Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Tue, 01 Dec 2020 06:35:31 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT IKBN WAKAF TAPAI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3485-sambutan-hari-kemerdekaan-peringkat-ikbn-wakaf-tapai.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3485-sambutan-hari-kemerdekaan-peringkat-ikbn-wakaf-tapai.html

29 Ogos 2019 : Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat IKBN WAKAF TAPAI. Jabatan Teknologi Tekstil telah membuat penyerahan Secara Rasmi JALUR GEMILANG GERGASI PATHWORK hasil kerja tangan kreatif pelajar jurusan Pakaian Lelaki Semester 1, cetusan idea Ketua Jabatan Teknologi Tekstil.

Ukuran Jalur Gemilang Pathwork yang Di hasilkan ialah 14 kaki panjang Dan 7 kaki Lebar dan menggunakan Kepingan fabrik terpakai sebanyak 5062 Kepingan. Fabrik tersebut di tampal mengikut lakaran Jalur Gemilang dengan menggunakan teknik tampal dan jerumat. Semalam 5 HARI tempoh diambil untuk menghasilkan jalur gemilang ini. TAHNIAH pada Jabatan Teknologi Tekstil kerana berjaya menerapkan semangat cintakan negera Di kalangan pelajar.

#KBSMALAYSIA#sayangimalaysiaku#merdeka2019#TEAMHEP#jabatantekstil

13

 

 

Sumber :

Nurulakmar binti Alias

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Sat, 31 Aug 2019 11:25:26 +0800
BENGKEL KEMASKINI DAN KUNCI MASUK DOKUMEN TENDER PEROLEHAN PERALATAN LATIHAN BAGI RMK-11 ILKBS 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3484-bengkel-kemaskini-dan-kunci-masuk-dokumen-tender-perolehan-peralatan-latihan-bagi-rmk-11-ilkbs-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3484-bengkel-kemaskini-dan-kunci-masuk-dokumen-tender-perolehan-peralatan-latihan-bagi-rmk-11-ilkbs-2019.html

28 Ogos 2019 - Bengkel Kemaskini dan Kunci Masuk Dokumen Tender Perolehan Peralatan Latihan Bagi RMK-11 ILKBS 2019 telah berlangsung di IKTBN Sepang pada 26 - 30 Ogos 2019 dibawah Unit Pembangunan Dan Penyelenggaraan (UPP), BPKB.

IKBN Wakaf Tapai terlibat dengan Perolehan dan Fasiliti Latihan Berdasarkan Perubahan Pembesaran Kapasiti Latihan Bagi Bidang Elektrik, Kimpalan, Awam dan Jahitan. Wakil Jabatan Teknologi Elektrik, Mekanikal, Awam dan Tekstil dari IKBN Wakaf Tapai dibawah penyelarasan CPKK telah hadir untuk membuat semakan dan kemaskini spesifikasi peralatan dan mesin latihan bagi tujuan perolehan tender di bawah Kementerian.

12

 

 

Sumber :

Arfizzzan bin Zulkifli

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Sat, 31 Aug 2019 11:23:14 +0800
PILIHAN RAYA MPP IKBNWT 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3483-pilihan-raya-mpp-ikbnwt-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3483-pilihan-raya-mpp-ikbnwt-2019.html

27 Ogos 2019 - Bertempat di Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai, proses pembuangan undi bagi Pemilihan Calon Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Wakaf Tapai telah dijalankan.

Seramai 468 Pelajar IKBNWT (100%) telah membuang undi bagi memilih Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Wakaf Tapai 2019/2020 dengan mematuhi SOP Pemilihan yang telah di tetapkan oleh Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan (ILKBS).

#GreatFutureLeaders

#DemokrasiTerpimpinIKBNWT

#MenyantuniKhalifahtullah

#HolisticStudents

11

 

 

Sumber :

Cawangan Pengurusan Pelajar

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Sat, 31 Aug 2019 11:19:54 +0800
LAWATAN PENTAULIAHAN KURSUS PENDAWAIAN PW4 (DUA TAHUN) SECARA SEPENUH MASA DI IKBN WAKAF TAPAI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3482-lawatan-pentauliahan-kursus-pendawaian-pw4-dua-tahun-secara-sepenuh-masa-di-ikbn-wakaf-tapai.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3482-lawatan-pentauliahan-kursus-pendawaian-pw4-dua-tahun-secara-sepenuh-masa-di-ikbn-wakaf-tapai.html

27 Ogos 2019 - Lawatan Pentauliahan Kursus Pendawaian PW4 (Dua Tahun) Secara Sepenuh Masa di IKBN Wakaf Tapai.

Lawatan ini dihadiri oleh dua orang Pegawai dari Unit Kekompetenan Elektrik, Suruhanjaya Tenaga iaitu En. Abdul Razak bin Amin dan En. Mohamad Qhairil bin Safie serta seorang pegawai dari Unit Pentauliahan dan Peperiksaan, BPKB, KBS En. Muhrim bin Zainol. Lawatan ini adalah untuk memeriksa Pusat Bertauliah bagi Permohonan Pentauliahan Kursus Pendawaian PW4 (Dua Tahun) Secara Sepenuh Masa. Mesyuarat pembukaan dan penutup dipengerusi oleh En. Mohd Fauzi bin Haji Ariffin, Pengarah IKBN Wakaf Tapai. Pn Nik Noorhafizan binti Nik Osthman, Timbalan Pengarah (PL), CPKK, KB dan pengajar-pengajar Jabatan Elektrik telah memberikan kerjasama dan menunjukkan bukti dokumen, peralatan dan personel semasa lawatan tersebut berlangsung.

10

 

 

Sumber :

Normasrina binti Abu Bakar

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Sat, 31 Aug 2019 11:16:47 +0800
PERSEDIAAN WSMB JURUSAN PAIP (HEATING & PLUMBING) IKBN WAKAF TAPAI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3481-persediaan-wsmb-jurusan-paip-heating-plumbing-ikbn-wakaf-tapai.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3481-persediaan-wsmb-jurusan-paip-heating-plumbing-ikbn-wakaf-tapai.html

27 Ogos 2019, Wakaf Tapai - Menjelang hari pertandingan World Skill Malaysia Belia, wakil peserta dari Jurusan Paip (Heating & Plumbing) mempersiapkan diri dengan menjalankan aktiviti latihan bagi memastikan kejayaan sewaktu hari pertandingan. 

Pertandingan WSMB 2019 akan berlangsung pada 17 Oktober hingga 25 Oktober bertempat di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur Jenagor, Kuala Berang, Terenggganu. Wakil dari IKBN Wakaf Tapai ialah Wan Mohammad Amiruddin Bin Wan Suhaimi serta Syaiful hakimie bin Mohd Zulkifly dengan diselia oleh Pengurus WSMB  Plumbing & Heating  En. Jasni bin Abdullah manakala  Jurulatih En Mohd Abduh Bin Mohd Jaffar.

 .

9

 

 

Sumber :

Mohd Abduh bin Jaffar

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Sat, 31 Aug 2019 11:13:59 +0800
ENGLISH FOR FUTURE EMPLOYEES SESSION 2 IKBN WAKAF TAPAI @ UMT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3480-english-for-future-employees-session-2-ikbn-wakaf-tapai-umt.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3480-english-for-future-employees-session-2-ikbn-wakaf-tapai-umt.html

26th August 2019 ( Monday) - General Studies Department together with Center For Foundation And Continuing Education (PPAL), University of Malaysia Terengganu organized the English For Future  Employees Session 2 programme at University of Malaysia Terengganu from 8.00 am till 5.00 pm. 

This programme involved 50 students of IKBN Wakaf Tapai from semester 3 and 4. There were 4 lecturers from UMT who led the activities which are Puan Halimatus Sa'adiah Abdul Rahman, Puan Alyani Ayub, Puan Hafizah Abd Hamid and Encik Shamsuddin Awang. During the programme, the participants had the opportunity to improve their communication skills through the activities held. The programme completed by a presentation from each group about their products.

8

 

 

Sumber :

Siti Shahidatul Husna binti Jamel

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Sat, 31 Aug 2019 11:10:41 +0800
PROMOSI IKBNWT & PENGAMBILAN PELAJAR SESI JANUARI 2020 SEMPENA HARI KOMUNITI & KARNIVAL SUKAN SK JERONG, MARANG TERENGGANU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3439-promosi-ikbnwt-pengambilan-pelajar-sesi-januari-2020-sempena-hari-komuniti-karnival-sukan-sk-jerong-marang-terengganu.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3439-promosi-ikbnwt-pengambilan-pelajar-sesi-januari-2020-sempena-hari-komuniti-karnival-sukan-sk-jerong-marang-terengganu.html

Wakaf Tapai, 22 Ogos 2019 – Pihak IKBN Wakaf Tapai telah dijemput untuk menyertai pameran Sempena Hari Komuniti dan Karnival Sukan SK Jerong, Marang, Terengganu.

Pihak IKBN Wakaf Tapai telah menghantar beberapa orang pegawai iaitu Pn Musliana binti Mustafa selaku Ketua Unit Promosi Cawangan Hubungan Industri IKBNWT dan juga Encik Hassan Basri bin Yahya wakil Unit Pengambilan  dan Rekod Cawangan Pengurusan Pelajar. Turut serta adalah 2 orang pelajar INKUBATOR IKBN Wakaf Tapai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran kerjaya serta bidang yang ditawarkan di IKBN Wakaf Tapai serta mempromosikan produk-produk pelajar INKUBATOR.

7

 

 

Sumber :

Musliana Binti Mustafa

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Thu, 22 Aug 2019 15:14:08 +0800
PROMOSI IKBNWT DAN PENGAMBILAN PELAJAR SESI JANUARI 2020 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3438-promosi-ikbnwt-dan-pengambilan-pelajar-sesi-januari-2020.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3438-promosi-ikbnwt-dan-pengambilan-pelajar-sesi-januari-2020.html

Wakaf Tapai, 20 Ogos 2019 – Satu sesi promosi pengambilan pelajar sesi Januari 2020 telah diadakan pihak IKBN Wakaf Tapai.

Pihak IKBN Wakaf Tapai telah menghantar beberapa orang pegawai iaitu Pn Musliana binti Mustafa selaku Ketua Unit Promosi Cawangan Hubungan Industri IKBNWT dan juga Puan Zurairah binti Abd Aziz, Ketua Unit Pengambilan  dan Rekod Cawangan Pengurusan Pelajar. Aktiviti promosi IKBNWT dan pengambilan pelajar sesi Januari 2020 telah diadakan sempena Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Gabungan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu. Aktiviti kali ini telah diadakan di Stadium Negeri Terengganu bermula pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

 5

 

 

Sumber :

Musliana Binti Mustafa

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Wed, 21 Aug 2019 15:27:20 +0800
SESI PERBINCANGAN DAN PROMOSI PRODUK INKUBATOR TEKSTIL IKBN WAKAF TAPAI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3429-sesi-perbincangan-dan-promosi-produk-inkubator-tekstil-ikbn-wakaf-tapai.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3429-sesi-perbincangan-dan-promosi-produk-inkubator-tekstil-ikbn-wakaf-tapai.html

Wakaf Tapai, 8 Ogos 2019 – Satu sesi perbincangan berkaitan promosi produk INKUBATOR IKBN Wakaf Tapai telah berlangsung di Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof. 

Turut serta semasa perbincangan Puan Koh Mei Ching, Penolong Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, wakil IKBN Wakaf Tapai Pn.  Nik Noorhafizan binti Nik Osthman, TP(PL), Pn.  Nurulakmar binti Alias, Ketua Jabatan Teknologi  Tekstil dan peserta Inkubator  Cik Sharifah. Dalam perbincangan tersebut pihak Inkubator Tekstil di beri peluang untuk membuat promosi kraf semasa mesyuarat Pengurusan KBS. YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof amat berpuas hati dengan semua produk yang dihasilkan peserta Inkubator. Beliau turut memberi cadangan untuk meningkatkan promosi produk IKBN WT terutama menerusi sosial media. TAHNIAH pada team Inkubator Tekstil kerana berjaya menghasilkan produk kreatif bagi tujuan promosi IKBN WT dan ILKBS .

3

 

Sumber :

Nurulakmar Binti Alias Ketua

Jabatan Teknologi Tesktil

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Wed, 14 Aug 2019 14:43:50 +0800
EXIT CONFERENCE NAZIRAN GAJI DARI UNIT NAZIRAN JABATAN AKAUNTAN NEGERI TERENGGANU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3428-exit-conference-naziran-gaji-dari-unit-naziran-jabatan-akauntan-negeri-terengganu.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3428-exit-conference-naziran-gaji-dari-unit-naziran-jabatan-akauntan-negeri-terengganu.html

Wakaf Tapai, 14 Ogos 2019 – Telah berlangsung Mesyuarat Penutup (Exit Conference) Naziran Gaji oleh Unit Naziran Jabatan Akauntan Negeri Terengganu di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Wakaf Tapai. 

Majlis telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah IKBNWT En. Mohd Fauzi bin Hj Ariffin beserta pegawai dan kakitangan yang terlibat semasa audit gaji dijalankan. Untuk makluman Audit gaji bagi IKBNWT telah diadakan pada 21hb-22hb April yang lalu. Seramai 4 orang pegawai Jabatan Akauntan Negeri Terengganu telah hadir semasa sesi penutupan audit.

4

 

Sumber :

Unit Kewangan IKBN Wakaf Tapai

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Wakaf Tapai Wed, 14 Aug 2019 14:37:29 +0800