Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (541)

 

16 Disember 2021 (Khamis), IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu – Sesi libat urus Kajian Pelaksaanaan Pendigitalan Revolusi Industri Ke-4 (IR4.0) ILKBS bersama pihak SIRIM telah diadakan selama dua (2) hari bermula 15 dan 16 Disember 2021. Lawatan oleh tiga (3) orang juru perunding SIRIM yang diketuai oleh YM Raja Zurina Raja Mohamed Ali, Encik Mohd Suhaimi Abdul Wahab dan Encik Mathew Tan Chee Guan bertujuan untuk  mendapatkan maklumat di lapangan susulan  maklumbalas  pengisian Borang Kajian Pelaksanaan Pendigitalan IR4.0 oleh ILKBS di seluruh negara bermula pada 01 hingga 15 November 2021 yang lepas.

 

6 Disember 2021 - Bertempat di Kompleks Kraf Tangan Kuala Lumpur seramai enam (6) pegawai yang di ketuai oleh Pengarah IKBN Peretak Puan Normahsyuri Binti Md Shariff bersama Pn Norfarizan Binti  Jawahir, Puan Anith Mastura Binti Mashor, Encik Mohd Fairuz Bin A. Ghaffar, Cik Nur Inani Izzati Binti Mohd Shariff dan Cik Nor Shakila Binti Mohd Redzuan Jaya telah menghadiri Jemputan Ke Program Komuniti Kraf Keluarga Malaysia 2021 Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menjayakan Program Komuniti Kraf Keluarga Malaysia (KKMM) 2021 bermula 1 hingga 6 Disember 2021. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang KKKM 2021 berlangsung antaranya adalah seperti Jualan Produk Komuniti, Demonstrasi & Interaktif Kraf, Pameran MYCRAFTSHOPPE (MCS), PameranVirtual Hari Kraf Kebangsaan (VHKK), Pameran Rekaan, Jualan Makanan dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, diharap dengan adanya lawatan seumpama ini dapat memberikan pendedahan dan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh pengajar untuk mencipta atau menghasilkan produk-produk kraf yang bersesuaian mengikut bidang kemahiran di jabatan masing-masing.

 

Disediakan oleh :

Norfarizan Binti Jawahir

Jumaat, 17 December 2021 17:10

SUMBANGAN PRIHATIN SET MAKANAN ASAS

Written by

IKBN PERETAK- 3 Disember 2021 (Jumaat) Puan Normahsyuri binti Md Shariff Pengarah IKBN Peretak mewakili Kelab Sukan dan Kebajikan IKBN Peretak (KSKK) bagi menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Kuala Kubu Bharu Selangor YB Puan Lee Kee Hiong kepada pesakit Covid-19 di IKBN Peretak. Sumbangan prihatin set makanan asas itu telah disampaikan oleh wakil (ADUN) iaitu Pn Sarifah binti Bakar selaku Ahli Majlis.

2 Disember 2021 (Khamis) - Ujian Kelayakan Amali Calon Worldskills Competition (WSC) 2022 bagi dua (2) bidang di bawah Jabatan Hospitaliti iaitu bidang Cooking dan Bakery telah berlangsung pada 29 November – 2 Disember 2021 bertempat di Taylor’s Universiti Subang Jaya,. Dua (2) peserta dalam bidang Bakery manakala seorang (1) peserta adalah dalam bidang Cooking. Tiga (3) orang peserta ini telah berjaya dalam pemilihan kelayakan akhir calon ujian secara teori yang telah diadakan secara atas talian pada 20 Oktober 2021 lepas. Jurulatih yang terlibat dalam bidang Cooking adalah Pn. Norazilah binti Abdul Rahman dan bagi bidang Bakery ialah En. Mohd Noor Al Fahizam bin Berahim serta Pn. Ros Azida binti Jantan. Adalah diharapkan semua peserta dapat memberi kemenangan kepada Institut dan seterusnya mewakili IKBN Peretak dan Kementerian Belia dan Sukan ke Worldskills Competition (WSC) di Shanghai pada tahun 2022.

26 November 2021 (Jumaat) – Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah menganjurkan pertandingan sukan antara jurusan peringkat IKBN Peretak. Program yang bermula pada 11 hingga 26 November 2021 ini telah mempertandingkan sukan sepert badminton perseorangan, badminton beregu, futsal lelaki dan wanita, bola jaring, sepak takraw dan bola tampar campuran.

 

IKBN PERETAK, 24 November 2021 (Rabu) - Majlis Penyerahan Sijil Tamat Latihan Graduan 2020/2021 IKBN Peretak telah diadakan di Dewan DAHA, IKBN Peretak pada 23 dan 24 November 2021 yang telah dihadiri seramai 81 orang daripada 265 graduan sesi 2020 dan 2021 yang layak untuk menerima sijil tamat latihan.

 

Rabu, 01 December 2021 11:48

KURSUS ASAS PEMBANGUNAN SISTEM FERTIGASI

Written by

19 November 2021 (Jumaat) - Kursus Asas Pembangunan Sistem Fertigasi anjuran Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor bertempat di Akademi BOMBA Kuala Kubu Bharu.

KUALA KUBU BHARU, Jumaat 19 November 2021 – Bahagian Pengurusan Latihan IKBN Peretak telah mengadakan Program Pelepasan Kontinjen World Skills Competition (WSC) 2022 – Road to Shanghai  Peringkat IKBN Peretak bertempat di Auditorium, IKBN Peretak pada 9.30 pagi tadi. Program ini melibatkan peserta yang mewakili IKBN Peretak dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke Ujian Kelayakan Amali Calon World Skills Competition (WSC) 2022 bagi lima (5) bidang yang disertai iaitu bidang Masakan, Bakeri, Restoran Servis, Dandanan Rambut dan Terapi Kecantikan. Seramai 11 pelajar IKBN Peretak daripada enam (6) bidang yang disertai telah terpilih melalui fasa pemilihan kelayakan akhir calon ujian secara teori yang telah diadakan secara atas talian bermula pada 20 Oktober 2021 lepas.

 

22 November 2021, Kuala Kubu Bharu, Selangor, Bidang Perekaan Gaya Rambut, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan latihan intensif bagi persediaan Pertandingan WSC  Bidang Perekaan Gaya Rambut bermula 28 Oktober sehingga 21 November 2021.

 

19 November 2021 (Jumaat), Kuala Kubu Bharu, Selangor, Jurusan Terapi Kecantikan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan latihan intensif bagi persediaan Pertandingan WSC Bidang Terapi Kecantikan bermula 15 hingga 19 November 2021 dengan menjemput jurulatih luar  yang dilantik oleh institut untuk memberi tunjuk ajar dan penambahbaikan bagi persediaan pertandingan kepada peserta.

 

Halaman 5 dari 39