Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
ILKBS, 4 - 5 Oktober 2016 – Jabatan Tekstil Dan Apperal IKBN Peretak telah menyertai pertandingan Rekacipta dan Inovasi ILKBS 2016 IKBN Se-malaysia. Pertandingan ni melibatkan pelajar IKBN Peretak semester 4 tahap 3 jahitan pakaian wanita diiringi pegawai penasihat projek Norfarizan Binti Jawahir. IKBN Peretak telah mendapat Bronze Medal Medalion bagi Tajuk Projek Miracolo Handbag. Turut serta Encik Nik Kadir Bin Nik Mohammad selaku Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) Kementerian Belia Dan Sukan pada pertandingan tersebut.
Disediakan oleh: Norfarizan Binti Jawahir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 26 – 28 September 2016 – Bertempat di Mini Auditiorium Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah berlangsungnya Kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) bertajuk Penyeliaan Dalam Industri Pakaian, yang telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil IKBN Peretak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS. Penceramah jemputan, Pn. Rosmawati Binti Mamat merupakan Pensyarah Kanan, IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Sepang merupakan seorang Pakar Negara (DPIN) dan berpengalaman luas dalam Penyelian Industri Pakaian. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah, En Mohd. Hatta bin Hj. Saliman dan dihadiri oleh empat (4) orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Peretak, dua (2) orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Jitra, empat (4) pengajar Jabatan Tekstil IKBN Wakaf Tapai dan dua (2) orang wakil daripada BPKB.
Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim ( IKBN PERETEAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
MAEPS, SERDANG 25 September 2016 – Bertempat di CIDB Hall Maeps Serdang berlangsungnya Acara Malaysia Book Of Records - Pendandan rambut teramai. Penganjuran dari CIAST dan JPK ini mendapat sambutan yang hangat iaitu seramai 516 penyertaan penggunting rambut dari pelbagai Institut awam dan swasta telah menjayakan acara ini. Seramai 30 orang pelajar dari Jurusan Perekaan Gaya Rambut Tahap 2 dan 3 menyertai acara ini. Disamping itu, 2 orang pelajar dari IKBN Peretak dari jurusan ini telah terpilih sebagai pengunting terbaik dari 15 orang peserta yang terpilih iaitu Al Amin Fikri Bin Mustafa Kamal dan Raja Muhammad Rizimi Bin Raja Iskandar Shah.
Disediakan Oleh: Norashikin Bt Hj A. Tajuddin ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 23 SEPTEMBER 2016 – Program Aqiqah peringkat IKBN Peretak bagi tahun 2016 M/1437 H telah berjaya dilaksanakan. Program ini merupakan anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan institut ini. Aktiviti gotong-royong memotong daging dan menyediakan bahan masakan melibatkan para pegawai, kakitangan dan pelajar dimulakan seawal 8.00 pagi dan diakhiri jamuan makan pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadat Aqiqah serta mengeratkan ukhuwah di kalangan warga institut.
Disediakan Oleh : Shahrul Iman Bin Hasuana ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
MAESP SERDANG, 24 – 26 SEPTEMBER 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah dijemput untuk membuat perkhidmatan menggunting rambut RM1 semperna KARNIVAL DAN EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN (KEKK) yang diadakan di MAESP Serdang pada 24 sehingga 26 September 2016.
Seramai 4 orang pelajar Pereka Gaya Rambut tahap 2 dipilih dalam program tersebut. Antaranya,Mohd Shukur Bin Ahmad, Khairul Ilyazi Bin Ismail, Wan Zulhafifi Bin Wan Ahmad, Nur Dayana Binti Mohd Kharbi dan seorang pengajar Janefer Farida Binti Baharuddin.
Perkhidmatan ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak kepada pengunjung yang datang ke ekspo tersebut. Pelajar –pelajar dari jurusan rambut ini memberikan perkhidmatan menggunting rambut dengan kadar yang murah kepada pengunjung-pengunjung yang kebanyakkannya daripada pelajar-pelajar sekolah dan dari institusi – institusi kemahiran. Program ini juga dijalankan agar pelajar-pelajar dapat memahirkan lagi kemahiran dalam teknik-teknik menggunting rambut serta menyesuaikan diri dalam keadaan luar yang sebenar dengan pelbagai jenis pelanggan.
Tahniah dan Syabas diucapkan.
Disediakan Oleh : Janefer Farida Binti Baharuddin ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 26 SEPTEMBER 2016 – Kursus ‘Learning Basic Excel’ di bawah Program Akaun Amanah Latihan Khas IKBN Peretak 2016 telah dilaksanakan pada 24 September 2016 yang lalu dengan kerjasama daripada Kelab Bell Belia Tamil Daerah Hulu Selangor. Sebanyak 31 orang peserta yang terdiri dari kalangan belia hulu selangor dan pekerja Akademi P. S. Samy Sdn. Bhd. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para peserta berkaitan dengan perisian Microsoft Excel 2013. Majlis penutup dan penyerahan sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Cikgu Balasundaram A/L Kumarasamy iaitu Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, turut dihadiri Puan Siti Muhariah Binti Untong (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKBN Peretak), Dato’ P. S. Samy (Pengarah Urusan Akademi P. S. Samy Sdn. Bhd.) dan Tuan ASP Chandra (Wakil daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor).
‘Belia Tunggak Selangor, Yakini Belia’
Disediakan oleh: Rohaya Binti Mamat ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN Peretak, 24 & 25 September 2016 – Bertempat di Auditiorium Institut Kemahiran Belia Negara Peretak berlangsungnya Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) bertajuk Halatuju Industri Fesyen di Malaysia: Prospek dan Isu, yang telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil IKBN Peretak dengan kerjasama pihak CIAST dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS. Penceramah jemputan, En. Mohd Faizal Bin Abdul Hamid merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM Shah Alam yang sangat berpengalaman dalam Industri Fesyen dalam dan luar Negara. Majlis dirasmikan oleh Pn. Suraya Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) dan dihadiri oleh 13 orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Peretak, enam (6) orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Jitra, enam (6) pengajar Jabatan Tekstil IKBN Wakaf Tapai dan seorang (1) wakil daripada BPKB.
Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 10hb September 2016, Sabtu - Kursus Separuh Masa IKBN Peretak, program Tabung Amanah (ATA) telah menjalankan kursus “Effective Communication Skills-Let’s Speak Out”, Anjuran Jabatan Pengajian Umum. Tujuan kursus ini adalah untuk memahirkan pertuturan Bahasa Inggeris. Pegawai Penyelaras ialah En.Hardev Singh Sokhal a/l Jaswant Singh dan Penceramah kursus ialah Cik Gokillavhani a/p Sathiaseelan. Seramai 28 peserta telah menyertai kursus ini dengan jayanya. Peserta-peserta yang terlibat adalah dikalangan Akademi Memandu (PS Samy Kuala Kubu Bharu), Akademi Memandu (Tan Academy Kuala Selangor), dan Belia Hulu Selangor. Kursus ini bermula tepat jam 8.00 pagi dan tamat pada 1.00 petang. Skop pengajaran dan pembelajaran adalah tertumpu kepada persekitaran bekerja. Persembahan kumpulan “Presentation of Role-Play” telah diterapkan sebagai “Authentic Approach” untuk menunjukkan situasi yang sebenar berlaku. Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis (asas penguasaan Bahasa Inggeris telah digunakan). Sijil Penyertaan telah diberikan kepada para peserta yang hadir.
Disediakan Oleh : Hardev Singh Sokhal a/l Jaswant Singh ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur, 26 OGOS 2016 – IKBN Peretak dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Cyberjaya bersama pihak industri yang berdaftar sebagai pusat bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) menjalankan peperiksaan akhir SLDN di tempat industri tersebut. Seramai 10 perantis yang layak menduduki peperiksaan akhir SLDN dalam bidang Dandanan Rambut yang melibatkan dua industri iaitu Curles&Trimmers Sdn Bhd dan Capello By Nina Sdn Bhd. Peperiksaan dijalankan secara teori dan amali akan dinilai oleh Pegawai Pegesahan Luaran yang dilantik oleh JPK.Turut hadir Pegawai Cawangan Hubungan Industri, IKBN Peretak serta Tenaga Pengajar Dandanan Rambut dari IKBN Peretak.
Disediakan Oleh : Suriati Binti Mat Daud ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN Peretak, 30 OGOS 2016 – Sambutan majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2016 yang bertempat di Dewan DAHA, IKBN Peretak telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil yang bertemakan ‘Kemerdekaan’. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Peretak sendiri iaitu Encik Mohd Hata Bin Hj. Saliman. Terdapat pelbagai acara menarik telah dilaksanakan dalam majlis tersebut. Antaranya persembahan sajak dan sketsa oleh pelajar Jabatan Tekstil yang menggunapakai hasil produk pelajar Tahap 3 Bidang Jahitan Pakaian Wanita dan Lelaki, sambutan hari lahir bagi pegawai dan pelajar serta pertandingan pakaian tercantik bagi empat (4) kategori pegawai dan pelajar lelaki dan wanita. Perhimpunan kali ini turut meraikan Hari Kemerdekaan melalui penyerahan bendera Malaysia kepada setiap ketua jabatan yang diiringi dengan nyanyian lagu keramat ‘Tanggal 31’ yang dinyanyikan oleh seluruh warga IKBN Peretak.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-59… #sehati sejiwa…
Disediakan Oleh: Rofizah Binti Ibrahim
Disunting Oleh: Rohaya Binti Mamat
INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA PERAK, 14 - 19 Ogos 2016 – Mesyuarat dan bengkel pembangunan WIM serta penggubalan soalan peperiksaan akhir IKBN sesi 2/2016 telah diadakan di Institut Latihan Statistik Malaysia. Turut Hadir, Encik Mohd Hata Bin Saliman Pengarah IKBN Peretak, Encik Rominor Ahmad Wakil Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Encik Ahmad Mokhtar B Ishak Technical Advisor Committee dalam bidang jurusan roti. IKBN yang terlibat dalam mesyuarat serta bengkel ini dari IKBN Peretak, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Kuala Langat, IKBN Kemasik dan IKTBN Alor Gajah.
Sumber Berita : Mohd Sizwan Bin Sidik ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN Peretak, 10 Ogos 2016 – Sistem Pengurusan Stor (SPS) merupakan tatacara pengurusan stor yang wajib dipatuhi berdasarkan peraturan semasa yang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu, tiga (3) orang pegawai daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, KBS telah mengadakan pemantauan prestasi pelaksanaan SPS oleh IKBN Peretak disamping mengadakan taklimat ringkas kepada pengguna. Beberapa isu telah dikenalpasti untuk dibuat penambahbaikan bagi mencapai aspirasi pelaksanaan SPS tersebut di peringkat Kementerian Belia dan Sukan.
Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
IKBN PERETAK, 08 Ogos 2016 – Tuan Hj Shamsudin bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah mengadakan Lawatan Kerja di IKBN Peretak dengan tujuan utama menilai sendiri laporan kerosakan kritikal yang telah diterima oleh beliau di samping menyemak kembali prestasi kewangan semasa IKBN Peretak. Beliau turut mempengerusikan mesyuarat teknikal bersama pihak JKR Hulu Selangor sebelum melawat asrama pelajar dan bengkel-bengkel kemahiran.
Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
DARUL QURAN SELANGOR, 4 - 7 ogos 2016 - IKBN Peretak telah menyertai karnival sukan IPT Selangor bawah 23 tahun sempena konvokesyen Darul Quran kali ke 25/2016. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola tampar, bola jaring, bola sepak, futsal dan sepak takraw. IKBN Peretak telah mendaftar 4 acara iaitu bola sepak, futsal, bola jaring dan sepak takraw .
Tahniah dan syabas kepada pasukan bola jaring dan sepak takraw kerana berjaya merangkul johan serta pasukan bola sepak berjaya mendapat tempat ke-3 bagi acara yang dipertandingkan. Pasukan bola jaring dan sepak takraw membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai manakala pasukan bola sepak membawa pulang medal dan wang tunai.
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua pemain kerana mengharumkan nama insitut dalam bidang sukan dan agar pada tahun hadapan ikbn peretak dapat mengekalkan kejuaraan.
Disediakan Oleh: Metdriyanto Bin Zakaria ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan