Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
IKBN Peretak, 01 Oktober 2021 - Bahagian Jahitan Pakaian Lelaki, Jabatan Tekstil, IKBN Peretak telah mengadakan Kursus Pembuatan Pola Baju Melayu Moden Cekak Musang dalam talian menggunakan aplikasi zoom bermula pada 27 September sehingga 01 Oktober 2021. Kursus ini melibatkan seramai 16 orang peserta bersama pengajar jemputan iaitu Encik Nik Ismail bin Nik Rashiddi daripada Nik Ismail Tailor merupakan Alumni IKBN Peretak.
IKBN Peretak, 30 September 2021 – Kursus Atas Talian menggunakan aplikasi Liveworksheets di dalam kelas telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Umum. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 12 orang tenaga pengajar di IKBN Peretak. Sesi perkongsian ilmu bagi aplikasi Liveworksheets ini telah dibimbing oleh Puan Rohaya binti Mamat, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG44.
25 September 2021 - bertempat di Jabatan Tekstil IKBN Peretak berlangsungnya Grand Finale Waste Is Amazing Paper Couture bagi Tahun 2021 anjuran Alamflora Sdn Bhd. Pertandingan telah dijalankan secara dalam talian di platform FB Page Alamflora Sdn. Bhd dan di rasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Zain Hassan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Alamflora Sdn. Bhd. Panel Juri Jemputan terdiri daripada Sissy Iman, Penyanyi, Pelakon dan Pengacara, Hatta Dolmat, Pereka Fesyen Malaysia dan Suriati Mohammad Mokhtar, Ketua Komunikasi & Penjenamaan Alam Flora Sdn. Bhd. Sebanyak 83 penyertaan hasil rekaan telah di terima oleh Alamflora sdn bhd tetapi hanya 20 penyertaan telah di senarai pendek untuk ke peringkat akhir.
IKBN Peretak, 24 September 2021 – Program Kesihatan (Memupuk Minda Sihat dan Senamrobik) iaitu Ceramah Kehamilan Remaja telah dilaksanakan secara dalam talian bersama penceramah jemputan iaitu Encik Fairul Desa dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor melalui platform google meet dan FB Live IKBN Peretak.
IKBN Peretak, 21st September 2021 (Tuesday) - Department of General Studies has hosted an online course “In House Training – Teaching & Learning in English for TVET Trainers”. A total of 14 participants involved in this program, they are from the Department of Student Affairs, Hospitality Department, Textiles Department and Personal Department. The main objective of this program is to identify personality domain as a TVET Trainers and as an awareness of the importance teaching and learning in English. Besides, to build holistic trainee of R.I.S.E (Religions, Innovative, Skills and and Entrepreneurship).
16 September 2021 - Kuala Kubu Bharu. Sempena Hari Malaysia pada kali ini seramai 47 orang pelajar dan 5 orang pegawai telah terlibat di dalam Program Pembangunan Karektor Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bagi komponen khidmat masyarakat dengan membersih kawasan sekitar dan rumah kayak.
16 September 2021 - Kuala Kubu Bharu. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah melaksanakan kerja-kerja awal menanda kawasan bagi Projek Myfuture Agro@ILKBS.
IKBN Peretak, 15 September 2021 – Program anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar yang diberi nama Diskusi Kesejahteraan Pelajar ini dijalankan bagi membincangkan isu berkaitan aspek psikologikal pelajar semasa norma baharu.
IKBN Peretak, 15 September 2021 – Jabatan Pengajian Umum telah mengadakan Kursus Atas Talian menggunakan aplikasi Wordwall. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 32 orang tenaga pengajar ILKBS di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Sesi perkongsian ilmu aplikasi Wordwall ini telah dibimbing oleh Puan Nurul Asyikin Binti Azhar, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG44.
9 September 2021,(Khamis)- Jurusan Penyedia Makanan, Jabatan Hospitaliti telah mengadakan In-House Training bagi Kursus Pembangunan Kemahiran Dan Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET ILKBS 2021. Kursus yang bertajuk Organizational Transformation Of New Technology On Enhancing Quality Of Human Capital For Post Pandemic Era. Perlaksanaan kursus ini adalah melalui platform google meet dan melibatkan seramai 13 pengajar dari Jabatan Hospitaliti.
9 September 2021 (Khamis), IKBN Peretak telah menganjurkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan bagi Sesi 2/2021 yang melibatkan seramai 80 peserta temasuk pelajar dan pegawai IKBN Peretak. Kursus ini berlangsung secara dalam talian zoom selama 2 hari iaitu pada 8-9 Speptember 2021 dan telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Bomba Kuala Kubu, AADK, JKKP, PDRM dan PKD Hulu Selangor. Kursus ini juga membawa pelbagai topik berkaitan bidang seperti "Gejala sosial dalam konteks remaja hari ini', Pengenalan EKSA, Teknik Melawan Kebakaran, CPR dan Pengurusan Emosi & Stress.
3 September 2021 – Jumaat, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Bharu : Program Citra Ibadah – Cintai Solat telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet dan Facebook live.
1 September 2021(Rabu) - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak telah menganjurkan Program Pembangunan Karektor Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) 2021 secara dalam talian melalui platform google meet yang disertai seramai 97 orang pelajar dari Semester 1 (Sesi 2/2020), Semester 2 (Sesi 1/2020) dan Semester 3 (Sesi 2/2019).
Isnin – 30 Ogos 2021, IKBN Peretak : Program Ceramah Isu-isu Semasa Wabak Covid-19 dan Vaksinasi secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan