Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (550)

Isnin, 27 February 2017 10:55

ENGLISH DAY NEWS

Written by

English Day News

IKBN PERETAK, 23 February 2017 – In accordance with the vision 2020 mentioned by YB Brig Jen Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Minister of Youth and Sports Malaysia, 50% of the teaching and learning process at National Youth Skills Institutes will be conducted using English Language. Therefore, as a first step to achieve the vision, National Youth Skills Institute of Peretak with the help of English lecturers Mr. Hardev Singh Sokhal s/o Jaswant Singh and Miss. Gokillavhani Sathiaseelan have taken an initiative by launching the “English Empowerment Initiative Programme” during the monthly assembly today.

The programme begun with welcoming speech by the Director of National Youth Skills Institute of Peretak, Mr. Mohd Hata bin Haji Saliman. He also mentioned that, “all the officers, staffs and trainess of ILKBS Peretak should start speaking English Language as it is one of the important language in the field of Technical Vocational Education Training (TVET)”.

The ceremony continues with ‘Choral Speaking’ by the members of English Club. This team consists of 21 members from various courses, which was lead by Mr. Mohamad Fariz Ilham Bin Mohd Zulkifli. Then, followed by a ‘Singing Performance’ by The Peretak Band, with their song entitle ‘Trouble is a Friend’. This band consists of 2 singers and 2 musician.

Lastly, the Master of Ceremony reminded the audiences on the activities involved in English Day, such as:

  1. Every Monday – English Day
  2. Set up English Corner
  3. Public Speaking session
  4. A speaker session by the MPP or student representative
  5. Formation of English Club

Prepared by: GOKILLAVHANI SATHIASEELAN ( IKBN PERETAK )
Edited by : NICHOLOS MICHEAL ( IKBN PERETAK ) 

IKBN Peretak, 21hb Februari 2017- Jabatan Hospitaliti IKBN Peretak telah menerima lawatan sambil belajar seramai 16 orang pelajar dan 4 orang pegawai pengiring Jabatan Plastik Polimer dari IKTBN Sepang. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengenalpasti peralatan dan perkakasan plastik yang digunapakai  serta berkongsi maklumat mengenai jenis peralatan plastik yang digunapakai di Jabatan Hospitaliti. Jabatan Plastik Polimer IKTBN Sepang juga telah berbesar hati memberi sumbangan sebanyak 95 buah papan pemotong hasil kerja pelajar-pelajar Jurusan Plastik Polimer. Jabatan Hospitaliti IKBN Peretak mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Cik Ratha A/P Vitiveloo ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN Peretak, 15 Februari 2017 – Bermula 13 Februari  sehingga 17 Februari 2017, dan pada 2 Mac hingga 4 Mac 2017, Cawangan Hubungan Industri IKBN Peretak melaksanakan  lawatan bagi pelajar latihan industri meliputi bidang hospitaliti, jahitan dan personel untuk Zon Tengah.

Seramai 84 orang pelajar sedang mengikuti latihan industri di 37 buah syarikat pelbagai bidang. Lawatan industri ini merupakan salah satu pemantauan yang dilaksanakan di peringkat IKBN Peretak bagi memastikan pelatih dan juga majikan boleh memberi latihan yang sewajarnya kepada pelajar IKBN Peretak mengikut urus tadbir syarikat serta dapat meningkatkan kemahiran pelajar berkenaan di industri terlibat.

Pelajar ini akan menjalani latihan industri untuk tempoh tiga bulan iaitu bermula pada 3 Januari 2017 sehingga 31 Mac 2017. Pada sesi ini keseluruhan pelajar yang menjalani latihan industri adalah seramai 136 orang. Pemantuan yang berkala seperti ini perlu bagi memastikan mereka diberi latihan yang sewajarnya oleh pihak industri serta mengenal pasti penambah baikkan dan penyelesaian masalah sekiranya ada.

 

Disediakan Oleh: Suraya Sulaiman ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Khamis, 16 February 2017 16:33

BENGKEL AUDIT EKSA 2017

Written by

IKBN PERETAK, 13 dan 14 Februari 2017 - Satu bengkel audit Eksa telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat IKBN Peretak. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pn Rozita binti Shamsudin  dari Jabatan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, merangkap fasilitator MAMPU, selaku penceramah jemputan. Seramai 25 orang pegawai terdiri dari pengerusi, timbalan pengerusi, fasilitator, penyelaras, setiausaha, jawatankuasa promosi, jawatankuasa latihan, jawatankuasa audit dan semua ahli-ahli jawatankuasa audit turut terlibat didalam bengkel ini.

 Pada hari pertama, peserta diberi taklimat secara teori berkenaan asas dan kepentingan audit dalam pelaksanaan EKSA serta kaedah menjalankan aktiviti pengauditan EKSA yang berkesan secara sistematik. Kemudian diterangkan beberapa aspek pengurusan, penilaian, dokumentasi dan kriteria audit EKSA. Dan akhir sekali adalah penambahbaikan kriteria audit dan check list audit. Sebagai latihan amali, peserta telah diberi 5 kumpulan mewakili 5 zon yang terdapat dalam IKBN Peretak. Setiap kumpulan diberi zon untuk tujuan latihan penilaian audit pensijilan EKSA. Satu check list diberikan kepada setiap kumpulan dan tepat jam 2.30 petang semua kumpulan bergerak ke zon yang telah diarahkan untuk melaksanakan penilaian audit EKSA bagi kriteria A dan B. Pelbagai penemuan amalan baik dan penemuan yang boleh diberi penambahbaikan utk setiap zon.

Pada hari kedua, tepat jam 9.00 pagi peserta melengkapkan latihan audit bagi penilaian audit EKSA bagi kriteria C, D dan E. Peserta harus melaksanakan tugas tersebut sebelum jam 11.30 tengahari kerana peserta perlu menyediakan laporan slide berhubung hasil dari penemuan amalan baik dan juga penemuan penambahbaikan. Pada jam 2.30 petang, semua kumpulan membentangkan laporan latihan penilaian audit EKSA dan disini peserta telah banyak mempelajari dan memahami kaedah penilaian EKSA itu sendiri. Selain dari pembentangan setiap kumpulan, penceramah jemputan juga tidak terkecuali dalam membentangkan hasil penemuan amalan baik dan penambahbaikan bagi semua zon yang berada di IKBN Peretak. Diharapkan IKBN Peretak akan terus berusaha gigih dalam mendapatkan persijilan EKSA dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bengkel ini seperti yang diamanatkan oleh tuan Pengarah sendiri. Insyallah..

 

Disediakan Oleh: JAWATANKUASA LATIHAN EKSA( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : NICHOLOS MICHEAL ( IKBN PERETAK )

IKBN Peretak, 19 Januari 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Podium B Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-34 Puspanita Cawangan Kementerian Belia dan Sukan. Mesyuarat  disambut meriah dengan persembahan dari Jabatan Tekstil Institut Kemahiran Belia Negara Peretak yang telah dijemput untuk mengadakan persembahan pembukaan bagi majlis tersebut. Sebanyak 6 koleksi pakaian berkonsepkan Evening Dress, Smart Casual dan 9 Maskot telah dihasilkan oleh pelajar daripada Diploma Kemahiran Malaysia, Jahitan Pakaian Wanita dan Jahitan Pakaian Lelaki (Tahap 3) telah diperagakan. Bagi Pihak IKBN Peretak merasakan bangga atas prestasi yang dapat dipersembahkan disamping dapat berkongsi dengan warga Kementerian Belia dan Sukan fesyen jahitan pakaian terkini.

 

Disediakan oleh: Norfarizan Binti Jawahir
Disunting Oleh : Nicholos Micheal

IKBN PERETAK, 13 JANUARI 2017 - Perhimpunan Bulanan IKBN Peretak yang pertama bagi tahun 2017 telah diadakan  pada 13 Januari 2017. Program ini berlangsung di Dewan DAHA IKBN Peretak bermula jam 8.30 pagi adalah sebagai tanda solidariti warga IKBN Peretak bagi menjayakan segala perancangan tahun 2017. Majlis ini telah di rasmikan oleh Pengarah IKBN Peretak, Mohd Hata bin Hj. Saliman dan turut menyaksikan penghargaan kepada para pegawai yang terlibat dengan pemeriksaan aset alih dan pemeriksaan stor 2016 serta penyampaian hadiah kepada para pelajar sempena Minggu Paradigma Sesi 1/2017.

 

Disediakan Oleh : Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN Peretak )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN Peretak )

IKBN Peretak, 11 Januari 2017 bertempat di Klana Resort Seremban, berlangsung Majlis  Konvoksyen Anjuran Bak’s Creation & Services kepada semua pengajar Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) Bagi Jurusan Pentadbiran Fesyen & Pakaian, Pembuat Pakaian Wanita (Tahap 3) dan Seni Sulaman Warisan. Hampir 150 tenaga pengajar daripada institut awam dan swasta telah terlibat, yang mana pembelajaran tersebut telah di biayai oleh Program Merialisasikan Aspirasi Harapan Dan Impian Rakyat (Mahir) Anjuran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian MOSQ, Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu Puan Zuleah Binti Darsong. Senarai pengajar yang terlibat adalah Pn.Norfarizan Bt Jawahir, Pn.Lilie Syafina Bt Mohd Yatim, Pn.Syahmun Bt Mohd Zin, Pn.Zainab Bt Majid Dan Pn.Noriha Binti Pekan.

 

 Disediakan oleh: Norfarizan Binti Jawahir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Khamis, 16 February 2017 15:29

GOTONG-ROYONG EKSA ZON RAJAWALI

Written by

IKBN PERETAK, 6 JANUARI 2017 – Program gotong royong EKSA Zon Rajawali telah berlangsung dengan jayanya pada 30/12/2016 (Jumaat), 05/01/2017 (Khamis) dan 06/01/2017 (Jumaat). Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang berpusat di Pejabat Pentadbiran dan Kewangan di mana terletaknya lokasi utama bagi sudut EKSA Zon Rajawali. Program tersebut melibatkan kesemua ahli EKSA Zon Rajawali dan agenda utama program tersebut adalah aktiviti sisih dan sapu. Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah menanggalkan dan menurunkan bahan pameran 5S yang lalu. Diikuti dengan aktiviti membaikpulih dinding sudut seperti menampal semula plaster simen bagi menutup lubang dan bekas rekahan. Seterusnya adalah aktiviti mengecat sudut EKSA. Aktiviti gotong royong ini tidak sahaja mengaspirasikan pelaksanaan EKSA diperingkat zon tetapi lebih menerapkan unsur kerjasama dalam pasukan, berkongsi pendapat dan mengeratkan tali silaturahim di antara anggota di Unit Pentadbiran dan Kewangan IKBN Peretak.

 

Disediakan Oleh : Nurashima Bt Zainal Othman ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh :  Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN Peretak, 14-16 Disember 2016 – Bermula 14 Disember 2016 lawatan verifikasi stor telah diadakan bermula 9.00 pagi di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, sepertimana yang dikehendaki di dalam Pekeliling Perbendaharaan 1PP mengenai Tatacara Pengurusan Stor, seramai 4 orang pegawai Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat yang dilantik oleh YBhg. Dato’ KSU KBS telah melaksanakan verifikasi terhadap Stor Utama Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Keseluruhan sebanyak 12 seksyen stor telah dibuat lawatan verifikasi bagi memastikan pengurusan stor sentiasa berada dalam keadaan cekap dan memenuhi kehendak peraturan.  

 

Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Khamis, 15 December 2016 16:53

LAMBAIAN KASIH

Written by

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT, 12 Disember 2016 – Pada 12 Disember 2016 pada 9.00 pagi, Seramai 200 orang pelajar dan 5 orang pegawai Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah menyertai perbarisan Lambaian Kasih sempena keberangkatan pulang DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke XIV, Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah Di Kompleks Bunga Raya Kuala Lumpur International Airport. Warga Insitut Kemahiran Belia Negara Peretak menjunjung kasih dan merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa dan bakti sepanjang tempoh pemerintahan Tuanku. 

 

Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

 

Halaman 37 dari 40