Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (266)

SERI ISKANDAR, 5 MEI 2021 – Majlis Khatam Al-Quran Peringkat IKBN Seri Iskandar telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Mei 2021 di Surau Ibnu Sina, IKBN Seri Iskandar, Perak. Majlis ini juga turut diadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk yang disertai oleh pegawai dan kakitangan IKBNSI serta AJK Surau Ibnu Sina, IKBNSI.


Majlis ini telah dihadiri oleh  Tn. Md. Isa bin Ibrahim (Pengarah IKBN Seri Iskandar) bagi merasmikan Majlis Khatam Al-Quran peringkat IKBN Seri Iskandar diiringi Pn.Nor Hazalina bt Noraini (Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar). Turut hadir sama adalah para pegawai dan kakitangan serta pelajar IKBN Seri Iskandar. Majlis tadarus dan Khatam Al-Quran ini telah dipimpin oleh Ustaz Syaharum bin Abdullah Sani.

“Alangkah ruginya jika kita tidak membaca al-Quran sepanjang bulan ini, apa lagi pada malam Nuzul al-Quran ini. Sebaik-baiknya marilah kita khatam kitab suci ini sekurang-kurangnya sekali bagi merebut ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan Allah,”

#MajlisKhatamAlQuranPeringkatIKBNSI2021

#RamadhanIKBNSI2021

SERI ISKANDAR, 28 APRIL 2021 – Program Semarak Kasih Ramadhan telah berlangsung dengan jayanya pada 28 April 2021 di IKBN Seri Iskandar, Perak. Program ini diadakan seiring dengan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) di bawah kategori kemahiran dan khidmat masyarakat.


Program ini telah dilaksanakan melalui aktiviti menyediakan bahan dan memasak bubur lambuk dan bubur jagung. Para peserta terlibat seterusnya membuat edaran bubur lambuk dan bubur jagung secara percuma kepada komuniti sekitar Seri Iskandar. Lokasi edaran bertempat di Stesen Petronas Bandar Universiti, Seri Iskandar. Pihak IKBN Seri Iskandar merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengurus Stesen Petronas Bandar Universiti, Pn. Sharifah bt Zainuddin berserta para pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung  di atas kerjasama dalam menjayakan program ini.

Terima kasih Petronas Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak!!!

#AnugerahRemajaPerdana

#RamadhanIKBNSI2021

SERI ISKANDAR, 29 MAC 2021 – Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Encik Mohd Iqbal Bin Mohd Nor hari ini memulakan lawatan kerja sulungnya ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak pada 29 Mac 2021 jam 10.00 pagi di Dewan Dato Maharajalela.


Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini Pengarah, Cawangan Perancangan Dan Pengurusan Kualiti (PMO), Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Pengarah, IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Encik Amir-Kharul Bin Daud dan seluruh warga IKBN Seri Iskandar.

Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat dari Pengarah, IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim mengenai latar belakang pembukaan IKBN Seri Iskandar dan pencapaian yang telah diperolehi. Disusuli pula ucapan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Encik Mohd Iqbal Bin Mohd Nor yang dimana beliau banyak memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada para pelajar di mana bidang kemahiran merupakan peluang kerjaya pihak industry perlukan terutama perubahan teknologi revolusi 4.0.

Di samping itu juga, beliau mengadakan sesi dialog bersama para hadirin yang hadir pada majlis ini dan kakitangan serta para pelajar mengambil peluang ini untuk  mengajukan beberapa persoalan. Beliau juga telah dibawa melawat ke bahagian pentadbiran, bengkel dan fasiliti serta bersemuka bersama wakil perwakilan pelajar (MPP) di bilik mesyuarat.

Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dengan sesi bergambar bersama para hadirin yang hadir di lobi pentadbiran.

SERI ISKANDAR, 29 MAC 2021 – Timbalan Menteri, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Senator Wan Ahmad Fayshal Bin Wan Ahmad Kamal hari ini memulakan lawatan kerja sulungnya ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak pada 29 Mac 2021 jam 10.00 pagi di Dewan Dato Maharajalela.


Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Encik Mohd Igbal Bin Mohd Nor, Yang Berhormat Exco Belia Dan Sukan Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak, Encik Mohd Amin Bin Abd. Hadi, Pengarah, IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, Encik Mohd Saufi Bin Ibrahim, Agensi-Agensi Kerajaan sekitar Perak Tengah, kakitangan dan para pelajar memenuhi ruang dewan.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengarah, IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim dan disusuli dengan ucapan Yang Berhormat Senator Wan Ahmad Fayshal Bin Wan Ahmad Kamal yang menekankan pembelajaran dan penguasaan teknologi baru 4.0 untuk memenuhi pasaran industri dan sekaligus merasmikan gimik perasmian dengan menanam pokok dan tandatangan pada plak.

Di samping itu juga, beliau mengadakan sesi dialog bersama para hadirin yang hadir pada majlis ini dan kakitangan serta para pelajar mengambil peluang ini untuk  mengajukan beberapa persoalan. Beliau juga telah dibawa melawat ke tapak pameran setiap jurusan di mana mempamerkan projek inovasi yang dihasilkan oleh para pelajar dan pengajar yang telah memenangi anugerah dalam pertandingan inovasi.

Beliau juga berkesempatan melawat tapak kebuniti yang menghasilkan beberapa tanaman terutamanya sayur-sayuran seperti cili, sawi dan bayam. Projek kebuniti ini adalah di bawah selian Cawangan Pengurusan Pelajar dan dibantu para pelajar di mana tanaman ini menggunakan bekas khas. Lebih kurang 200 bekas yang terdapat di kebuniti ini dengan pelbagai hasil tanaman.

Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi dengan sesi bergambar bersama para hadirin yang hadir di tapak projek kebuniti.

SERI ISKANDAR, 22 April 2021 - Penularan kes wabak Covid-19 ketika ini tidak menjadi penghalang kepada kejayaan Program Jom Bersama Untuk Membaca 10 Minit 2021  yang telah diadakan secara serentak di seluruh negara.


Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2021 yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, IKBN Seri Iskandar merupakan pertama kali diadakan di jabatan ini dan telah berjaya menarik minat seluruh warga IKBN Seri Iskandar untuk menyertai program tersebut.

Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak, En. Md Isa bin Ibrahim berkata Program Jom Baca seumpama ini telah memberikan impak  yang positif kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenai kepentingan membudayakan amalan membaca di dalam kehidupan.

Menurut beliau lagi, “Program ini perlu diteruskan di jabatan ini kerana mampu menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu terhadap masyarakat umum pada masa kini. Program ini juga amat menarik dan unik kerana ketika seluruh dunia  masih berhadapan dengan penularan wabak Covid- 19, namun program ini masih tetap dapat dijayakan secara serentak di seluruh Malaysia bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia,” katanya ketika di dalam ucapan di akhir program tersebut.

Menceritakan perjalanan aktiviti yang akan diadakan, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan IKBN Seri Iskandar, Puan Noor Azriyantie binti Mohd Azhar berkata, pelbagai aktiviti yang akan diadakan bersempena Program Jom Baca 2021@ IKBNSI. Seluruh warga IKBN Seri Iskandar  akan dijemput untuk menyertai aktiviti – aktiviti yang akan diadakan bermula pada 22 April 2021 sehingga 7 Mei 2021. Pelbagai hadiah yang menarik turut disediakan.

SERI ISKANDAR, 12 APRIL 2021 Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan delegasi seramai 21 orang dari Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak pada 12 April 2021 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela.


Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di jabatan ini.  Delegasi telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Latihan EKSA IKBNSIP iaitu Encik Mohmad Khairi Bin Abdul Rahman.

Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBNSIP seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.

Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing

SERI ISKANDAR, 10 April 2021 – Program Karnival Sukan TVET – Kejohanan Badminton Tertutup IKBN Seri Iskandar telah berlangsung dengan jayanya pada 10 April 2021 di gelanggang badminton Dewan Dato’ Maharajalela IKBN Seri Iskandar, Perak. Kejohanan sukan badminton ini dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Seri.


Program ini telah dirasmikan oleh EXCO Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak (YB En. Khairul Shahril bin Mohamed) disaksikan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar (Tn. Md. Isa bin Ibrahim).  

Kejohanan ini telah disertai seramai 16 Regu (Kategori Veteren) dan 32 Regu (Kategori Terbuka) yang terdiri daripada masyarakat komuniti di sekitar daerah Perak Tengah. Hadiah bagi Juara Kejohanan untuk kedua-dua kategori telah menerima wang tunai sebanyak RM700 dan Naib Juara sebanyak RM500. Bagi tempat ke-3 dan ke-4 wang tunai sebanyak RM150 telah diberikan kepada setiap pemenang.

Syabas dan tahniah IKBNSIP…!!!

SERI ISKANDAR, 12 APRIL 2021 – Majlis ini telah berlangsung pada 12 April 2021 bertempat di Hotel Tenara, Bangi Selangor peringkat Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Ianya disempurnakan selaras dengan saranan Kerajaan agar semua SOP dalam tempoh PKPP ini dipatuhi.


Pada tahun ini seramai 4 orang pegawai dan kakitangan Institut kemahiran Belia Negara Seri Iskandar  telah menerima APC secara atas talian di Bilik Mesyuarat Utama yang dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama penerima APC iaitu Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Pengurusan Latihan, Puan Siti Azira Binti Samsudin, Pengajar Jabatan Kejuruteraan Teknologi Elektrik Elektronik, Puan Noraini Binti Shafee, Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan dan Encik Azizul Bin Mansor, Cawangan Pembangunan Fasiliti Aset.

Pematuhan seperti penjarakan sosial serta amalan memakai penutup hidung dan mulut masih diteruskan sepertimana arahan pihak Pengurusan Tertinggi IKBN Seri Iskandar.

Menyingkap asas pelaksanaan APC untuk perkhidmatan awam, ianya dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012 – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai.

Merujuk kepada pekeliling tersebut, pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada penerima APC tahun 2020.

SERI ISKANDAR, 9 APRIL 2021 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan 2021 telah disempurnakan oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar. Majlis ini telah diadakan pada 9 April 2021 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajela.


Beliau menekankan semangat berpasukan, gotong royong, ringan tulang dan semangat menyumbang tanpa berkira kepada setiap Ahli Kelab. Selain itu, beberapa aktiviti seperti penyampaian sijil penghargaan kepada Jawatankuasa KESKEB IKBN Seri Iskandar sesi 2019-2020. 

Seramai  Ahli 40 telah hadir bagi memilih Jawatankuasa Kelab Sesi 2020-2021. Sebanyak 7 posisi dalam jawatankuasa telah dipertandingkan dan baki 5 posisi jawatankuasa akan dilantik dalam mesyuarat jawatankuasa kelab yang akan datang. Encik Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor telah dilantik sebagai Yang Dipertua KESKEB bagi Sesi 2021-2022.

IKBN SERI ISKANDAR, 4 MAC 2021 (Khamis) - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang diketuai oleh Dr. Nabihah Binti Salih (Pensyarah daripada Mechanical Engineering Department) dan Pn. Hamizatul Azura Binti Hamzah (Pelajar yang sedang mengikuti pengajian Phd. di Mechanical Engineering Department, UTP).


Pihak institut sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak UTP. Sebagaimana kita sedia maklum, UTP merupakan sebuah universiti swasta yang terkemuka bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat antarabangsa. Tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan peluang kerjasama strategik di antara IKBNSIP dan UTP di mana IKBNSIP akan menyediakan kemudahan fasiliti dan konsultasi bagi tujuan penyelidikan oleh pelajar pascasiswazah UTP khususnya bagi penyelidikan berkaitan Oil & Gas Piping Vibration. Pihak UTP pula akan menyumbang kepakaran mereka dengan membantu dalam peningkatan profesional pengajar IKBNSIP dengan memberikan latihan dan taklimat dalam teknik pembangunan projek inovasi secara sistematik serta panduan penulisan ilmiah dan penyelidikan kepada tenaga pengajar dan pelajar IKBNSIP.

Semoga kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya seterusnya mengeratkan lagi hubungan strategik di antara kedua-dua belah pihak seterusnya dapat memartabatkan TVET dimata dunia.

Halaman 1 dari 19