Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh (152)

lkjgljh pokjh lkj lkjjh louih 

11 NOVEMBER 2020 – Seramai 16 orang Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) IKTBN Temerloh di bawah pengawasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah membuat lawatan sambil belajar ke Pekan Mushroom Sdn. Bhd. Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kaedah tanaman cendawan tiram bagi pelaksanaan projek Kebun Komuniti (KEBUNITI) di bawah penyelarasan Majlis Perwakilan Pelajar ILKBS di dalam kawasan IKTBN Temerloh. Antara objektif utama Progaram KEBUNITI ini adalah bagi memperkenalkan dan membudayakan pertanian bandar sebagai salah satu alternatif sumber pendapatan sampingan kepada komuniti Institut Latihan Kementerian Belia & Sukan(ILKBS).

Kumpulan rombongan ini telah disambut mesra oleh En. Ahmad Mokhtar bin Daud iaitu pengusaha dan juga merupakan Ketua Pegawai Ekesekutif(CEO) Pekan Mushroom Sdn. Bhd. Lawatan ini juga disertai oleh Ts. Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh dan juga En. Musa bin Salim, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Temerloh. Semua pelajar yang hadir telah diberi peluang untuk mempelajari dan membuat sendiri secara langsung bagi proses penyediaan bongkah, menyuntik benih, memetik cendawan serta proses pembungkusan cendawan segar yang telah dipetik untuk dikomersialkan.

Semoga melalui program ini, dapat membentuk pelajar yang mempunyai rasa tanggungjawab dan disiplin dan menghasilkan belia yang bertanggungjawab dan berkomited terhadap komuniti. Selain itu, ia juga merupakan aktiviti bagi mengisi masa senggang pelajar secara berfaedah melalui aktiviti penanaman, penjagaan dan pengurusan kebun.

Rabu, 18 November 2020 15:24

PROGRAM PROMOSI U-PUSTAKA

Written by

11 November 2020. Unit Pusat Sumber, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan IKTBN Temerloh dengan kerjasama Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang telah menganjurkan satu Taklimat & Promosi U-Pustaka kepada pelajar IKTBN Temerloh. Seramai 23 orang pelajar yang terdiri dari jurusan Diploma Teknologi dan Sijil Teknologi telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Taklimat ini bertujuan bagi mempromosikan U-Pustaka yang mana merupakan salah satu inisiatif untuk mentransformasi Negara untuk menjadi masyarakat berpengetahuan secara inklusif, perkhidmatan penyampaian maklumat yang inovatif telah memberi laluan kepada sumber pengetahuan, seterusnya menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja bagi meningkatkan kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Saiful bin Kamaludin, Penolong Pegawai Pustakawan dari Perpustakaan Awam Pahang, Kuantan. Semoga dengan pendedahan ini, pelajar mendapat manfaat daripada inisiatif dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

7 NOVEMBER 2020 : Unit Bina Insan,Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) IKTBNT telah menganjurkan Program Maulidur Rasul 1442H/2020 Peringkat IKTBN Temerloh di Masjid At-Taqwa IKTBNT dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dan Jawatankuasa Masjid yang melibatkan seluruh warga institut ini.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Solat Dhuha Perdana ,Bacaan Yassin dan Tausiyah , IKTBNT Berselawat, Gotong Royong Bubur Lambok, Tayangan & Pertandingan Kahoot ,Pertandingan Azan , Tilawah serta Pertandingan Spray Paint yang berlangsung di Masjid At-Taqwa mengikut panduan SOP yang ditetapkan.

Selain itu ,pertandingan berbentuk digital seperti Video Kreatif ,Poster Digital & Penulisan Khat telah berlangsung lebih awal bermula 20 Oktober 2020 sesuai dengan keadaan Pandemik COVID-19.Antara objektif program adalah untuk meningkatkan penghayatan warga Institusi mengenai kelahiran Rasulullah S.A.W.
Selain itu , dengan adanya pertandingan yang dianjurkan menjadi wadah bagi perkembangan kemahiran Islam serta mencungkil bakat para pelajar. Tambahan pula , program ini dapat melahirkan masyarakat berukhuwah dan Rabbani melalui konsep tema Maulidur Rasul 1442H/2020 ''Ummah Rabbani Negara Harmoni".
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan lagi kecintaan kepada Rasulullah SAW sempena mengingati dan meraikan kelahiran Baginda sekaligus dapat mencungkil bakat baru dalam kemahiran Muslim yang Unggul

7-8 November 2020: Kursus Indukdi PP PPD PPB telah dianjurkan oleh Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti(CPKK) IKTBN Temerloh bersama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diadakan di Perpustakaan IKTBN Temerloh.

Kursus yang dilaksanakan selama 2 hari, ditawarkan kepada tenaga pengajar dan pengurus pusat latihan kemahiran untuk mempelajari tentang pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) di Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan(ILKBS).

Selain daripada itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi persijilan kepada personel sebagai tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP).
Semoga dengan pelaksanaan kursus ini dapat membantu peserta untuk menyelaras dan melaksanakan latihan TVET di institut masing-masing dengan lebih baik.

Isnin, 09 November 2020 16:34

PROGRAM IKMPAK ILKBS@KOMUNITI 2/2020

Written by

07 November 2020: Satu Program Impak ILKBS @ Komuniti Siri 2 bagi tahun 2020 anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kerjasama Jurusan Teknologi Kejuruteraan Penyelenggraan IKTBN Temerloh telah dilaksanakan di Pondok Tahfiz Hj. Ahmad Kg.Dala, Lanchang Temerloh Pahang.

Program yang telah melibatkan pelajar daripada program Diploma Kejuruteraan Automotif Penyelenggaraan Semester 4 adalah merupakan program yang dianjurkan bagi institut ini melaksanakan aktivit berkaitan Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) dan dalam masa yang sama mempromosikan IKTBN Temerloh kepada penduduk setempat.

Peserta yang terlibat diberi tugasan untuk menyelenggara 2 buah kenderaan daripada pondok Tahfiz. Selain itu peserta yang terdiri daripada pelajar dan pegawai IKTBN Temerloh telah melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong-royong mebersihkan kawasan Pondok Tahfiz, mengecat bangunan serta membaik pulih penyaluran saluran air dipersekitaran bagunan Pondok tersebut.

 Diharapkan melalui program ini, ia dapat memberi seribu makna kepada pihak Pondok Tahfiz serta pelajar IKTBN Temerloh dalam bersama-sama menjayakan program ini

Isnin, 09 November 2020 16:15

KURSUS CUSTOMIZED BASIC AUTO CAD 2D

Written by

7 November 2020:Jurusan Teknologi Automotif Pembuatan (JTAM) telah menganjurkan satu program Kursus Basic Autocad 2D . Program tersebut telah diadakan di Makmal LEL Bengkel 9 IKTBN Temerloh.

Seramai 3 pengajar daripada jurusan tersebut telah terlibat bagi menjayakan aktivti ini. Seramai 5 orang peserta yang merupakan pelajar Jurusan Semburan Cat serta seorang anak kakitangan IKTBN Temerloh telah menyertai kursus ini.Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menggunakan perisian AutoCAD yang mana boleh dijadikan nilai tambahan atau value added bagi pelajar tersebut ketika memohon pekerjaan atau diaplikasikan di alam pekerjaan nanti.

Semoga dengan program sebegini, dapat dirancang dan diberi peluang kepada pelajar lain di institut ini untuk mendapatkan oengetahuan tambahan yang berguna kepaa mereka khususnya kepada pelajar yang bukan daripada program Teknologi Kejuruteraan seperti pelatih Sijil Kemahiran Malaysia(SKM).

Isnin, 09 November 2020 16:13

PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 1/2020

Written by

2-6 November 2020 . Satu Program Impak ILKBS @ Komuniti Siri 1 bagi tahun 2020 anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bekerjasama bersama  Jurusan Teknologi Automotif Penyelenggaraan dan Jurusan Semburan Cat telah dilaksanakan di Bengkel 2 dan Bengkel 3 IKTBN Temerloh.

Objektif utama program ini adalah untuk IKTBN Temerloh sebagai pusat latihan memberi khidmat kepada komuniti setempat atau juga dikenali sebagai Program Sosial Koperat (CSR). Selain daripada itu, program ini juga adalag bertujuan untuk mempromosikan institut ini kepada penduduk setempat. Melalui program ini, peserta program yang terdiri daripada pelajar dan pelatih serta pegawai di institut ini memberi perkhidmatan menyelenggara dan membersihkan van jenazah daripada kampung berdekatan. Sebanyak 15 buah van adalah daripada sekitar mukim Daerah Temerloh antaranya daripada Masjid Kg. Bintang , Masjid Kg. Lipat Kajang, Masjid Kuala Mai , Kg. Tebal, Kg. Sg. Buloh , Kg. Dato’ Shariff , Masjid Abu Bakar , Tanjong Kerayong , Masjid Kg. Mempatih , Kg. Paya Luas , Temerloh Jaya , Kg. Bolok , Masjid Omar Abdul Aziz dan Kuala Krau.

Turut diselitkan adalah Program Inkubator Car Wash oleh pelajar Jurusan Semburan Cat setelah van jenazah tersebut diselenggara dan sebelum penyerahan kepada pemilik masing-masing. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua Tok Penghulu Daerah Temerloh di atas kerjasama yang telah diberikan kepada pihak IKTBN Temerloh.  

4 NOVEMBER 2020: Program Pra-Penilaian Projek Tahun Akhir bagi program Diploma Teknologi Kejuruteraan sesi 1/2020 telah diadakan di Auditorium IKTBN Temerloh anjuran Jawatankuasa Projek Tahun Akhir. Penilaian tersebut telah melibatkan sebanyak 10 kumpulan daripada pelajar tahun akhir  Diploma Teknologi Kejuruteraan di IKTBN Temerloh yang terdiri daripada pelbagai jurusan.

Proses Pra-Penilaian Projek Tahun Akhir ini merupakan salah satu aktivit yang dirancang dan diselia bagi memastikan progress telah mencapai sekurang-kurangnya 20% dan hasil projek tahun akhir pelajar mengikut carta perbatuan yang telah ditetapkan. Proses ini juga adalah bagi mengenalpasti dan mengesan sekiranya ada kumpulan pelajar yang mempunyai masalah. Ini semua adalah bagi memastikan peluang pelajar yang terlibat mendapat pemarkahan yang tinggi pada Pembentangan Projek Akhir nanti. Selain itu, aktiviti ini juga membantu mengurangkan kemungkinan pelajar gagal bagi Projek Tahun Akhir dengan mengenalpasti kumpulan yang mempunyai masalah pada peringkat awal.

Melalui aktiviti ini juga dapat membantu penyelia membimbing kumpulan pelajar seliaan dalam mengenalpasti kekurangan projek dan mendapatkan idea bagi penambahbaikan projek melalui teguran daripada panel dalaman yang dilantik. Semoga melalui aktiviti ini, dapat mendedahkan dan menghasilkan pelajar yang berani menyahut cabaran dan berani untuk menampilkan diri bagi persediaan setelah tamat belajar dan di alam pekerjaan nanti.

28 Oktober 2020- Audit Akademik bagi empat program Teknologi Kejuruteraan di IKTBN Temerloh telah dilaksanakan anjuran Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti(CPKK). Aktiviti ini adalah bagi bertujuan menyemak pematuhan pelaksanaan  latihan bagi 4 program Sijil Teknologi dan Diploma Teknologi Kejuruteraan ke atas pematuhan akreditasi MQA dan Kerangka Kelayakan Malaysia Edisi Kedua atau dikenali dengan MQF2.0.

Pihak IKTBN Temerloh telah menjemput Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli pensyarah daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Pagoh. Sepanjang perjalanan aktiviti ini, beberapa teguran dan penambahbaikan yang telah diutarakan oleh beliau dan memerlukan tindakan oleh pihak IKTBN Temerloh. Pegawai yang terlibat dengan program tersebut telah diberi pendedahan dan secara tidak langsung diberi tunjuk ajar berkaitan perkara-perkara yang perlu pihak institut mengambi kira dan penumpuan bagi pematuhan tersebut.

Semoga dengan aktiviti ini, pelaksanaan latihan di intitut ini dapat dijamin mutu kualitinya dan membantu pihak IKTBN Temerloh melaksanakan latihan mengikut penetapan dan panduan yang telah ditetapkan.

19 Oktober 2020. Mesyuarat Penyelarasan Impak ILKBS @ Komuniti Peringkat IKTBN Temerloh dan Ramah Mesra Bersama Tok Penghulu Daerah Temerloh telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Temerloh. Program yang dibawah penyelarasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah dipengerusi oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Ts. Dr. Mohd Yusoff b. Abu Bakar yang dihadiri oleh semua Tok Penghulu Daerah Temerloh. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh hadir Puan Norasida Abdullah (A.D.O Pembangunan) yang mewakili Yh. Dato’ Ali Syahbana b. Sabaruddin Pegawai Daerah Temerloh.

Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengarah dan pembentangan pelaksanaan Program Impak ILKBS @ Komuniti kepada ahli mesyuarat. Program ini adalah satu program Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR) serta dalam masa yang sama mempromosikan IKTBN Temerloh kepada komuniti setempat berkaitan program-program yang ditawarkan kepada belia setempat. Programa ini akan dilaksanakan pada 02-07 November 2020.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, masyarakat setempat dapat faedah yang berganda iaitu perkhidmatan dan juga peluang kepada belia tempatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET bagi masa depan masing-masing.

Halaman 1 dari 11