Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (225)

SERI ISKANDAR,  30 JUN 2020  – Kursus telah diadakan di Makmal Komputer pada 29-30 Jun 2020. Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dengan lebih terperinci kepada ahli jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar supaya dapat menjalankan tugas audit dengan cara dan etika yang betul. Penceramah adalah Cik Yeow Ying Ying merupakan Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam pengauditan ini.


Seramai 20 orang juruaudit dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar yang terlibat dalam kursus tersebut. Topik ini melibatkan kriteria-kriteria audit EKSA mengikut kehendak dari MAMPU. Para peserta kursus di bawa setiap zon dan tempat bagi melihat dan praktikal tatacara pengauditan dijalankan.

Pada hari kedua, para peserta dibawa ke bilik mesyuarat untuk pembentangan dan perbincangan setiap penemuan yang ada. Seterusnya majlis penutuapan kursus diadakan. Semoga kursus yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikan semasa menjalankan pengauditan mengikut kehendak EKSA MAMPU

SERI ISKANDAR,  26 JUN 2020  – Kursus Sistem E-Kampus telah diadakan di Makmal Komputer pada 25-26 Jun 2020. Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan pelaksanaan sistem e-kampus kepada pemilik modul baru dan sedia ada agar sistem e-kampus dapat berjalan lancar di samping juga menangani sebarang isu yang timbul semasa menggunakan sistem ini.


Penceramah adalah Pn. Hjh. Adaniah Bt Muhamad Radzai merupakan Pengajar Sistem E-kampus IKBN Seri Iskandar dan dibantu oleh pemilik-pemilik modul. Seramai 26 orang yang terlibat dalam kursus tersebut merangkumi semua pemilik modul.

Semoga kursus yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan kepada semua pemilik modul agar sistem e-kampus berjalan lancar

SERI ISKANDAR, 18 JUN 2020 - Majlis Perpisahan Pegawai dari Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 18 Jun 2020 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Majlis dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan kakitangan memenuhi ruang bilik mesyuarat.


Majlis ini diadakan bagi meraikan Puan Sharimah Bin Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir, Gred – N32 diatas pertukarannya ke Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak yang berkuatkuasa pada 22 Jun 2020.

Dalam menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberi oleh beliau yang pernah berkhidmat selama 2 tahun di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sebelum ini, urusetia majlis telah menyediakan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau yang akan bertugas di tempat baru.

SERI ISKANDAR, 17 JUN 2020  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 17 Jun 2020 jam 08.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat batu bahu jalan di bahagian pintu masuk utama hingga kawasan Dewan Dato Maharajalela.

Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim.

SERI ISKANDAR,  10 JUN 2020  – EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Ia diterajui oleh pihak MAMPU ( Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam serta bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya melahirkan idea dan kreativiti dan inovasi.


Sehubungan dengan itu, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar mengambil aniasitif dengan membuat penjenamaan semula EKSA di organisasi ini untuk membolehkan ianya dapat meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau, memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

Gimik pelancaran pelaksanaan EKSA baru telah dilancarkan pada 10 Jun 2020 dengan penonjolan imej baru EKSA menandakan pelaksanaan amalan EKSA berkongsep baru bermula. Diharapkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar meneruskan pengamalan ini agar organisasi akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, persekitaran yang selamat, bersih dan memenuhi kepuasan pelanggan.

SERI ISKANDAR, PERAK, 16 MAC 2020  – Barisan panel Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) 2020 yang diketuai oleh Tn Hj Zahari Bin Jusoh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, ILP Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan Penilaian AIT 2020 hari ini ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar Perak.

SERI ISKANDAR, 12 MAC 2020 – Isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan perkara terpenting di dalam sesebuah organisasi samada di dalam sektor kerajaan atau swasta. Menyedari kepentingan itu, Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran IKBN Seri Iskandar telah bertanggungjawab untuk mengadakan Latihan Keselamatan Kebakaran Pengungsian Bangunan pada 11 Mac 2020 dan ini merupakan latihan yang tahunan.

SERI ISKANDAR, 3 MAC 2020 – Audit Pengawasan ISO 9001:2015 bagi tahun ke-2 di IKBN Seri Iskandar, Perak telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 Mac 2020. Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat merupakan Juruaudit yang telah dilantik oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. untuk melaksanakan keseluruhan proses penilaian terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 di IKBN Seri Iskandar, Perak pada tahun yang ke 2 ini.

SERI ISKANDAR, 28 FEBRUARI 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI)  telah mengadakan Program Ceramah Agama pada 28 Februari 2020 Jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama kakitangan dan pelajar sambil membaca surah Yassin dan tahlil bagi mukadimah majlis.


 

Program ceramah ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Sahsiah Dan Kerohanian, Cawangan Pengurusan Pelajar.

Objektif program ialah untuk memupuk budaya mencari ilmu agama di kalangan pegawai dan kakitangan serta para pelajar menerusi aktiviti ceramah, memantapkan keberkesanan aktiviti dakwah kepada pegawai dan kakitangan awam, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dan integriti dalam perkhidmatan awam melalui ceramah agama Islam dan melaksanakan usaha penerapan nilai-nilai Islam agar terus ditingkatkan dengan licin, teratur dan sempurna.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Nurul Kamal Bin Zulkarnain yang merupakan pendakwah bebas. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah berkaitan “Akhlak Pemangkin Jati Diri Muslim”. 

SERI ISKANDAR, 19 Februari 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah mengadakan pilihanraya bagi urusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2020/2021. Pilihanraya ini telah diadakan pada 19 Februari 2021 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MPP Sesi 2020/2021, proses pemilihan MPP telah dijalankan mengikut penyelarasan yang telah dibuat oleh pihak pentadbiran.

Beliau berkata proses pengundian yang diadakan bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah berjalan lancar tanpa ada apa-apa perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, Puan Siti Hajar Bt. Sulaiman berkata, proses pengundian berjalan lancar walaupun tahun ini merupakan tahun pertama diuruskan sepenuhnya oleh pelajar.

“Saya berharap dan saya mahu melihat saudara dan saudari yang terpilih ini menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menyampaikan suara dan pandangan pelajar kepada pihak pengurusan.

“Jalankanlah tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab,”

Halaman 1 dari 17
 
Find us on Facebook
Follow Us