Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Wakaf Tapai

IKBN Wakaf Tapai (235)

WAKAF TAPAI, 30 JANUARI 2019 – Berlangsungnya kerja-kerja penyelenggaraan tangki simbah di asrama Gemia menggunakan kepakaran pelajar-pelajar pemasangan paip sem 3 (1/2018).

WAKAF TAPAI, 28 JANUARI 2019 – Berlangsung satu lawatan ke IKBN Kemasik untuk perbincangan penyediaan video korporat.

WAKAF TAPAI, 28 JANUARI 2019 - Telah berlangsung pertandingan Pra kelayakan WSMB 2019, peringkat IKBN Wakaf Tapai.


Pertandingan Pra Kelayakan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat IKBN Wakaf Tapai telah diadakan pada 28 sehingga 29 Januari 2019. Seramai 60 orang peserta telah menyertai pertandingan yang melibatkan 4 bidang kemahiran iaitu Welding, Electrical Installations, Plumbing & Heating dan juga Fashion Technology. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memilih peserta yang terbaik bagi mewakili IKBN Wakaf Tapai pada Pertandingan WSMB Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

 

 

Di sediakan Oleh:

Ahmad Adzrimie Bin Adnan

 

 

 

WAKAF TAPAI, 27 JANUARI 2019 - Telah berlangsung kunjungan ke beberapa sekolah bagi tujuan Pengumpulan Data Pelajar yang mengikuti Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan MPV Di Negeri Terengganu.


Penolong Pengarah Cawangan Hubungan Industri & Unit Promosi IKBNWT telah membuat kunjungan ke beberapa sekolah bagi tujuan Pengumpulan Data Pelajar yang mengikuti Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan MPV di Negeri Terengganu. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Seberang Marang, Marang, SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu dan SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus. Kesemua data ini di kumpul bagi tujuan persiapan calon pelajar bagi pengambilan sesi 2/2019.

 

 

Di sediakan Oleh:

Ahmad Adzrimie Bin Adnan

 

 

 

WAKAF TAPAI, 24 JANUARI 2019 – Satu Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bilangan 1 dan Pelantikan Wakil Pekerja MBJ di IKBN Wakaf Tapai telah diadakan.

WAKAF TAPAI, 19 JANUARI 2019 – Berlangsung satu Program Jelajah Belia Terengganu Sejahtera Peringkat Daerah Hulu Terengganu bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu yang dirasmikan oleh YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan & NGO Negeri yang juga merangkap Adun Wakaf Mempelam.

WAKAF TAPAI, 17 JANUARI 2019 - IKBN Wakaf Tapai dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu telah mengadakan Kempen Derma Darah bagi Sesi 1/2019 bertempat di Bilik Seminar IKBN Wakaf Tapai.


Tujuan utama Kempen Derma Darah ini diadakan adalah mengisi tabung darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dalam usaha memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi. Kali ini sebanyak 80 pain darah telah berjaya dikumpulkan. Untuk makluman, program ini merupakan acara dwi tahunan bagi setiap sesi kemasukan di antara IKBN Wakaf Tapai dengan Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang.

5

 

Di sediakan Oleh:

Ahmad Adzrimie Bin Adnan

 

 

 

WAKAF TAPAI, 17 JANUARI 2019 – Berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Pengarah bersama Kakitangan dan Pelajar IKBN Wakaf Tapai anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) di Dewan Besar IKBN WT.

WAKAF TAPAI, 10 JANUARI 2019 – Kursus Training of Trainers telah diadakan pada 7 - 10/1/19 bertempat di bengkel Pendawaian Elektrik dan bengkel Penyelenggaraan Bangunan. Kursus berbentuk sharing knowledge dikendalikan oleh pengajar pakar IKBN Wakaf Tapai.

WAKAF TAPAI, 7 JANUARI 2019 – IKBN Wakaf Tapai telah menerima kemasukan pelajar baru bagi sesi 1/2019. Pelajar-pelajar baru mendaftar masuk ke IKBN Wakaf Tapai bermula jam 9.00 pagi tadi sehingga 12.30 tengahari.

Halaman 9 dari 17