Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh (136)

lkjgljh pokjh lkj lkjjh louih 

Cyberjaya, 14 Julai 2020 - Sebanyak 10 daripada 21 produk inovasi ILKBS telah terpilih untuk dibentangkan di Bengkel Due Diligence Malaysian Commercialization Year 2020 bersama 60 produk inovasi lain dari pelbagai agensi. Jawatankuasa Inovasi IKTBN Temerloh telah mewakili IKTBN Temerloh untuk membuat pembentangan bagi 2 produk inovasi yang terpilih.

Bengkel ini telah berlangsung selama 2 hari mengikut giliran sesi dan telah berlangsung di Futurise Centre, Cyberjaya, Selangor, pada 14 hingga 15 Julai 2020 yang mana merupakan anjuran Sekretariat Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY), Bahagian Pengkomersilan, MOSTI. IKTBN Temerloh amat bertuah kerana telah terpilih untuk membentangkan produk inovasi iaitu Intelligent Window  dan Adjustable Clutch Alignment Tool untuk mendapatkan peluang di bawah inisiatif MCY2020 ini.

Objektif utama program ini adalah sebagai insiatif berterusan yang melibatkan proses penyaringan, analisa serta dan meneliti potensi pengkomersialan produk atau teknologi atau perkhidmatan R&D supaya dapat dikenalpasti dan menyenaraipendek untuk memuktamadkan hasil senarai terbaik bagi tujuan pengkomersialan. Semoga dengan pembentangan 2 produk inovasi IKTBN Temerloh berjaya disenaraipendekan oleh pihak penganjur dan diharapkan dengan kejayaan dengan hasil usaha ini dapat membawa nama IKTBN Temerloh di dalam bidang inovasi ini.

11-12 Julai 2020: Fakulti Teknologi Mekanikal, IKTBN Temerloh telah menganjurkan Kursus Asas Pengenalan, Pendawaian, Pemasangan Dan Selenggara Alat Penyaman Ud ara (Aircond) 1 & 3 Fasa bertempat di Aliah Irdina Resources, Shah Alam, Selangor. Kursus ini telah dihadiri oleh pegawai yang merupakan calon personel bagi pelaksanaan program baharu yang akan dilaksanakan di IKTBN Temerloh iaitu Sijil  Lanjutan Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara Domestik) Tahap 3.(SLD03)

      Kursus in bertujuan bagi memberi pendedahan asas kepada peserta berkaitan pemahaman tentang asas pengenalan, pendawaian, pemasangan dan selenggara penyaman udara 1 & 3 fasa. Peserta juga didedahkan dengan latihan teori dan praktikal asas bagi pengenalan terhadap sistem, komponen asas dan juga proses mengenalpati masalaha dan penyelenggaraan asas.

      Semoga dengan pelaksanaan kursus ini, peserta dapat mendapat gambaran dan memudahkan proses perancangan dan pembangunan program baharu di IKTBN Temerloh.

10 Julai 2020: Sesi Teambuilding bagi program Bootcamp 2020 merupakan kesinambungan ke atas sesi temuduga yang telah dilaksanakan pada 6 Julai yang lalu. Program anjuran Cawangan Kerjasama Strategik dan Kaunseling Kerjaya(CKSKK), ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang telah pun berjaya melepasi sesi temuduga tersebut.

 Program ini telah diadakan selama tiga hari dan dua malam bermula pada 8-10 Julai 2020 di MS Chemerkau, Ulu Dong di Raub, Pahang. Sesi ini adalah bertujuan bagi memberi pengenalan, motivasi serta persediaan fizikal dan dan kerohanian kepada peserta Bootcamp ini. Antara aktiviti pengisian program ini adalah seperti solat berjemaah, Kuliah Subuh, Explorace, Water Rafting , Jungle Trekking dan beberapa sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti-aktiviti tersebut telah disusun dan dirancang oleh urusetia ini adalah bertujuan untuk memberi persediaan kepada peserta sebelum memulakan latihan teori di institut dan praktikal di industri nanti. Fasilitator dan penceramah merupakan kakitangan Unit Kokurikulum & Sahsiah, Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP) IKTBN Temerloh.

 Semoga dengan inisiatif dari program ini, dapat menghasilkan peserta Bootcamp yang cekal dan motivasi bagi meneruskan sesi Bootcamp yang seterusnya. Selamat maju jaya dan tahniah kepada peserta kerana telah berjaya mendapatkan peluang mendapatkan latihan TVET serta peluang pekerjaan dalam masa yang singkat. Semoga peserta dapat menempuh sesi seterusnya dengan jayanya.

6 Julai 2020: Cawangan Kerjasama Strategik dan Kaunseling Kerjaya(CKSKK)  telah menganjurkan satu sesi temuduga bagi program Bootcamp IKTBN Temerloh bagi tahun 2020. Program bootcamp merupakan kursus jangka pendek yang fokus kepada sesuatu bidang latihan TVET dengan kerjasama pihak industri. Untuk program kali ini, sekali lagi IKTBN Temerloh telah bekerjasama dengan syarikat AR MAN Autocare Sdn. Bhd. yang mewakili pihak industri. Program ini bertujuan bagi memberi peluang kepada lepasan SPM menjalani latihan secara teori dan praktikal dalam automotif penyelenggaraan.

Calon yang telah berjaya dipilih menjadi peserta akan menjalani beberapa sesi yang telah dirancang bagi latihan secara berkesan. Usai sesi temuduga, pelatih akan menjalani sesi suaikenal atau Teambuilding bagi memupukan semangat dan motivasi dikalangan peserta. Setelah itu, sesi latihan teori akan diadakan di IKTBN Temerloh dan kemudiannya akan ditempatkan di industri yang berkolobrasi bagi menjalani latihan secara praktikal. Melalui program ini peserta akan menerima elaun, kemudahan tempat tinggal, makan dan minum sepanjang sesi latihan.

Sesi temuduga telah dijalankan oleh En. Nor Azman b Norzaini dan En. Sharil Haizal b. Abd Ghani dari pihak industri dibantu oleh En. Mohamad Fathikamal b Mabror oleh Ketua Cawangan Kerjasama Strategik dan Kaunseling Kerjaya(CKSKK) dan juga sebagai urusetia. Seramai 10 orang.telah berjaya terpilih  menjadi peserta program istimewa ini.

Diharapkan melalui program ini,ia dapat membantu peserta yang mana merupakan belia untuk mendapatkan latihan teknikal serta pekerjaan dalam masa yang singkat sekaligus meningkatkan lagi peluang kemahiran golongan belia di Malaysia melalui bidang TVET.

10 JULAI 2020 - Satu sesi taklimat berkaitan Prosedur Operasi Standard(S.O.P)  Pencegahan Penularan COVID-19 anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IKTBN Temerloh telah dilaksanakan pada 10 Julai 2020.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Penyelaras JKKP IKTBN Temerloh sendiri iaitu, En. Muhammad Taufiq Bin Abdul Khalid. Taklimat tersebut telah dibahagikan kepada beberapa sesi bagi memastikan tiada pengumpulan orang yang ramai di suatu tempat pada masa yang sama. Sesi taklimat tersebut turut disertai oleh pekerja kontraktor Kebersihan, Kawalan Keselamatan dan pekerja kontraktor Dewan Makan. Sesi taklimat tersebut dirancang bagi memberikan pendedahan,kesedaran dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh seluruh warga IKTBN Temerloh mengenai prosedur yang perlu dipatuhi bagi membendung penularan COVID-19 daripada merebak di dalam institut ini.

Diharapkan melalui taklimat ini menjadi langkah pertama untuk seluruh warga kerja IKTBN Temerloh berganding bahu dalam usaha memutuskan rangkaian COVID-19 yang sedang melanda negara pada masa ini.

2 Jun 2020: Sehubungan dengan pematuhan terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah diwartakan sehingga 9 Jun 2020, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 Kementerian Belia dan Sukan 2019 yang telah dirancang oleh pihak kementerian tidak dapat dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Walaubagaimanapun, majlis penghargaan secara kecilan dengan pematuhan terhadap SOP (Prosedur Operasi Standard) di bawah PKPB iaitu dengan pengekalan penjarakan sosial dan tidak berkumpul secara ramai di satu kawasan masih tetap dijalankan di IKTBN Temerloh. Majlis tersebut anjuran Bahagian Pentadbiran & Kewangan telah diadakan dan bertempat di Bangunan Pentadbiran IKTBN Temerloh. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Pengarah IKTBN Temerloh iaitu Dr. Mohd Yusoff b Abu Bakar dan diteruskan dengan penyampaian sijil serta cenderamata kepada penerima anugerah.Seramai 403 orang pegawai ILKBS yang layak menerima anugerah tersebut dan 7 orang merupakan pegawai dan kakitangan pelbagai gred adalah mewakili IKTBN Temerloh.

Tahniah kepada semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 Kementerian Belia dan Sukan 2019 bagi IKTBN Temerloh.. Hasil daripada dedikasi dan tanggungjawab yang cemerlang telah melayakkan mereka menerima penghargaan di bawah penghargaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Semoga dengan penganugerahan ini memberikan motivasi, iltizam serta semangat kepada penerima mahupun kakitangan yang lain untuk terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta memberikan hasil kerja yang terbaik kepada IKTBN Temerloh dan KBS secara tidak langsung.

Khamis, 21 May 2020 13:02

SUMBANGAN PPE OLEH IKTBN TEMERLOH

Written by

20 MEI 2020 – Prihatin dengan situasi wabak COVID-19 yang perlu dihadapi oleh negara, IKTBN Temerloh tidak terkecuali dalam menyumbang peralatan perlindungan diri (PPE) yang merupakan hasil kerja daripada pasukan Team CSR Covid 19 IKTBNT kepada petugas barisan hadapan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Sehubungan dengan itu,serahan sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Dr. Mohd Yusoff Bin Abu Bakar kepada wakil pihak pengurusan Klinik Kesihatan Lanchang.  Sumbangan ini merupakan hasil kerja daripada pasukan khas di IKTBN Temerloh  ini sebagai tanda keprihatinan IKTBN Temerloh dalam membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas barisan hadapan semasa menjalankan tugas.

Pihak IKTBN Temerloh menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan dalam usaha memutuskan rangkaian wabak COVID-19 yang sedang melanda negara pada masa ini.

 

 

28 April 2020 : Sehubungan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebulan yang lalu dan telah berlanjutan sehingga 41 hari, pihak pengurusan IKTBN Temerloh telah mengambil langkah awal dengan mengenalpasti 6 orang  pelajar IKTBN Temerloh telah terkandas dan tidak sempat untuk pulang ke kampung halaman sebelum arahan tersebut. Pelajar tersebut yang terdiri daripada terdiri daripada 4 orang pelajar yang menjalani Latihan Industri dan 2 orang pelajar yang menjalani latihan di institut ini.

Dengan inisiatif awal daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP), telah membuat pengesanan awal dan telah diberi tanggungjawab oleh pihak pengurusan dalam memastikan kebajikan mereka dijaga. Selama dalam tempoh PKP tersebut, pelajar telah diberi kemudahan kediaman dan keperluan asas yang lain seperti makan dan minum oelh pegawai HEP. Setelah mendapat mendapat kebenaran pergerakan bagi penghantaran  pulang daripada pihak berkuatkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM),  pihak HEP melalui pegawai yang bertugas telah menghantar  pelajar dengan mengunakan kenderaan jabatan bagi memastikan mereka selamat pulang dan tiba ke pangkuan keluarga tersayang.

Urusan penghantaran pelajar untuk pulang ke kampung halaman telah dilaksanakan oleh pegawai yang bertanggungjawab iaitu En. Mohd Faizal Bin Abdul Salim secara berperingkat yang mana melibatkan peringkat pertama iaitu merupakan penghantaran pelajar yang berasal dari Besut, Terengganu dan seorang pelajar untuk kembali ke Kuching, Sarawak di KLIA. Seterusnya adalah urusan pengambilan pelajar yang terkandas di tempat Latihan Industri di Cheras untuk pulang ke rumah kampung halaman masing-masing di Pekan, Pahang.

Dengan inisiatif awal ini, telah membuktikan bahawa pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh mempunyai komitmen sepenuhnya dalam menjaga kebajikan pelajarnya dalam apa jua keadaan pun.

 

 

 

11 MAC 2020 - Satu program lawatan kerja penanda aras bagi Program Teknologi Percetakan (Digital) anjuran Fakulti Teknolohi Mekanikal telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Rombongan ini disertai oleh 4 orang pegawai yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Latihan), Tn. Hj. Saiful Bahri Bin Abdul Hamid dan pegawai pengajar berkaitan.

 Antara objektif program lawatan kerja penanda aras ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai proses pelaksanaan program Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang NOSS PR-020-3:2014 Digital Printing Production & Supervision yang dilaksanakan di institusi tersebut. Selain itu, turut diadakan perbincangan bersama pihak pengurusan ILP Arumugam Pillai berkaitan penganjuran kursus pemantapan kemahiran bagi pengawai yang terlibat dalam pembangunan program baharu di IKTBN Temerloh.

Melalui program lawatan kerja ini, diharapkan pegawai yang terlibat dapat mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi pembangunan personel pegawai selari dengan pembangunan kursus baharu di IKTBN Temerloh.

13 Mac 2020: Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) untuk bidang Sukan Permotoran(4 Roda) bagi sesi 1 2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IKTBN Temerloh anjuran Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK). Mesyuarat tersebut telah di Pengerusikan oleh En Md. Mashoud bin Hj Md Umar turut dihadiri bersama En Jagjeet Singh yang merupakan penasihat kemahiran yang telah dilantik oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan bagi bidang tersebut bersama wakil Pengurusan Tn. Hj. Saiful Bahri Bin Abdul Hamid dan pengajar Unit Sukan Permotoran.   

            Melalui mesyuarat ini, objektif utama yang dapat dicapai adalah bagi  pelaksanaan proses semakan soalan peperiksaan akhir Sijil Teknologi Lanjutan Permotoran Sukan( 4 Roda) bagi sesi inidan juga perbincangan terhadap isu serta pelaporan aktiviti semasa bagi bidang tersebut. Disamping itu, panel enasihat juga mengambil kesempatan unfuk membuat lawatan ke Bengkel 1 bagi melihat fasiliti, membuat semakan terhadap Fail Portfolio pelajar disamping memberi khidmat nasihat yang berkaitan bagi penambahbaikan pelaksanaan latihan TVET khususnya bagi bidang sukan permotoran ini.

Mesyuarat ini diakhiri dengan majlis pemberian cenderahati sebagai kenangan serta penghargaan terhadap segala sumbangan panel penasihat sepanjang sesi lantikan 2017-2020. Semoga dengan sumbangan khidmat nasihat daripada ahli panel dapat diguna sebaiknya oleh pihak Unit Sukan Permotoran, Jurusan Sijil Kemahiran Malaysia, Fakulti Teknologi Automotif.

Halaman 2 dari 10