Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Wakaf Tapai

IKBN Wakaf Tapai (235)

17 Disember 2019, Wakaf Tapai, Terengganu - Satu Pameran & Promosi Pengambilan Pelajar Sesi Januari 2020 Sempena Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan (Kssk) Siri 1/2019 telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

17 Disember 2019, Wakaf Tapai, Terengganu - Peperiksaan Akhir Teori Akhir Kertas 1 bagi Subjek Teknikal bagi Semeseter 1, 2, 3, 4 dan 5 telah di jalankan di Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai.

16 Disember 2019, Pulau Pinang - Team Robotik IKBNWT telah menyertai RC Robot Sumo Competition Penang 2019 (Peringkat Kebangsaan) pada 14 dan 15 Disember 2019 bertempat di 1st Avenue Mall, Pulau Pinang.

12 Disember 2019, Wakaf Tapai -Lawatan Penentusahan Pertauliahan terhadap peralatan dan kemudahan latihan serta Nota Latihan yang lengkap bagi pertauliahan IKBNWT sebagai Pusat Pertauliahan bagi Program SLDN dalam bidang Penyelenggaraan Bangunan.

10 Disember 2019, Marang - Satu Lawatan Kerja Bagi Tujuan Memorandum Persefahaman (MoU) oleh Pengarah IKBN Wakaf Tapai, Encik Zaini bin Abd Aziz bersama-sama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Hazri Nizam bin Zakaria serta beberapa orang pegawai telah diadakan di Syarikat Sub-Wed SDn. BHD. 

3

 

 

Sumber :

Normasrina binti Abu Bakar

Cawangan Pengurusan Kawalan dan Kualiti (CPKK)

08 Disember 2019, Kemaman - Satu Lawatan Program Intervensi ke Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu telah dilakukan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) yang diketuai oleh En. Mohd Badri bin Kamaruddin dengan kerjasama oleh Cawangan Perhubungan Industri (CHI) yang disertai oleh Pn. Nurul Huda binti Mohd serta kakitangan cawangan-cawangan tersebut.

03 Disember 2019, Wakaf Tapai - Satu Sesi Taklimat Latihan Industri bagi Sesi 1/2020 telah diadakan oleh Cawangan Hubungan Industri (CHI) yang diketuai oleh Puan Nurul Huda bin Mohd.

19 November 2019, PUTRAJAYA - MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PiCC) telah menyaksikan seramai 3 orang pelajar telah mengharumkan nama ILKBS dengan membawa pulang 2 pingat perak dan 1 gangsa di Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB). Keputusan yang di umumkan hari ini merupakan pencapaian yang cemerlang sejak penyertaan ILKBS dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB).

Halaman 3 dari 17