Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh (136)

lkjgljh pokjh lkj lkjjh louih 

Lanchang, April 17th - In conjunction with IKLBS Impak Day(17 April 2019), English Club had organised EcE or known as English Corner Event, which consist of different exciting activities for the students. Among the activities are eSports, Scrabble, Guess what's in the Box, Crossword Puzzle, Kahoot!, and Spell it Right. The winners from these games will receive KFC vouchers. The response and participation from the students were overwhelming. We hope these events will help increase students' confidence and interest in speaking in English.

 

 

Lanchang, 11 April 2019 -  Bertempat di Masjid At-Taqwa IKTBN Temerloh telah diadakan ceramah Sambutan Israk Mikraj 2019 yang disampaikan oleh Ust. Mohd Fadli Bin Johari, pegawai daripada Pejabat Agama Islam Temerloh.

Selain dihadiri oleh para pelajar, ceramah yang bermula sejurus selepas solat magrib itu turut menerima kehadiran Pengarah IKTBN Temerloh Dr. Mohd Yusoff Bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Latihan, Haji Saiful Bahri Bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Encik Musa Bin Salim dan para pegawai IKTBN Temerloh.

 

 

Temerloh 5 April 2019 - Lawatan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran terhadap permohonan pembaharuan pentauliahan bagi program Penyembur Cat Automotif dan penambahan kapasiti bagi program Juruteknik Sukan Bermotor serta Automotif Servis Selepas Jualan oleh pihak JPK bersama panel penilai telah berlangsung dengan jayanya.

Lawatan yang diketuai oleh urusetia Jabatan Pembangunan Kemahiran Encik Muhammad Asraf bin Nor bersama tiga orang panel industri iaitu Encik Ab. Wahab bin Mat Ali, Encik Mohd Zishamudin bin Rahmat dan Encik Azmie bin Arshad telah membuat penilaian terhadap kemampuan IKTBN Temerloh dalam memenuhi keperluan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak JPK sebagai penyedia latihan kemahiran.

Penilaian merangkumi pemeriksaan terhadap bahan pembelajaran bertulis, kemudahan serta peralatan latihan dan kelayakkan pengajar dalam bidang yang berkaitan. Encik Muhammad Asraf bin Nor dalam mesyuarat penutup lawatan telah menyatakan kepuasan hati beliau terhadap prestasi IKTBN Temerloh.

 

Temerloh, 24 Mac 2019 - Karnival Sukan MPP IKTBN Temerloh yang dianjurkan Oleh Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar . Penyertaan yang melibatkan semua pelajar IKTBN Temerloh . Acara yang dipertandingkan ( Indoor game dan outdoor game ). Antaranya ialah Bola Sepak , Futsal , Bola Jaring , Sepak takraw , Bola Tampar , Ping Pong , Wall Climbing , Balapan 100 m, 4x100 m , 4x400 m , 1500 m , karom , catur , dam haji , dart , esport pubg dan mobile legend.

Karnival Sukan ini antara aktiviti yang terbesar dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Semoga dengan program ini sebagai satu langkah bagi mengeratkan silaturahim di antara pelajar dan menjadikan seorang pelajar yang sihat dan cergas dalam bersukan walaupun dalam bidang kemahiran di ILKBS . Majlis Perasmian penutup disempurnakan oleh En. Musa b. Salim. Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Temerloh.

Tahniah kepada semua pemenang dan juga mereka yang terlibat dalam menjayakan karnival sukan ini.

Temerloh, 22 Mac 2019 - Untuk makluman semua ILKBS@IKTBN Temerloh akan melaksanakan dua (2) program STAR@U : MyFuture Youth Plus. Maklumat lanjut seperti di risalah dan borang permohonan boleh di capai pada QR- code atau di alamat berikut:  https://www.facebook.com/CAW.HUB.INDnPROMOSI/photos/pcb.533764457031265/533764420364602/?type=3&theater

Temerloh, 21 Mac 2019 - Sempena Program Karnival Pengajian Tinggi Peringkat Negeri Pahang 2019 yang diadakan di Dewan Alumni SMK Abu Bakar semalam, pihak Cawangan Kerjasama Strategik, Kaunseling dan Kerjaya (CKSKK) IKTBN Temerloh tidak melepaskan peluang untuk turut serta mempromosikan semua program pengajian yang ditawarkannya seperti, Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Penyelenggaraan, Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan, Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Rekabentuk Produk, Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Foundry (Tuangan Logam) yang mana semua program tersebut adalah diikhtiraf oleh MQA. 

Selain itu program-program Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Penyelenggaraan Automotif, Semburan Cat Automotif dan Sukan Bermotor Empat Roda yang diikhtiraf oleh JPK juga diperkenal dan ditawarkan kepada para pengunjung. Keistimewaan-keistimewaan lain yang terdapat di IKTBN Temerloh seperti elaun sara hidup dan pengajian percuma juga turut dihebahkan untuk maklumat semua yang hadir.

 

Temerloh, 14 Mac 2019 - Bagi mencapai matlamat mendapatkan pengikhtirafan MS ISO 9001:2015 satu Bengkel Penulisan Penyataan Ketakakuran (NCR), Peluang Penambahbaikan (OFI) Dan Pengenalpastian Punca Penyebab & Tindakan Pembetulan Yang Berkesan telah diadakan selama dua Hari bermula 13 hingga 14 Mac.

Bengkel yang bertujuan untuk memperkemaskan prosedur audit dalaman itu dihadiri seramai 40 orang kakitangan institut yang terdiri daripada ajk iso dan pelbagai jawatan termasuk Timbalan Pengarah Latihan Tn. Hj. Saiful Bahari Abdul Hamid.

Fasilitator bengkel adalah encik Ridzuan Muhammad daripada syarikat Perunding Inokreatif Q

Lanchang, 20 Februari – Selaras dengan sasarannya untuk menjadi sebuah institusi latihan kemahiran yang terunggul, IKTBN Temerloh komited dalam meningkatkan kualiti pengurusnnya melalui pengikhtirafan dan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS 9001: 2015.

Kehadiran juruaudit dari SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD iaitu Puan Maznah Mat Isa selaku Ketua Juruaudit dan Puan Asiyah Binti Haron selama dua hari bermula 18 hingga 20 Januari 2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap semua prosedur kerja dan proses pengurusan kualiti yang digunapakai dalam operasi IKTBN Temerloh.

Dalam mesyuarat penutup yang di pengerusikan oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Doktor Mohd Yusof Abu Bakar, Ketua Juruaudit telah membentangkan hasil dapatan audit dan memberi beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan kualiti IKTBN Temerloh. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai-pegawai peringkat pengurusan dan semua AJK ISO IKTBN Temerloh.

Pekan, 11 Februari 2019 – Satu lawatan kerja oleh IKTBN Temerloh telah diadakan ke kilang pemasangan kereta DRB HICOM, lawatan yang bertujuan untuk meninjau operasi DRB HICOM dengan lebih dekat itu juga bertujuan untuk mengenalpasti peluang kerjasama strategik yang boleh diadakan antara kedua-dua belah pihak.

Rombongan pihak IKTBN Temerloh seramai enam orang pegawai yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Latihan Tn.Hj. Saiful Bahri bin Abdul Hamid telah disambut oleh Cik Adila Izyan Binti A Rahman iaitu Head of Transformation & Talent Management. Dalam taklimatnya, Cik Adila menyatakan kesediaan pihak DRB HICOM untuk mengadakan sebarang kerjasama strategik yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Rombongan selepas itu telah dibawa melawat kilang pemasangan kereta berjenama Volkwagen dan Mercedes Benz. Selain daripada dua jenama kereta tersohor itu, DRB HICOM juga mempunyai kilang pemasangan kenderaan berjenama Suzuki, Isuzu dan Mitsubishi. Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu tamat pada pukul 1.00 petang.

07 Feb. 2019 Felda Chini 1 Pekan Pahang - Gabungan Bantuan ILKBS daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia & Sukan Malaysia telah mengadakan lawatan ke rumah mangsa kebakaran Mohd Rahmat bin Samli pelajar semester dua Jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan IKTBN Temerloh di Felda Chini 1, seterusnya menyerahkan bantuan kepada beliau.

Perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Felda Chini 1 juga turut diadakan bagi menyegerakan bantuan lain yang diperlukan kepada beliau. Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Puan Siti Ratnasari bt. Abd. Razak (Timbalan Pengarah HEP Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementeria Belia & Sukan Malaysia, En. Musa b. Salim (Timbalan Pengarah HEP IKTBN Temerloh) dan Mohd Syafik b. Saparwi (Timbalan Pengarah HEP IKBN Pekan).

Terima kasih kepada Puspanita KBS, BPK KBS, Persatuan Alumni ILKBS dan warga IKTBN Temerloh di atas sumbangan kepada Tabung Derma Kilat IKTBNT yang diberikan.