Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (550)

Selasa, 27 September 2016 20:09

KURSUS LEARNING BASIC EXCEL

Written by

IKBN PERETAK, 26 SEPTEMBER 2016 – Kursus ‘Learning Basic Excel’ di bawah Program Akaun Amanah Latihan Khas IKBN Peretak 2016 telah dilaksanakan pada 24 September 2016 yang lalu dengan kerjasama daripada Kelab Bell Belia Tamil Daerah Hulu Selangor. Sebanyak 31 orang peserta yang terdiri dari kalangan belia hulu selangor dan pekerja Akademi P. S. Samy Sdn. Bhd. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para peserta berkaitan dengan perisian Microsoft Excel 2013. Majlis penutup dan penyerahan sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Cikgu Balasundaram A/L Kumarasamy iaitu Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, turut dihadiri Puan Siti Muhariah Binti Untong (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKBN Peretak), Dato’ P. S. Samy (Pengarah Urusan Akademi P. S. Samy Sdn. Bhd.) dan Tuan ASP Chandra (Wakil daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor).

‘Belia Tunggak Selangor, Yakini Belia’

 

Disediakan oleh: Rohaya Binti Mamat ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK ) 

IKBN Peretak, 24 & 25 September 2016 – Bertempat di Auditiorium Institut Kemahiran Belia Negara Peretak berlangsungnya Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) bertajuk Halatuju Industri Fesyen di Malaysia: Prospek dan Isu, yang telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil IKBN Peretak dengan kerjasama pihak CIAST dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS. Penceramah jemputan, En. Mohd Faizal Bin Abdul Hamid merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Senilukis dan Senireka, UiTM Shah Alam yang sangat berpengalaman dalam Industri Fesyen dalam dan luar Negara.  Majlis dirasmikan oleh Pn. Suraya Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) dan dihadiri oleh 13 orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Peretak, enam (6) orang pengajar Jabatan Tekstil IKBN Jitra, enam (6) pengajar Jabatan Tekstil IKBN Wakaf Tapai dan seorang (1) wakil daripada BPKB. 

Disediakan oleh: Rofizah Binti Ibrahim ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Rabu, 21 September 2016 20:12

PROGRAM TABUNG AMANAH

Written by

IKBN PERETAK, 10hb September 2016, Sabtu - Kursus Separuh Masa IKBN Peretak, program Tabung Amanah (ATA) telah menjalankan kursus “Effective Communication Skills-Let’s Speak Out”, Anjuran Jabatan Pengajian Umum. Tujuan kursus ini adalah untuk memahirkan pertuturan Bahasa Inggeris. Pegawai Penyelaras ialah En.Hardev Singh Sokhal a/l Jaswant Singh dan Penceramah kursus ialah Cik Gokillavhani a/p Sathiaseelan. Seramai 28 peserta telah menyertai kursus ini dengan jayanya. Peserta-peserta yang terlibat adalah dikalangan Akademi Memandu (PS Samy Kuala Kubu Bharu), Akademi Memandu (Tan Academy Kuala Selangor), dan Belia Hulu Selangor. Kursus ini bermula tepat jam 8.00 pagi dan tamat pada 1.00 petang. Skop pengajaran dan pembelajaran adalah tertumpu kepada persekitaran bekerja. Persembahan kumpulan “Presentation of Role-Play” telah diterapkan sebagai “Authentic Approach” untuk menunjukkan situasi yang sebenar berlaku. Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis (asas penguasaan Bahasa Inggeris telah digunakan). Sijil Penyertaan telah diberikan kepada para peserta yang hadir.

 

Disediakan Oleh : Hardev Singh Sokhal a/l Jaswant Singh ( IKBN PERETAK )

Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Jumaat, 02 September 2016 19:47

PEPERIKSAAN AKHIR SKM MELALUI SLDN

Written by

Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur, 26 OGOS 2016 – IKBN Peretak dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Cyberjaya bersama pihak industri yang berdaftar sebagai pusat bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) menjalankan peperiksaan akhir SLDN di tempat industri tersebut. Seramai 10 perantis yang layak menduduki peperiksaan akhir SLDN dalam bidang Dandanan Rambut yang melibatkan dua industri iaitu Curles&Trimmers Sdn Bhd dan Capello By Nina Sdn Bhd. Peperiksaan dijalankan secara teori dan amali akan dinilai oleh Pegawai Pegesahan Luaran yang dilantik oleh JPK.Turut hadir Pegawai Cawangan Hubungan Industri, IKBN Peretak serta Tenaga Pengajar Dandanan Rambut dari IKBN Peretak.

 

Disediakan Oleh : Suriati Binti Mat Daud ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Khamis, 01 September 2016 19:05

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OGOS

Written by

POGOS

IKBN Peretak, 30 OGOS 2016 – Sambutan majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2016 yang bertempat di Dewan DAHA, IKBN Peretak telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil yang bertemakan ‘Kemerdekaan’. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Peretak sendiri iaitu Encik Mohd Hata Bin Hj. Saliman. Terdapat pelbagai acara menarik telah dilaksanakan dalam majlis tersebut. Antaranya persembahan sajak dan sketsa oleh pelajar Jabatan Tekstil yang menggunapakai hasil produk pelajar Tahap 3 Bidang Jahitan Pakaian Wanita dan Lelaki, sambutan hari lahir bagi pegawai dan pelajar serta pertandingan pakaian tercantik bagi empat (4) kategori pegawai dan pelajar lelaki dan wanita. Perhimpunan kali ini turut meraikan Hari Kemerdekaan melalui penyerahan bendera Malaysia kepada setiap ketua jabatan yang diiringi dengan nyanyian lagu keramat ‘Tanggal 31’ yang dinyanyikan oleh seluruh warga IKBN Peretak.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-59… #sehati sejiwa…

Disediakan Oleh: Rofizah Binti Ibrahim

Disunting Oleh: Rohaya Binti Mamat

Isnin, 29 August 2016 19:00

MESYUARAT DAN BENGKEL PEMBANGUNAN WIM

Written by

INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA PERAK, 14 - 19 Ogos 2016 – Mesyuarat dan bengkel pembangunan WIM serta penggubalan soalan peperiksaan akhir IKBN sesi 2/2016 telah diadakan di Institut Latihan Statistik Malaysia. Turut Hadir, Encik Mohd Hata Bin Saliman Pengarah IKBN Peretak, Encik Rominor Ahmad Wakil Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Encik Ahmad Mokhtar B Ishak Technical Advisor Committee dalam bidang jurusan roti. IKBN yang terlibat dalam mesyuarat serta bengkel ini dari IKBN Peretak, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Kuala Langat, IKBN Kemasik dan IKTBN Alor Gajah.

Sumber Berita : Mohd Sizwan Bin Sidik ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN Peretak, 10 Ogos 2016 – Sistem Pengurusan Stor (SPS) merupakan tatacara pengurusan stor yang wajib dipatuhi berdasarkan peraturan semasa yang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu, tiga (3) orang pegawai daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, KBS telah mengadakan pemantauan prestasi pelaksanaan SPS oleh IKBN Peretak disamping mengadakan taklimat ringkas kepada pengguna. Beberapa isu telah dikenalpasti untuk dibuat penambahbaikan bagi mencapai aspirasi pelaksanaan SPS tersebut di peringkat Kementerian Belia dan Sukan.  

 

Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN PERETAK, 08 Ogos 2016 – Tuan Hj Shamsudin bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah mengadakan Lawatan Kerja di IKBN Peretak dengan tujuan utama menilai sendiri laporan kerosakan kritikal yang telah diterima oleh beliau di samping menyemak kembali prestasi kewangan semasa IKBN Peretak. Beliau turut mempengerusikan mesyuarat teknikal bersama pihak JKR Hulu Selangor sebelum melawat asrama pelajar dan bengkel-bengkel kemahiran.  

Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Isnin, 29 August 2016 18:12

KARNIVAL SUKAN IPT SELANGOR

Written by

DARUL QURAN SELANGOR, 4 - 7 ogos 2016 -  IKBN Peretak telah menyertai karnival sukan IPT Selangor bawah 23 tahun sempena konvokesyen Darul Quran kali ke 25/2016. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola tampar, bola jaring, bola sepak, futsal dan sepak takraw. IKBN Peretak telah mendaftar 4 acara iaitu bola sepak, futsal, bola jaring dan sepak takraw .

Tahniah dan syabas kepada pasukan bola jaring dan sepak takraw kerana berjaya merangkul johan serta pasukan bola sepak berjaya  mendapat tempat ke-3 bagi acara yang dipertandingkan. Pasukan bola jaring dan sepak takraw membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai manakala pasukan bola sepak membawa pulang medal dan wang tunai.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua pemain kerana mengharumkan nama insitut dalam bidang sukan dan agar pada tahun hadapan ikbn peretak dapat mengekalkan kejuaraan.                 

Disediakan Oleh: Metdriyanto Bin Zakaria ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

PERTANDINGAN REKA FESYEN WASTE IS AMAZE

IKBN Peretak, 28 Mei 2016 – Bertempat di Pentas Utama Floria 2016 Putrajaya berlangsungnya Pertandingan Reka Fesyen ‘Waste Is Amaze’ Sempena Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 dengan tema ‘Fairy Tales Couture’. Seramai 30 pereka telah layak ke peringkat akhir daripada 150 penyertaan yang dihantar. Antara institusi yang terlibat Universiti Teknologi Mara (UITM), Kolej Komuniti, Kolej Swasta dan pensyarah daripada sektor awam serta swasta. Pelajar daripada Jabatan Tekstil seramai 6 orang tercalon ke peringkat akhir iaitu Mohd Hafiz Mohd Isa, Ummi Natrah Bt.Zainol, Mohamad Faiz B.Kadar, Mohamad Amir Mohd Husin, Noor Aranda Mohd Yasin dan Noor Fadzlyina Bt Ismail. Pelajar yang terlibat daripada Tahap 1 dan Tahap 3. Noor Aranda Bt.Mohd Yasin telah memenangi Tempat Ke-2 dengan membawa pulang wang tunai RM800 beserta trofi, sijil, produk kecantikan dan selempang, manakala Noor Fadzlyina Bt Ismail telah memenangi Tempat Ke-4 dengan membawa pulang wang tunai RM250 beserta sijil dan selempang. Penasihat Projek bagi produk ini adalah Puan Norfarizan Binti Jawahir.

Disediakan oleh: Norfarizan Binti Jawahir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Halaman 39 dari 40