Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh (136)

lkjgljh pokjh lkj lkjjh louih 

Lanchang, 28 November 2018 - Program First Step yang dianjurkan oleh Exco Akademik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Cawangan Pengurusan Pelajar adalah salah satu program khas kepada pelajar-pelajar semester akhir yang akan menamatkan pembelajaran di IKTBN Temerloh. Seramai 40 orang pelajar yang terlibat daripada Pelajar FYP dan Pelajar SJT. Pelajar-pelajar didedahkan dengan tatacara temuduga dan menyediakan resume. Ceramah disampaikan oleh Ketua Jabatan di Jabatan Tenaga Kerja Daerah Temerloh En. Jufrizan Sanusi. Semoga program ini akan diteruskan pada setiap semester akhir untuk akan datang.

Rabu, 21 November 2018 11:55

Program Perdana Camp MPP IKTBN Temerloh

Written by

Port Dickson, 18 November 2018 - Bertempat di Blue Lagoon Port Dickson Negeri Sembilan telah diadakan Program Perdana Camp MPP IKTBN Temerloh. Seramai 40 orang yang terdiri daripada pelajar yang terlibat dengan kepimpinan organisasi yang terdapat di IKTBN Temerloh antaranya Jawatankuasa MPP , Pengurusan Pentadbiran Asrama serta Jawatankuasa Kelab yang ditubuhkan bagi menggerakkan aktiviti pelajar seperti Kelab Usahawan / Inkubator dan Kelab Bahasa Inggeris. Semoga dengan program ini Jawatankuasa MPP akan dapat mengembangkan dan menyumbangkan kreativiti dalam pelaksanaan program untuk masa akan datang.

Sumber : Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Temerloh

Bukit Tinggi, 14 November 2018: Ahli Jawatankuasa Lanskap bersama Timbalan Pengarah Latihan IKTBN Temerloh Tn.Hj. Saiful Bahri Bin Abdul Hamid telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Pengurusan Lanskap di Bukit Tinggi, Pahang. Lawatan bertujuan mempelajari teknik-teknik pengurusan lanskap yang berkesan seterusnya mengaplikasikannya di IKTBN Temerloh. 

Antara perkara yang dipelajari semasa lawatan adalah seperti teknik Perletakan Tanaman Lanskap di mana teknik untuk perletakan tanaman yang disesuaikan dengan tujuan perencanaan tanpa melupakan fungsi tanaman yang dipilih. Pemilihan jenis tanaman maupun cara pengaturan penanamannya harus mengikuti rencana penanaman yang disusun untuk memenuhi fungsi serta estetikanya. Apabila pola pengelompokan serta susunan jenis tanaman, ukuran, bentuk, tekstur, dan warnanya masing-masing telah diketahui dengan baik maka perencana dapat menyusun sendiri tata tanamnya berdasarkan satu atau beberapa sifat tanaman- tanaman tersebut.

Temerloh, November 7th 2018: A talk on Introduction of Malaysia Board of Technologist (MBOT) were held in Auditorium IKTBN Temerloh. The talk was given by Mr. Mohd Hamizan b Adnan, MBOT's Assistant Registra was organized by Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti (CPKK) to the students and lecturers of IKTBN Temerloh. 
Malaysia Board of Technologists (MBOT) is one of the new professional body that gives Professional Recognition to Technologists and Technicians in related technology and technical fields. The talk is one of their action in achieving recognition of technologists and technicians in Malaysia. 
At the end of the session, Dr Mohd Yusoff b Abu Bakar the Director of IKTBN Temerloh himself gave an encouragement and importance on being recognition for the technologist to the audience.
 

Kuantan, 14 November 2018 - 

Dewan Asrama Sri Semai Bakti Kuantan, Pahang. Buat julung kalinya IKTBN Temerloh melalui Pasukan Inovasi dan Rekacipta telah diberi ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan pihak FELDA bagi tujuan tanggungjawab menyediakan dan mempersembahkan gimik perasmian penutup sempena Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) FELDA 2018.

Gimik berunsur futuristik dengan aksi robot berputar merupakan idea dari pasukan IKTBN Temerloh diketuai oleh encik Norazli bin Rameli bersama tujuh orang pelajar jurusan Teknologi Automotif Pembuatan. Video aksi gimik tersebut boleh disaksikan di laman facebook https://www.facebook.com/IKTBNTofficial/

Semoga kerjasama dua hala ini dapat diteruskan dan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak sebagai langkah promosi selain mengetengahkan hasil usaha pelajar IKTBN Temerloh dalam pengahasilan inovasi dan rekacipta. TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua pelajar inovasi serta pihak pengurusan atas sumbangan secara keseluruhan.

Selasa, 13 November 2018 17:54

EKSA : ILP KUANTAN TINJAU IKTBN TEMERLOH

Written by

Temerloh, 13 November 2018 -  IKTBN Temerloh sekali lagi telah menerima kunjungan lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Kunjungan kali ini merupakan lawatan dari ILP Kuantan, rombongan tersebut yang diketuai oleh En.Mohd Zaid Bin Zahari selaku Timbalan Pengarah Latihan dan juga pengerusi EKSA ILP Kuantan bersama 28 orang pegawai. Lawatan tersebut adalah sebagai satu inisiatif bagi mendapatkan tanda aras untuk persijilan EKSA ILP Kuantan. Rombongan disambut oleh rakan sejawatnya di IKTBN Temerloh iaitu Tuan Haji Saiful Bahri Bin Abdul Hamid. Program lawatan dimulakan dengan taklimat EKSA bertempat di Bilik Mesyuarat Utama yang disampaikan oleh Puan Hazawati Zaafar selaku Ketua Penyelaras EKSA IKTBN Temerloh. Pelawat seterusnya dibawa melawat ke bengkel-bengkel latihan, kafeteria, asrama dan dewan makan. Lawatan yang bermula pukul pada 9 pagi itu tamat pada jam 4 petang.

 

Khamis, 25 October 2018 11:01

PROGRAM BINA TAKWA DIDIK ROHANI PELAJAR

Written by

Temerloh, 24 Oktober 2018 - Lebih 300 orang pelajar IKTBN Temerloh telah menghadiri program Bina Takwa anjuran bersama AJK Masjid Al-Taqwa, MPP, HEP & warga kerja IKTBN Temerloh semalam, antara pengisian aktiviti yang dijalankan ialah Solat Sunat Qiamullail, Kursus Pengurusan Jenazah, Sembelihan dan Aqiqah.

Antara matlamat utama program ini diadakan adalah untuk pembinaan diri ke arah pembentukan belia dan beliawanis bertaqwa. Ianya selaras dengan tuntutan Islam bagi melahirkan masyarakat beriman, sekaligus menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat yang memiliki ilmu pengetahuan dan sumber modal insan negara. Selain daripada itu juga, program ini diadakan bertujuan memupuk ukhuwah dikalangan peserta serta menambahkan ilmu asas fardhu kifayah.

Program dirasmikan oleh pengarah IKTBN Temerloh iaitu Dr.Mohd Yusoff Bin Abu Bakar.

Padang Besar, 21 Oktober 2018 - Kemampuan pelajar-pelajar Akademi Kemahiran Belia Motorsport IKTBN Temerloh terbukti di perlumbaan Rali Perlis yang berlangsung pada 20 dan 21 Oktober 2018. Pasukan teknikal tersebut yang dianggotai seramai 11 orang pelajar bertugas dalam pasukan MRU Motorsport. Dibahagikan kepada dua kumpulan dan bertanggungjawab mengendalikan penyelenggaraan terhadap dua buah kereta lumba kategori P12 4WD iaitu Proton Satria 2.0 Turbo dan Subaru Impreza 2.0 Turbo sepanjang perlumbaan berlangsung. 

Perlumbaan menyaksikan kereta Proton Satria yang dipandu oleh Mohamad Salehudin Mohamad Zahidi bersama Mohd Asyraf Anuar berjaya menduduki tangga ke 7 keseluruhan sementara kereta Subaru Impreza yang dipandu oleh Shazmie Ilias bersama Magendran Arunasalam gagal menamatkan perlumbaan setelah mengalami kerosakan enjin hanya beberapa ratus meter dari garisan penamat.

Rali Malaysia Perlis kali ini disertai oleh lebih daripada 30 buah kereta pelbagai kategori. Tempat pertama keseluruhan dimenangi oleh Rachmat dan Donny Wardono yang memandu Minsubishi Lancer Evolution juga dari pasukan MRU Motorsport, tempat kedua dimenangi oleh pasukan One Motorsport BDRT dengan kereta Subaru Impreza yang dipandu oleh Roduwan Rashid dan Mohd Faizal Tuah manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan MRU Motorsport dengan kereta Proton Gen2 yang dipandu oleh Karamjit Sing bersama Musa Sharif.

Temerloh, October 17, 2018 - English Corner Event (EcE) had successfully taken place, receiving over 100 participations through various games organized by English Club. The games that had been held were Test Your Knowledge, Crossword Puzzle, Scrabble, Spell-It-Right, Guess What's in The Box and Guess How Many Letters. Students and staffs were excitedly participating those games held and therefore the English Empowerment Initiative Program objective was directly met.

 

Temerloh, 13 Oktober 2018 - Sambutan Hari Sukan Negara yang telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun telah disambut meriah oleh warga IKTBN Temerloh. Sambutan ini yang merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena program tahunan itu seperti fun walk & fun ride 3 kilometer (km), acara bola tampar, dodge ball, bola jaring, sukaneka dan pelbagai lagi. Program yang bermula kira-kira pukul 8 pagi itu disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Dr. Mohd Yusoff Bin Abu Bakar.

Halaman 8 dari 10