Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh (136)

lkjgljh pokjh lkj lkjjh louih 

25th July 2019 - A Visiting Lecturer Programme correlation with The English Empowerment Inssiative Programme has been organized by Department of Quality Assurance and Quality Control with involvement of 55 students from the courses of Automotive and Packaging Technology.

The speaker for the programme is Mr Mohd Afiq bin Mat Razai, an English Teacher from Sekolah Menengah Datuk Bahaman, Lanchang. Throughout the programme, all of the students interacted with the speaker through various Word Games. The students are having fun while trying to interacts each other’s in English-speaking environment.

The programme continues with souvenir giving out session from the Mdm Maslizawati bt Ab Rashid, Head Department of Quality Assurance and Quality Control to the speaker as a token of appreciation and ends with a photo session with all of the participants. Overall the programme was successful and able to achieve the targeted objectives.

 

24 Julai 2019 – Program Pendidikan Pengundi Bersama Akademik Pilihanraya , Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh . Program yang dilaksanakan di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh adalah bertujuan memberi pendidikan pengundi serta memberi kesedaran mengenai sistem dan pengurusan pilihanraya kepada pelajar IKTBN Temerloh.

Seperti sedia maklum, kelayakan sebagai warganegara Malaysia untuk berdaftar sebagai pemilih telah diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun,melalui pindaan Rang Undang- Undang terkini. Pindaan tersebut juga termasuk penurunan umur warga negara yang layak menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada 18 tahun, serta mereka didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sehubungan dengan itu, melalui program tersebut pelajar telah diberi pendedahan kepentigan melalui taklimat serta mengalami terhadap proses pengundian pilihanraya secara alami. Dengan ini, sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia kepada belia dan bakal pengundi pada masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja IKTBN Temerloh di atas kejayaan memperolehi pensijilan versi baharu Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dari SIRIM QAS International Sdn Bhd. bermula 24 Jun 2019 sehingga 21 Februari 2022. Pensijilan ini merupakan migrasi daripada MS ISO 9001:2008 kepada versi baharu MS ISO 9001:2015 serta penambahan skop daripada Pengurusan Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal di Peringkat Sijil Kemahiran Malaysia kepada Pengurusan Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal di Peringkat Sijil dan Diploma.

Kejayaan memperolehi pensijilan baharu ini adalah hasil kerjasama serta komitmen tinggi yang diberikan oleh semua warga kerja IKTBN Temerloh. Kejayaan ini telah memberikan impak tinggi kepada kelangsungan perkhidmatan latihan kemahiran teknikal di peringkat sijil dan diploma yang berkualiti, berfokus pelanggan serta mengambilkira aspek pengurusan risiko dalam setiap proses kerja yang dijalankan. Sekalung tahniah dan penghargaan buat semua warga IKTBN Temerloh.

18 Julai 2019 - Satu Lawatan Penanda Aras bagi pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh pihak Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh.
Pasuukan seramai 27 orang pegawai telah diketuai oleh Pn. Saripah Zalha binti Said Abu Bakar selaku Ketua Jaminan Kualiti telah disambut oleh Timbalan Pengarah (Latihan) IKTBN Temerloh, En. Saiful Bahri selaku wakil pengurusan IKTBN Temerloh.
Sesi lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas oleh penyelaras Jawatankuasa EKSA IKTBN Temerloh dan disusuli dengan lawatan ke pejabat pentadbiran dan bengkel latihan.Semoga dengan lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi bagi pelaksanaan sistem tersebut.

 

Isnin, 15 July 2019 15:25

WORLD YOUTH SKILL DAY 2019

Written by

15 July has been declared by The United Nations as World Youth Skills Day. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh(IKTBN Temerloh) has been producing youth with skills and is proud to be part of a global recognition and promotion of skills through Technical & Vocational Education Training(TVET).

IKTBN Temerloh graduates are encoureged to share their experience with #wysd2019 in your social media to connect to the larger campaign.

 

15 Julai telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai Hari Kemahiran Belia Sedunia. Menjadi kebanggan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh(IKTBN Temerloh) yang telah menghasilkan belia berkemahiran dan menjadi sebahagian yang menyumbangkan pengiktirafan dan promosi bagi bidang kemahiran melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET).

Graduan IKTBN Temerloh adalah digalakkan untuk berkongsi bersama pengalaman berkaitan dengan #wysd2019 di dalam  media sosial dalam menyertai kempen ini.

 

Temerloh, 13 Jun 2019 – Bertempat di Auditorium IKTBN Temerloh hari ini telah diadakan satu sesi taklimat berkaitan Latihan Industri kepada pelajar-pelajar Diploma dan Sijil Teknologi yang akan menghadiri latihan tersebut pada semester hadapan (2/2019).

Taklimat yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Temerloh Encik Musa Bin Salim bersama dengan Pegawai Hubungan Industri IKTBN Temerloh Puan Rozita Binti Mohamed itu menekankan aspek-aspek teknikal dan disiplin yang perlu dipatuhi oleh para pelajar sepanjang latihan yang bakal mereka hadapi.

Rabu, 22 May 2019 12:11

KURSUS MODULAR AUTOMOTIF

Written by

Temerloh, 21 Mei 2019 - IKTBN Temerloh akan menganjurkan kursus modular automotif. Hubungi segera untuk maklumat lanjut.

Temerloh, 15 Mei 2019 (Rabu)- Fakulti Pengajian Umum telah mengadakan Training of Trainers bertajuk PC Preventive & Maintenance di Makmal FPH Bengkel 7. TOT ini telah disampaikan oleh En. Mohd Sharifuzan bin Mohd Nor. TOT ini bertujuan untuk memberi ilmu teknikal kepada pengajar Bengkel 7 khususnya untuk boleh melaksaknakan sendiri pembaikan PC bagi kerosakan yang selalu terjadi. Selain itu, peserta juga diajar secara praktikal untuk format cakera keras(hard disk) dan kaedah install software yang diperlukan. Hasil daripada TOT hari ini, beberapa komputer yang rosak berjaya diselenggara dengan jayanya. Diharap ilmu dari kursus ini akan dimanfaatkan bersama.

BACHOK, 3 - 4 Mei 2019. Sempena Program Career Fest ILKBS Zon Timur 2019 bertempat di IKTBN Bachok, Kelantan telah diadakan Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta yang melibatkan penyertaan dari ILKBS Zon Timur selain Institut dan Agensi TVET jemputan. Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah mengambil peluang dan ruang bagi mengetengahkan produk inovasi pelajar dengan menyertai pertandingan ini melalui 2 produk (Smart Access Keybox dan Alternative Rescue System) dalam Kategori Teknikal. Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah memenangi GOLD MEDAL AWARD bagi kedua-dua produk yang telah dipertandingkan.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada pelajar sebagai peserta yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk komitmen dan kesungguhan selama persediaan sehingga berlangsung pertandingan tersebut. Bagi pihak Jawatankuasa Inovasi IKTBN Temerloh ingin merakamkan TERIMA KASIH dan PENGHARGAAN kepada pihak pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai yang telah bersama menyokong dan memberikan komitmen sepanjang pasukan inovasi membuat persediaan bagi ke arah pertandingan. Semoga kejayaan ini dapat memberikan impak, dorongan dan membudayakan inovasi kepada semua pelajar dan warga IKTBN Temerloh.

KUALA LUMPUR, 2 - 4 Mei 2019. ITEX’19 (International Invention, Innovation And Technology Exhibition, Malaysia) telah berlangsung di KLCC Convention Centre, Malaysia di mana pada kali ini penganjur mengesahkan kehadiran jumlah penyertaan hampir 1000 produk rekacipta dan inovasi yang melibatkan pelbagai kategori dan disertai oleh 20 buah negara termasuk Malaysia. Melihat akan potensi dan impak berorientasikan kepenggunaan maka Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah mengambil peluang dan ruang bagi mengetengahkan produk inovasi pelajar dengan menyertai WYIE 2019 (World Young Inventors Exhibition) untuk bersaing bersama hampir 12 buah negara dalam Tertiary Category. Melalui 2 produk (Apparatus For Removing Coagulated Rubber dan Intelligent Window), Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah memenangi GOLD MEDAL AWARD bagi kedua-dua produk.

 

Halaman 6 dari 10