Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh (136)

lkjgljh pokjh lkj lkjjh louih 

19 Oktober 2019- Semperna meraikan Program Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh di Dataran Kubang Gajah, pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh menyertai dengan melaksanakan Intervensi Kemasukan ke IKTBN Temerloh serta memeriahkan lagi sambutan tersebut. Turut hadir sama ke Program Intervensi IKTBN Temerloh ialah Yang Berhormat Woo Chee Wan ADUN Mentakab dan Dato' Razihan b. Adzharudin Pegawai Daerah dan Tanah Temerloh.

Penyertaan program intervensi ini adalah bagi membuat promosi ke atas kemasukan pada Januari 2020 akan datang. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah booth pameran serta hebahan Kemasukan, Inkubator Mencuci Kenderaan , Pertandingan Soft Archery, Golf dan aktiviti mari mencuba. Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenal institute ini melalaui pelajar-pelajar yang menjayakan program tersebut secara langsung.

Diharapkan dengan adanya program ini, masyarakat berminat untuk menyertai dan bekerjasama dengan institute bagi melahirkan golongan belia yang berkemahiran terutama sekali di dalam bidang TVET.

27 - 29 SEPTEMBER 2019: Satu kursus Investment Casting and Finishing Process di bawah peruntukan Program Peningkatan Kemahiran (PPK) sesi 2019 anjuran Jurusan Teknologi Kejuruteraan Faundri telah diadakan di Bengkel 9, IKTBN Temerloh. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan terhadap latihan pengajaran pembelajaran bagi bidang Investment Casting yang terdapat di IKTBN Temerloh ini. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pegawai mengenai cara pengendalian mesin-mesin berkaitan.

Kursus ini dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta mahir dari segi teknikal dan teori berkaitan proses-proses yang terdapat di dalam proses investment casting. Semoga dengan adanya kursus-kursus seperti ini dapat membantu semua pegawai dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.

27 September 2019 – Semperna kehadiran bulan Muharram, pada 28 Muharram 1441 Hijriah bersamaan pada hari Jumaat telah diadakan aktiviti memasak bubur Asyura anjuran Jawatankuasa Masjid At-Taqwa Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh sesi 2019/2020. Aktiviti penyediaan bahan dan memasak bubur Asyura telah diadakan di perkarangan Masjid At-Taqwa IKTBN Temerloh. Aktiviti tersebut disertai oleh kakitangan serta pelajar institut, bersama-sama berganding bahu melaksanakan salah satu adat yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharram.

Aktiviti menyediakan dan memasak bubur asyura ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga IKTBN Temerloh. Di samping itu juga ia dapat memberi pendedahan mengenai masakan tradisi masyarakat kepada para pelajar. Diharap program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

SERI ISKANDAR, 28 - 29 September 2019. Innovation Development Through Educational Activities (iDEA’19) bersama Program Career Fest ILKBS Zon Utara 2019 telah diadakan di IKBN Seri Iskandar, Perak. Menerusi pertandingan ini, sebanyak 100 produk inovasi terdiri daripada penyertaan kesemua pelajar ILKBS selain peserta pelbagai agensi dan IPTA/IPTS telah dipertandingan dalam 2 Kategori iaitu Kategori ILKBS dan Kategori Terbuka. IKTBN Temerloh melalui Jawatakuasa Inovasi telah menghantar penyertaan sebanyak 2 Pasukan Inovasi Pelajar bersama penyelia bagi bertanding dalam 2 Bidang berlainan untuk kedua-dua kategori. Pertandingan yang bertemakan "Berdaya Komersil, Persekitaran Digital, Mesra Pengguna” ini telah memperlihatkan kebolehan peserta di kalangan pelajar untuk mengetengahkan produk inovasi dan rekacipta masing-masing. Sejurus keputusan diumumkan, Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah berjaya memperolehi 2 GOLD MEDAL AWARD bagi kedua-dua produk dalam kategori yang dipertandingkan mengikut bidang penyertaan. KEJAYAAN Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh terus diberi perhatian apabila diumumkan JOHAN BIDANG C (Teknologi Kejuruteraan Awam, Alam Sekitar Dan Tenaga Boleh Diperbaharui - Green, Friendly, Safe) bagi Kategori ILKBS. KEMUNCAK kejayaan cemerlang Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh tercipta sejurus dinobatkan dan sekaligus mengungguli JOHAN KESELURUHAN KATEGORI ILKBS menerusi produk Intelligent Window yang membawa 2 konsep yang diwakili pelajar Semester 3 Teknologi Kejuruteraan Automotif.

Selain pertandingan inovasi iDEA’19, IKTBN Temerloh juga telah menghantar 1 pasukan penyertaan Pertandingan 3 On 3 Street Soccer dalam program Career Fest ini. KEJAYAAN terus diperolehi oleh IKTBN Temerloh dengan memenangi TEMPAT KETIGA dengan melibatkan 24 pasukan dalam pertandingan ini. Pasukan Street Soccer ini telah disertai oleh 3 orang pelajar berlainan jurusan. Kejayaan berganda ini turut dikongsi bersama dengan kehadiran Pengarah IKTBN Temerloh, Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar yang telah meluangkan masa untuk hadir pada setiap lokasi pertandingan. Dengan berolehnya kejayaan ini, ia terus membuktikan dan meletakkan Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh dan Pasukan Street Soccer IKTBN Temerloh telah berjaya mengatasi pesaing-pesaing daripada ILKBS dan pelbagai agensi TVET lain yang bertanding dalam petandingan ini.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua pelajar serta pegawai dan penyelia sebagai peserta yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk komitmen dan kesungguhan selama persediaan sehingga berlangsung pertandingan tersebut. Semoga kejayaan ini dapat memberikan impak, dorongan dan membudayakan inovasi kepada semua pelajar dan warga IKTBN Temerloh.

Program bootcamp merupakan salah satu inisiatif utama yang bertujuan untuk menyediakan modal insan berkemahiran sama ada sebagai pekerja mahir atau separa mahir mengikut keperluan industri negara melalui kaedah pelaksanaan latihan yang lebih intensif, berkesan serta dijalankan dalam tempoh yang lebih singkat dengan jaminan pekerjaan pada akhir program. Program bootcamp dibangunkan secara kerjasama dengan majikan utama di kalangan industri yang memerlukan tenaga kerja bagi sesuatu bidang kemahiran yang telah dikenalpasti. Kurikulum latihan direka bentuk dengan menumpukan kepada kemahiran teras penting supaya latihan yang dilaksanakan menggunakan format dan situasi yang paling menyerupai persekitaran tempat kerja sebenar.

Selepas pemilihan peserta melalui sesi temuduga, seramai 10 orang peserta telah terpilih dan berdaftar pada 26 Ogos 2019 yang lalu. Syarikat AR Man Auto Care Sdn Bhd merupakan syarikat yang bekerjasama dengan IKTBN Temerloh dalam usaha menjayakan program ini. Program dimulakan dengan dengan sesi pendaftaran dan taklimat ringkas. Para peserta turut diberi taklimat berkaitan dengan Peraturan Pelajar dan Peraturan Asrama, lawatan ke bengkel dan asrama. Program diteruskan dengan Kem Bina Semangat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat, Selangor selama empat hari tiga malam. Para peserta melakukan aktiviti-aktiviti seperti Ice Breaking, latihan dalam kumpulan, Explorace, Rafting, Jungle Tracking, Flying Fox & Ekspresi Diri. Program berakhir dengan sesi penilaian dan majlis penutup kem bina semangat bersama pihak pengurusan tertinggi IKTBN Temerloh.

Selepas pulang dari kem bina semangat, para peserta akan mula sesi latihan teori dalaman di IKTBN selama dua minggu bermula 3 September 2019 hingga 15 September 2019 dan ditempatkan di Bengkel Satu (1) dan Dua (2). Peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul latihan berkaitan Automotif sebagai persediaan sebelum penempatan sebenar di syarikat. Bermula tarikh 18 September 2019, maka bermula penempatan sebenar peserta Bootcamp untuk menjalani latihan praktikal di syarikat AR Man Auto Care Sdn Bhd. Peserta telah diagihkan ke cawangan-cawangan syarikat sekitar dengannya. Latihan praktikal di syarikat akan berakhir pada 15 September 2019.

7 September 2019: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Gajah Sedunia 2019. Aktiviiti tersebut telah dijalankan dengan meriahnya di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Lanchang Pahang.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bersama masyarakat setempat. Sambutan Hari Gajah Sedunia atau World Elephant Day (WED) 2019 kali ini adalah berkonsepkan “Karnival dan Santai” di mana pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan seperti Gandah Fun Run, Ele Edu Camp, Program Sukarelawan (Volunteering), Pameran , Kenduri Gajah dan Persembahan Informatif Gajah.

Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan karnival tersebut seramai 100 orang pelajar dari IKTBN Temerloh telah terlibat sebagai peserta di dalam salah satu acara yang dilaksanakan iaitu Ele Edu Camp dan aktiviti kesukarelaan sepanjang sambutan diadakan. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat didedahkan dengan aktiviti fizikal dan memberi peluang untuk melatih kemahiran komunikasi mereka

11 September 2019 : Satu program Training Of Trainers bertajuk Electromechanical telah diadakan anjuran oleh Fakulti Pengajian Umum. Program tersebut dijalankan di Makmal SEM Bengkel 6. Program ini adalah kesinambungan pelaksanaan Program Peningkatan Kemahiran (PPK) yang telah dijalankan pada April baru-baru ini. Melalui program ini, pegawai yang telah menghadiri kursus tersebut dapat menyampaikan ilmu atau teknologi yang telah dipelaj ari kepada pegawai yang lain.

Di dalam program ini, skop yang dikongsikan adalah menjurus kepada klasifikasi litar untuk Direct Current (DC) Motor. Peserta program telah diberi latihan teori terhadap konsep litar dan applikasi amali yang digunakan selain berpeluang membuat sambungan pendawaian sendiri. Melalui program ini diharapkan dapat memberi pengetahuan kepada pengajar dalam memberi latihan dalam teknologi terkini.

KUANTAN, 3 - 5 September 2019. Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Dan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pahang Tahun 2019 anjuran Unit Koperat SUK Negeri Pahang telah berlangsung di Bukit Gambang Resort City. Melalui 2 Kategori Pertandingan, IKTBN Temerloh melalui Jawatankuasa Inovasi telah menghantar 2 penyertaan melibatkan Pasukan Inovasi Pelajar membawa produk Pencungkil Getah dalam Kategori IPTA/IPTS dan seorang pegawai dalam Kategori Awam Kerajaan dengan membawa produknya Flip 2 Face Window.

Mengambil pengalaman pertama melalui peringkat saringan dan peringkat akhir dalam pertandingan ini kedua-dua produk telah menerima saguhati daripada keseluruhan 44 pasukan yang bertanding. Turut hadir bersama di majlis penutup tersebut adalah Ybrs. Dr Mohd Yusoff bin Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh sebagai sokongan dan dorongan kepada pasukan IKTBN Temerloh. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat daripada Jurusan Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan dan pegawai sebagai peserta yang dalam memberikan persembahan yang terbaik , komitmen dan kesungguhan bermula dari peringkat persediaan sehingga berlangsungnya pertandingan tersebut.

Melalui penyertaan seperti ini, pelajar IKTBN Temerloh dapat memperolehi peluang menimba pengalaman serta mendapat merasai persekitaran yang berbeza berbanding di institute.Semoga dengan penyertaan dan kejayaan ini dapat memberikan impak, inspirasi serta dapat mewujudkan budaya inovasi kepada semua pelajar khususnya serta warga IKTBN Temerloh.

27-29 Ogos 2019: Program Training of Trainers (T.o.T) secara dalaman telah dilaksanakan di Bengkel 2, Jurusan Teknologi Automotif Penyelenggaraan. Program tersebut merupakan anjuran Fakulti Teknologi Automotif yang mengandungi 4 Tajuk Kursus yang melibatkan Bidang Automotif Penyelenggaraan.
Tajuk kursus yang telah berjaya dilaksanakan melalui program ini adalah Engine Management System (EMS) yang diadakan pada 27 Ogos 2019 oleh Encik Afzainizam bin Abd Aziz, Automotive Electric & Electronics yang diadakan pada 28 Ogos 2019 oleh Encik Mohd Fadli Bin Razak serta Hybrid System oleh Encik Mohd Fazdil bin Sharani dan CAN Bus Sytem oleh Encik Samsulbahri bin Nur Tahir yang diadakan pada 29 Ogos 2019. MElalaui program ini,peserta kursus yang terdiri daripada tenaga pengajar di IKTBN Temerloh dapat memperolehi pengetahuan berkaitan teknologi terkini dalam bidang Automotif Penyelenggaraan yang terkini.
Program tersebut juga merupakan kesinambungan daripada kursus Program Pembangunan Kemahiran(PPK) yang telah dihadiri oleh pengajar anjuran ILKBS yang lain dalam tahun ini. Melalui program ini, pengajar yang merupakan peserta yang telah menghadiri kursus PPK, dapat membuat perkongsian maklumat serta ilmu bersama pegawai di IKTBN Temerloh. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran di institut ini dapat dilaksanakan dengan perkembangan terkini serta dapat memastikan pegawai latihan di institut ini adalah kompeten pelaksanaan latihan TVET yang lancar.

28 Ogos 2019- Satu Lawatan Penanda Aras bagi pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari PERKESO Temerloh telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh.

Pasukan seramai 8 orang pegawai telah diketuai oleh En. Mohd Roslan bin Mohd Ali iaitu Timbalan Pengurus PERKESO Temerloh dari Unit Faedah telah disambut oleh En. Ahmad Lotfi Bin Halis selaku penyelaras Jawatankuasa EKSA IKTBN Temerloh.
Objektif lawatan adalah bagi melihat pelaksanaan dan menambah pengetahuan berkaitan pengurusan EKSA di IKTBN Temerloh serta untuk mendapatkan maklumat berkaitan persijilan EKSA oleh pihak MAMPU.


Sesi lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas oleh penyelaras Jawatankuasa EKSA IKTBN Temerloh dan disusuli dengan lawatan ke pejabat pentadbiran dan bengkel latihan.Semoga dengan lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi bagi pelaksanaan EKSA di PERKESO Temerloh.

Oleh;

Jawatankuasa EKSA IKTBNT

Diedit oleh;

Jawatankuasa Portal IKTBNT

Halaman 5 dari 10