seramai tujuh orang pelatih IKBN Peretak terdiri dari Jurusan Penyajian, Penyediaan Makanan, Jahitan Pakaian Lelaki, Perekaan Gaya Rambut dan Terapi Kecantikan menyertai pertandingan pra-kelayakan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2017 di Pulau Pinang. Pertandingan ini diadakan pada 24hb hingga 26hb April 2017. Tiga bidang iaitu bidang Terapi Kecantikan, Perekaan Gaya Rambut dan Teknologi Fesyen diadakan di Giat Mara Prima Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Manakala bidang Restoran Servis dan Penyediaan Makanan diadakan di UITM Pulau Pinang, Permatang Pauh. Pertandingan dijalankan dengan lancar dan baik. Kesemua pelatih menunjukkan sikap dedikasi dan komitmen sepanjang tempoh pertandingan tersebut.
Disediakan oleh : Ratha A/P Vitiveloo ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
Institut Latihan Kemas Kuala Lumpur, 25 - 28 April 2017 – Mesyuarat dan bengkel pemurnian serta penggubalan soalan peperiksaan akhir ilkbs sesi 1 tahun 2017 telah diadakan di Instituti Latihan Kemas Kuala Lumpur. ILKBS yang terlibat adalah IKBN Peretak, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Kemasik, IKBN Kuala Langat dan IKTBN Alor Gajah. Turut hadir Pengarah IKBN Peretak, Timbalan Pengarah IKBN Peretak serta panel TAC Puan Haryati Binti Ismail bagi Rekaan Fesyen, Puan Junaidah Binti Othman bagi Terapi Kecantikan, Encik Ong Beng Choon bagi Perekaan Gaya Rambut dan Encik Ahmad Mokhtar Bin Ishak bagi Penyediaan Roti. Pihak IKBN Peretak mengucap terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan mesyuarat & bengkel pemurnian serta penggubalan soalan peperiksaan akhir ilkbs sesi 1 tahun 2017.
Sumber Berita : Zarol Amin Bin Zali ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
SERI ISKANDAR, 15 April 2017 – Seramai 47 orang para pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Rekaan Fesyen telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke UITM Seri Iskandar bagi menyaksikan pameran hasil produk dan pertunjukan fesyen pelajar-pelajar Diploma Rekaan Fesyen UITM Seri Iskandar bertempat di UITM dan di D’Hotel Seri Iskandar. Lawatan tersebut diadakan bagi memberi pendedahan dan gambaran sebenar kepada para pelajar DKM mengenai penghasilan rekaan pakaian dan pameran hasil produk projek akhir. Rombongan diiringi oleh dua orang pegawai dan makan malam ditaja oleh Encik Azman yang merupakan alumni IKBN Peretak dan pemilik kedai Roti Segar, Perak.
Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN Peretak, 25 April 2017 – Seramai 40 orang pelajar bersama 4 orang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra telah hadir ke IKBN Peretak bagi program lawatan sambil belajar. Pelajar yang hadir merupakan pelajar yang sedang melaksanakan SKM tahap 1 bagi tingkatan 4 dan SKM 2 bagi tingkatan 5 bagi jurusan jahitan di sekolah tersebut. Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak telah mengambil kesempatan bagi sesi taklimat dan lawatan yang dilaksanakan yang diketuai oleh Pn.Brenda Nicholas dan En. Nuriman bin Mohd Noor. Lawatan melibatkan jabatan tekstile, produk dan tunjuk ajar dari Pn.shahmun bin Mohd Zin termasuk penggunaan mesin sulaman automatik. Program tersebut telah tamat pada jam 1.00 tengahari.
Disediakan oleh : Nuriman Bin Mohd Noor ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
Esquel (M) S/B Pulau Pinang, 22 April 2017 – Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak telah mengadakan satu sesi pembelajaran program SLDN di Esquel (M) Sdn Bhd yang melibatkan seramai 19 orang pelatih program SLDN daripada Jabatan Tekstil. Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) ini telah dilaksanakan oleh IKBN Peretak bersama syarikat industri tekstil Esquel (M) Sdn Bhd bermula pada bulan Oktober tahun lalu. Tenaga pengajar dari IKBN Peretak, Puan Shamun bt Mohd Zin, Puan Brenda Nicholas (CHI) dan Encik Sivaraja a/l T. Sathasivam dari Kementerian Belia dan Sukan turut sama menghadiri sesi pembelajaran yang telah diadakan pada hari tersebut dan dijangka akan tamat sehingga bulan Oktober 2017.
Disediakan oleh : Brenda Nicholas ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN Peretak, 13 April 2017 –Jabatan Personal iaitu Jurusan Perekaan Gaya Rambut telah membuat khidmat masyarakat iaitu menggunting rambut percuma kepada murid sekolah di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Pelajar yang terlibat di jabatan ini seramai 15 orang bersama seorang pegawai pengiring. Aktiviti ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari. Objektif program ini adalah bertujuan untuk mengerat hubungan antara institut dan masyarakat setempat serta membantu mengurangkan kos sara hidup ibubapa yang terpaksa membayar khidmat gunting rambut di kedai yang di anggarkan RM 5 hingga RM 10.00 sekarang ini disamping memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan pelanggan sebenar dan melatih tubi kemahiran sediada.
Disediakan oleh : Norashikin Bt Hj A. Tajuddin ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 31 March 2017 – The English Club members have taken their initiative to promote English speaking environment by presentating a sketch entitle Cinderella. The team consisting 17 members with the guidance of their two English lecturers @ teacher advisors Miss. Gokillavhani Sathiaseelan and Mr. Hardev Singh Sokhal s/o Jaswant Singh. The team has successfully performed the sketch today during the assembly hosted by the Hospitality Department.
This effort is also conducted incoherent with the mission to support the English Empowerment Initiative Programme.
At the end of the ceremony, the Director of Institute National Youth Skills of Peretak, Mr. Mohd Hata bin Hj. Saliman gave out the certificates to all the members as a token of appreciation. Besides, he also praised the students’ effort in performing the sketch successfully and lively. Perhaps, he also encouraged the rest of the students to speak English as frequent as possible,because soon, the teaching and learning at IKBN is going to be fully in English for the upcoming years.
Lastly, the Master of Ceremony reminded the audiences on the activities involved in English Day, such as:
Prepared by: MISS GOKILLAVHANI SATHIASEELAN ( IKBN PERETAK )
Edited by : MR. NICHOLOS MICHEAL ( IKBN PERETAK )
POLITEKNIK SAHMSJ KEDAH, 21 - 23 Mac 2017 – Pada 21 Mac 2017 sehingga 23 Mac 2017 Jabatan Tekstil Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah menyertai pertandingan ‘National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17) yang bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Jitra Kedah. Pada pertandingan tersebut terdapat 9 kategori yang dipertandingkan dan sebanyak 624 booth penyertaan. Produk yang dipertandingkan dari Jabatan Tekstil Institut Kemahiran Belia Negara Peretak adalah Miracolo Handbag merupakan hasil produk pelajar dan pegawai yang telah memasuki kategori Kelas I iaitu Perkhidmatan dan Pemasaran Produk yang melibatkan seramai 84 kumpulan serta booth yang dipertandingkan. Produk Miracolo Handbag yang dihasilkan telah berjaya memenangi Pingat Gold Medal beserta Sijil Penyertaan.
Disediakan oleh : Norfarizan Binti Jawahir ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN SERI ISKANDAR, 15 Mac 2017 - Seramai 20 orang kakitangan Institut Latihan Kemahiran Belia & Sukan Peretak (ILKBS) telah mengadakan lawatan penanda aras amalan EKSA ke Institut Latihan Kemahiran Belia & Sukan Seri Iskandar (ILKBS), Batu Gajah, Perak baru-baru ini. Lawatan ini diketuai oleh Pn Suraya Binti Sulaiman, selaku Pengerusi EKSA di ILKBS Peretak. Objektif utama lawatan ini adalah bertujuan perkongsian ilmu dan sebagai panduan dalam pelaksanaan amalan EKSA dimana agensi ini telah berjaya mendapat persijilan daripada MAMPU.
Ahli rombongan tiba tepat jam 2.30 petang dan di sambut mesra oleh kakitangan ILKBS Seri Iskandar. Semua ahli rombongan dibawa ke bilik Mesyuarat Utama untuk diberi sedikit taklimat daripada Pn Hafizah selaku Jawatankuasa Latihan dan turut hadir sama didalam taklimat tersebut adalah Pengarah ILKBS Seri Iskandar Tuan Hj Fisal Bin Ramli serta En. Amir-Khairul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah. Selepas taklimat, rombongan bergambar di hadapan bangunan pentadbiran dan kemudian di bawa melawat di beberapa bahagian iaitu Jabatan Pengajian Umum, Makmal Komputer, Dewan Makan, Asrama dan tidak terkecuali bahagian Pentadbiran dan kewangan. Lawatan ini berakhir pada pukul 5.00 petang.
Disediakan Oleh: JAWATANKUASA LATIHAN EKSA( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : NICHOLOS MICHEAL ( IKBN PERETAK )
KUALA LUMPUR, 12 MAC 2017 – Satu program ‘WE CARE WE SERVE” telah diadakan bertempat di kejiranan PPR Air Panas, Kuala Lumpur.Program ini merupakan program yang di anjurkan oleh Persatuan Profesional Muda Wilayah Persekutuan (PMWP) bersama-sama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Malaysian Indian Congress (MIC) dan Persatuan Penduduk PPR Air Panas. Program ini diadakan adalah bertujuan bagi mendekatkan agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, institusi kesihatan, pendidikan dan Ahli Parlimen kawasan dengan masyarakat setempat selain memberi perkhidmatan terus kepada penduduk setempat terutamanya kepada penduduk di Perumahan PPR Air Panas. Oleh yang demikian, IKBN Peretak telah menghantar wakil seramai 10 orang pelajar termasuk pegawai dari Jurusan Perekaan Gaya Rambut dan Terapi Kecantikan Jabatan Personal. Pelajar-pelajar ini telah memberi perkhidmatan gunting rambut, perkhidmatan solekan dan medicure dengan tawaran harga yang berpatutan. Selaras dengan memberi gambaran yang jelas bahawa IKBN juga ada menganjurkan program-program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang boleh diikuti oleh masyarakat umum melalui kursus di hujung minggu. Perasmian program telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan dengan diikuti VVIP yang lain iaitu YB Senator Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Saravanan a/l Murugan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan YBhg Datuk Seri Hj. Mhd Amir Nordin bin Abd Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Selepas acara perasmian, kesemua VVIP melawat ke Booth Pameran termasuklah Booth Pameran IKBN Peretak dengan di beri maklumat berkaitan jurusan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Tenaga Pengajar iaitu Cik Syairatul dari Terapi Kecantikan dan Pn. Janefer Farida dari Perekaan Gaya Rambut. Program selesai jam 6.00 petang.
Disediakan Oleh: Azini Binti Ismail ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 3 – 10 MAC 2017 – Kelab Sukan Pelajar telah menganjurkan Pertandingan Petanque Antara Kelab Dan Persatuan IKBN Peretak melibatkan 16 penyertaan daripada 16 Kelab yang sedia ada di institut. Pertandingan Petanque mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pegawai serta pelajar kerana acara ini julung kalinya diadakan di IKBN Peretak. Pertandingan dijalankan selama 2 hari sahaja pada 03 dan 10 Mac 2017 Hari Kokurikulum (Jumaat) pada jam 3.00 petang bertempat di Padang Astaka IKBNPT. Juara pada kali ini disandang oleh Kelab Deligasi Bahasa dan Naib Juara dimenangi oleh Kelab Kecergasan. Kelab Sukan Pelajar telah melaksanakan 2 pertandingan pada bulan Februari yang lalu iaitu Pertandingan Dart Terbuka (L/W) dan Pertandingan Futsal (L) Antara Blok Asrama. Perancangan program yang akan dilaksanakan oleh Kelab Sukan Pelajar pada bulan April adalah Pertandingan Bowling Antara Jurusan yang dicadangkan akan berlansung di Wangsa Bowl, Selayang Mall.
Disediakan Oleh: Metdriyanto Bin Zakaria ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 28 FEBRUARI 2017 – IKBN Peretak telah menerima lawatan audit pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2008 oleh pihak SIRIM QAS yang diwakili oleh Juruaudit, En.Muhammad Fadhlullah Bin Rahmat bermula pada 27 hingga 28 Februari 2017. Objektif pelaksanaan audit pemantauan oleh pihak SIRIM QAS ini adalah untuk menentukan kepatuhan berterusan SPK ISO 9001:2008 dan menilai keupayaan SPK yang dibangunkan dengan memastikan IKBN Peretak memenuhi akta, peraturan dan pekeliling yang berkenaan. IKBN Peretak telah disyorkan untuk diteruskan pensijilan ISO 9001:2008 oleh pihak SIRIM QAS. Tahniah kepada semua warga IKBN Peretak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam perlaksanaan ISO 9001:2008.
Disediakan Oleh: Siti Muhariah Binti Untong ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN Peretak, 25 Februari 2017 - Unit Agama Islam Cawangan Pengurusan Pelajar telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Auditorium IKBN Peretak yang melibatkan 86 pelajar lelaki IKBN Peretak bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Objektif kursus dilaksanakan adalah memberikan pendedahan kepada pelajar cara yang betul dalam menguruskan jenazah. Antara modul yang dipelajari oleh kesemua pelajar adalah Pengurusan Mandi Jenazah, Pengurusan Kafan Jenazah, Solat Jenazah, Pengurusan Kebumian Jenazah dan Perkara Wajib dan Sunat dalam Pengurusan Jenazah. Semua peserta kursus memberikan maklumbalas yang sangat positif dan memberikan cadangan agar kursus ini agar kursus ini dijadikan sebagai kursus setiap tahun IKBN Peretak. Kursus kali ini juga melibatkan beberapa pegawai lelaki IKBN Peretak. InsyaAllah, Unit Agama Islam akan menganjurkan satu lagi Kursus Pengurusan Jenazah khas bagi pegawai serta pelajar wanita IKBN Peretak.
Disediakan Oleh: Metdriyanto Bin Zakaria ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan