Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh (136)

lkjgljh pokjh lkj lkjjh louih 

Khamis, 20 July 2017 15:21

PROGRAM PARADIGMA 2/2017

Written by

LANCHANG - Pada 03 hingga 07 Julai 2017, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah mengadakan Program Paradigma melibatkan 34 orang pelajar baharu sesi 2/2017 yang terdiri daripada jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan (DAU), Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembungkusan (DBB) dan Sijil Automotif Penyelenggaraan Kereta (SAK).

 

 

10 Julai 2017, IKTBN Temerloh kehilangan seorang TPL yang sangat berkaliber. Perginya demi memikul amanah baru di tempat baharu di IKBN SRI ISKANDAR. Hilanglah sebaris nama milik MD ISA BIN IBRAHIM dalam carta Organisasi IKTBN Temerloh. Apapun jasa beliau amat disanjung tinggi dan dihargai.

Pada 17 Julai 2017 pula, tarikh keramat pemergian TP HEP ke JBS Perak. Selama 8 tahun menabur bakti di IKBNT kini khidmat En. AUDDIN BIN HUSSIN diperlukan di Perak pula. Semoga namanya terus gah di sana tanpa melupakan kami di sini.

 

LANCHANG 13 JULAI - Aktiviti sembelihan dengan IKTBN Temerloh sejak kebelakangan ini begitu sinonim di bawah Program Kenduri Kesyukuran Komuniti (P3K). Tradisi unik tersebut diteruskan lagi dalam skala yang lebih besar apabila P3K digabungkan dengan Sambutan Hari Raya. Ianya melibatkan jalinan kerjasama dari Bahagian HEP, Latihan, KSK, Jawatankuasa Masjid At - Taqwa dan MPP bagi merealisasikan perlaksanaan Program Kenduri Perdana dan Sambutan Hari Raya IKTBN Temerloh 2017.

 

TEMERLOH, 26 Mei 2017 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKTBN Temerloh telah berkolaborasi menjayakan Perhimpunan Bulanan IKTBN Temerloh bagi Bulan Mei 2017.

            Program berdurasi selama dua jam ini bermula jam lapan pagi hingga 10 pagi melibatkan penyertaan menyeluruh kakitangan Institut daripada pelbagai bidang serta keseluruhan pelajar. Hadir bagi menyempurnakan acara ialah Yang Berusaha Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar iaitu Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh di samping dengan kehadiran dua Timbalan Pengarah dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Latihan.

Jumaat, 28 April 2017 11:50

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA

Written by

 

Kuala Lumpur, 12 April - Unit Pusat Sumber Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan satu program Literasi Maklumat dan Media pada 12 April 2017 bertempat di Makmal Komputer Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini akan dijalankan sebanyak 3 sesi bermula bulan April hingga Mei 2017 melibatkan pelajar dan pengajar IKTBN Temerloh.

 

Selasa, 21 March 2017 09:36

GO GREEN DAN KITAR SEMULA DI IKTBNT

Written by

 

Lanchang 15 Mac - Program Kutipan Bahan Kitar Semula (Kertas, Botol Plastik & Logam/tin) siri 1/2017 telah berjaya dilaksanakan pada 15 Mac 2017 di IKTBN Temerloh. Program merupakan program berkala buat seluruh 9 Zon Amalan EKSA yang mana sangat memerlukan penglibatan dan kerjasama semua kakitangan, pegawai, pelajar serta suri rumah yang menginap di Kuaters kakitangan IKTBN Temerloh.

 

Selasa, 24 January 2017 12:38

IKTBN LULUS UJIAN JKKP

Written by

 

LANCHANG, 24 JAN 2017 : Sesi pemeriksaan ulangan Sijil Perakuan Kelayakan jentera oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang telah berlansung selama sehari melibatkan 4 unit mesin angkat dan 6 unit mesin tekanan yang terdapat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh. Pemeriksaan jentera tersebut merupakan keperluan wajib di bawah Akta Kilang Dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya.

 

Cyberjaya, 24 November 2016 : Alhamdulillah, hasil keluaran daripada Pertandingan i-DeSC'16, pasukan Inovasi IKTBN Temerloh mengorak satu langkah ke hadapan lagi dengan membawa projek berpotensi yang memenuhi tema ke Cabaran Inovasi Inklusif 2016 Zon Pantai Timur bersempena Jelajah Inovasi Inklusif Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia pada 23-24 November 2016 di Cyberjaya.

IKTBN TEMERLOH, 24 FEB 2016 : Telah berlangsung Kursus Asas Fotografi Digital & Teknik Komposisi anjuran JK Pemandu EKSA. Kursus selama sehari tersebut yang bertempat di Bilik Siaraya IKTBNT dikendalikan oleh penceramah jemputan khas dari ADTEC Jerantut iaitu saudara Zawawi Bin Muhammad dan saudara Rosaidi Bin Jali.

IKTBN TEMERLOH, 24 FEB 2016 : IKTBN Temerloh telah menerima kunjungan akademik dari pihak TATI University College (TATIUC) yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama bersama diantara dua intitusi pengajian tersebut. 
Delegasi yang hadir adalah seramai 10 orang pegawai TATIUC yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Zamri b Ibrahim selaku Rektor TATIUC. Delegasi tersebut disambut oleh En Md Isa,Timbalan Pengarah (Latihan) IKTBN Temerloh. Diantara pengisian lawatan ini adalah penerangan berkaitan pengenalan institusi masing-masing dan lawatan ke bengkel berkaitan.

Halaman 10 dari 10