Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh (136)

lkjgljh pokjh lkj lkjjh louih 

6-8 Mac 2020: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK) telah menganjurkan satu Bengkel Klasifikasi Fail selama dua hari bertempat di Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands, Pahang. Bengkel tersebut dibimbing oleh penceramah daripada Arkib Negeri Pahang iaitu En. Usdi bin Abdullah selaku Pengarah Arkib dibantu bersama Pegawai Arkib Pn. Syazwani Binti Salleh dan Pn. Nordarwina Binti Zainul Abidin.
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari, adalah bertujuan bagi menyusun semula Klasifikasi Fail yang digunakan di IKTBN Temerloh bagi memastikan pematuhan terhadap Panduan Penyediaan Klasifikasi Fail Pejabat Awam yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara. Secara tidak langsung,aktiviti ini juga merupakan persediaan awal bagi pelaksanaan Digital Document Management System 2.0 (DDMS) yang merupakan sistem pengurusan rekod elektronik kerajaan di bawah kelolaan Arkib Negara dan MAMPU.
Semoga dengan inisiatif ini,pengurusan rekod di IKTBN Temerloh dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Sekaligus memastikan pelaksanaan urusan latihan TVET di IKTBN Temerloh adalah berkualiti dan berpandukan panduan yang telah ditetapkan.

5 Februari 2020:Satu Bengkel Pembangunan Jadual Spesifikasi Uji(JSU) bagi penilaian amali telah diadakan di Perpustakaan IKTBN Temerloh. Bengkel tersebut yang merupakan anjuran Unit Peperiksaan dan Persijilan(UPP),Cawangan Penyelarasan Kawalan & Kualiti(CPKK) bertujuan membuat penambahbaikan terhadap pembangunan soalan amali khususnya bagi program Teknologi Kejuruteraan di IKTBN Temerloh.

Penceramah bengkel tersebut adalah Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli,pensyarah daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan,Universiti Tun Hussein Onn(UTHM) telah banyak membantu dan memberi bimbingan kepada pengajar di sini dalam membangunkan soalan amali berkualiti bagi latihan TVET. Antara perkara yang ditekankan adalah kaedah bagi penentuan aras Psikomotor dan penerangan terhadap cara pengukuran domain tersebut.

Semoga dengan panduan dan bimbingan. yang telah diberikan,pihak pengajar dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam menambahbaik kualiti soalan TVET di institut ini.

 

4-5 Mac 2020: Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) yang terdiri daripada Cawangan Kerjasama Strategik Kerjaya & Kaunseling(CKSKK) dan Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP) IKTBN Temerloh telah melaksanakan Program Jelajah Promosi bagi pengambilan pelajar ke institut ini bagi sesi Julai 2020. Program ini adalah bersemperna tarikh pengeluaran keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) bagi tahun 2019.

Di dalam program ini,pegawai terlibat telah membuat edaran phamplet beserta maklumat secara terus berkaitan program yang ditawarkan di IKTBN Temerloh kepada pihak kaunselor sekolah. Diharapkan dengan aktiviti ini, pelajar dan ibu bapa mendapat makluman berkaitan peluang melanjutkan pelajaran di dalam latihan TVET yang mana merupakan agenda utama negara ketika ini dalam memperkasakan bidang latihan kemahiran. Selain daripada itu, ibu bapa diberi peluang membuat pilihan mendaftarkan anak mereka ke Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang tidak mempunyai beban hutang setelah tamat latihan,mendapat elaun secara bulanan dan jaminan kerjaya melalui kerjasama dengan pihak industri.

Diharapkan melalui aktiviti promosi ini, dapat membantu pihak institut memberi peluang kepada belia di negara ini dalam mendapatkan latihan TVET bagi permulaan dan me dapatkan kerjaya yang kukuh untuk masa hadapan.

Selasa, 03 March 2020 08:09

IKTBN TEMERLOH’S MONTHLY ASSEMBLY

Written by

27th February 2020– The first IKTBN Temerloh’s Monthly Assembly has been organized by the Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) in the Main Hall of IKTBN Temerloh. The event began with arrival of the Director of IKTBN Temerloh, Dr Mohd Yusoff b Abu Bakar and continued with the singing of National and State anthem song, students pledge and the Doa recitation.

The assembly later continued with speeches from the student’s representative Ms. Nurnajihah bt Mohd Nordin with the latest issue The Covid-19 and staff's representative by Ms. Faridah bt Joned, Head of Faculty General Studies which hilighted on the English Empowerment Initiative (EEI) programmes for 2020. Later then that, the Director of IKTBN Temerloh reminds on the important of cleanliness and way of avoiding food poisoning through our senses in his speech.

The assembly continued with the gimmick for launching of Jom Masuk IKTBN 2020 which beginning of campaign for student intake and registration for the year 2020. The event ended with the price giving ceremony for the winners for EKSA competitions held by the EKSA Committee, Debate and Pidato by Majlis Perwakilan Pelajar and games which had been held during the previous Night Market event.

27 Februari 2020: Satu lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay telah diadakan anjuran Jurusan Teknologi Faundri, Fakulti Teknologi Mekanikal IKTBN Temerloh. Lawatan itu diadakan ,sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK)2020.
       HKK 2020 telah mengetengahkan produk hadiah dan cenderamata sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dalam bidang teksil, hasil rimba, logam, hasil tanah dan aneka kraf. Produk kraf iaitu hadiah dan cenderamata itu tertumpu kepada penghasilan motif dan reka bentuk yang berasaskan ikon serta signature product yang melambangkan identiti Malaysia. Kawatan tersebut disertai oleh pelajar dan pegawai daripada jurusan terebut bertujuan bagi mendapatkan pendedahan berkaitan idea serta teknologi yang ada bagi penghasilan baranagn kraf. Secara tidak langsung ia dapat membantu pihak jurusan untuk mendapat idea melaksanakan projek inovasi bagi mengetengahkan hasil atau produk daripada institut ini.

      Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan antaranya, pameran, pertandingan, demonstrasi kraf, khidmat iring, sesi perkongsian ilmu serta persembahan kesenian.
Selain itu juga turut dipamerkan dalam penganjuran kali ini ialah penggunaan teknologi digital bagi paparan produk serta transaksi niaga membolehkan capaian lebih luas selain relevan untuk menarik minat generasi muda dan keperluan industri pada masa kini.

19 Februari 2020: Telah berlangsung Pertandingan Debat dan Pidato anjuran Kelab Debat IKTBN Temerloh dengan kerjasama Perwakilan Pelajar(MPP) IKTBN Temerloh.Pertandingan tersebut dilaksanakan dengan jayanya bermula pada jam 9.00-11.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh dan melibatkan semua pelajar Teknologi Kejuruteraan.

8 kumpulan yang mewakili daripada pelbagai jurusan di sini telah bersaing bagi pertandingan debat.Bagi pertandingan pidato pula, penyertaan oleh 8 orang pelajar seramai yang mewakili jurusan masing-masing.Pertandingan ini telah diadili oleh 3 orang juri yang mahir.

Melalui pertandingan ini pelajar pelajar telah diberi peluang untuk menonjolkan bakat mereka dalam perdebatan dan melatih untuk bercakap dihadapan khalayak ramai dengan yakin.Seterusnya pertandingan ini juga merupakan satu batu loncatan untuk pelajar supaya lebih mahir dalam berinteraksi terutamanya dihadapan orang ramai.Selain daripada itu, aktiviti ini juga memberi peluang kepada pelajar terlibat secara langsung dengan pengurusan majlis.

Diharap dengan pertandingan ini IKTBN Temerloh mampu melahirkan pelajar-pelajar yang petah berpidato dan berdebat dan mampu menjadi salah seorang diantara pendebat-pendebat terbaik di negara kita suatu hari nanti.

30-31 Januari 2020: Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Kali Pertama oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah dilaksanakan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti di IKTBN Temerloh. Panel auditor yang dilantik oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd, En. Muhammad Fadhlullah Bin Rahmat telah melaksanakan pengauditan pematuhan terhadap pengurusan di institut ini yang telah berlangsung selama 2 hari. Sesi audit telah dimulakan dengan ucapan aluan Mesyuarat Pembukaan Audit SIRIM MS ISO 9001:2015 yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh dan kemudiannya diteruskan dengan taklimat berkaitan pelaksanaan pengurusan kualiti oleh Pn Maslizawati bt Ab Rashid selaku Pegawai Kualiti institut.

Audit pemantauan tersebut telah merangkumi proses pengurusan dokumen dan juga fizikal di IKTBN Temerloh. Melalui pemantauan tersebut, tiada penemuan ketakakuran pada audit kali ini, teguranterhadap peluang penambahbaikan yang telah diterima akan menjadi item penambahbaikan kepada pihak intitut bagi memastikan pelaksanaan latihan TVET di IKTBN Temerloh berjalan lancar dan berkualiti.  Pihak pengurusan tertinggi mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas komitmen yang telah diberikan oleh semua warga IKTBN Temerloh bagi memastikan IKTBN Temerloh mengekalkan dan menambahbaik secara berterusan Sistem Pengurusan Kualiti sejajar dengan keperluan standard yang telah ditetapkan.

17-18 FEBRUARI 2020:– Lawatan pasukan Panel Penilai Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) dan Pengurusan Latihan terbaik (PLT) 2020 telah diadakan di IKTBN Temerloh. Pasukan Pemantauan tersebut yang diketuai oleh En. Ts. Kamaruzzaman bin Hj Md Ali selaku Pengerusi penilai, En. Fauzi Bin Elham@Alhim Mohamed iaitu SUB Pengurusan Maklumat (KBS), Ts. Dr Loke Kok Foong (BPKB), En. Mohd Khairulshahril ( BPKB), Pn Nur Aniza (BPM) dan Pn Nursida Binti Yaccob. Kumpulan panel penilai ini telah melaksanakan penilaian audit terhadap 6 komponen utama iaitu Pengurusan Pembelajaran & Pengajaran sebanyak 30% sumbangan markah, Indeks Pencapaian Utama sebanyak 20%, Pengurusan Pentadbiran sebanyak 15%, Pengurusan Kewangan sebanyak 15%, Pengurusan Hal Ehwal Pelajar sebanayk 10% dan kriteria terbaharu iaitu Pengurusan Teknologi Maklumat & Komunikas(ICT) sebanyak 10% pecahan daripada keseluruhan 100% markah.

Proses penguaditan ini berlangsung secara menyeluruh terhadap 21 ILKBS untuk bersaing secara baik dalam latihan TVET di Kementerian Belia dan Sukan(KBS). Secara tidak langsung, kualiti latihan di setiap institusi dapat dipantau dan diketahui secara terus oleh panel yang dilantik oleh pihak kementerian.

Bagi IKTBN Temerloh, 5 Jurusan yang terlibat dengan semakan terhadap Pengurusan Pembelajaran & Pengajaran yang telah dilaksanakan pada 2019. Keputusan bagi penilaian tersebut akan diumumkan ketika Majlis Konvokesyen ILKBS ke-16 akan datang.Semoga dengan adanya proses pemantauan ini, melalui penemuan dan teguran dapat membantu pihak institut membuat penambahbaikan dan bagi sebarang penemuan yang baik dapat dijadikan semangat dan inspirasi kepada warga IKTBN Temerloh untuk mengekalkan semangat bagi memastikan kualiti latihan terjamin.

Isnin, 17 February 2020 08:11

PROGRAM GO GREEN IKTBN TEMERLOH 2020

Written by

15 Febuari 2020 – Satu program “Go Green IKTBN Temerloh” anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diadakan di dalam persekitaran institute ini. Program ini yang telah melibatkan keseluruhan pelajar IKTBN Temerloh telah dilaksanakan seharian. Dengan bermotifkan "Menjaga Bumi , Tanggungjawab Kita Semua", program ini dimulakan dengan taklimat ringkas dan pembahagian pelajar kepada 14 kumpulan yang diiringi bersama mentor yang telah dilantik.

Setiap kumpulan diberi sebuah kawasan untuk dilaksanakan aktiviti menanam dan mengindahkan landskap di IKTBN Temerloh. Melalui program ini, pelajar dapat didedahkan dengan aktiviti berkumpulan bagi menguatkan semangat bekerjasama dan aktiviti fizikal bagi kecergasan pelajar. Selain itu, setiap kumpulan diberi tanggungjawab bagi memastikan kawasan yang dijaga kekal kemas dan ‘hijau’.

Diharapkan dengan usaha ini, matlamat program iaitu untuk memberi semangat dan galakan di atas usaha yang berterusan yang dilakukan oleh pelajar dan pegawai IKTBN Temerloh selain menanam sikap menjaga kebersihan dan keceriaan di tempat kerja mahupun di tempat tinggal dikalangan warga institut sepanjang masa dapat dicapai.

10-17 FEBRUARI 2020: Seramai 9 orang pelajar semester akhir program Sijil Lanjutan Teknologi Sukan(Sukan Bermotor 4 Roda) telah diberi peluang melaksanakan latihan secara amali atau ‘on-site’ bersama pasukan Viper Niza sebagai krew teknikal pasukan tersebut. Pelajar tersebut yang diringi oleh pegawai pengajar telah membantu pasukan Viper Niza dari segi teknikal dalam penyertaan pasukan tersebut di dalam pertandingan peringkat antarabangsa iaitu Asia Le Man & TCR Malaysia Championship 2020. Pertandingan tersebut yang telah berlangsung selama 4 hari dan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Pelajar yang terlibat sebagai krew teknikal pasukan tersebut telah diberi peluang melibatkan diri dalam peringkat persediaan sebelum, ketika perlumbaan dan setelah tamat pertandingan.

Penglibatan pelajar secara langsung dengan dunia sebenar ketika masih dalam latihan adalah bagi melengkapi keperluan modul latihan yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung, pelajar ini telah diberi peluang untuk merasai keadaan sebenar dalam bidang sukan permotoran 4 roda dan menjadikan pelajar lepasan IKTBN Temerloh mempunyai kualiti latihan yang diperlukan di dalam bidang tersebut. Semoga dengan latihan seperti ini, dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar tersebut dalam mendapat pekerjaan kerana telah memahami dan menjalani latihan dengan keadaan sukan permotoran sebenar.

Halaman 3 dari 10