Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (189)

SERI ISKANDAR, 11 JANUARI 2018 - Dalam usaha memupuk budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengadakan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan IKBNSI 1/2018 yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Bertemakan `Bersama Membina Budaya Pencegahan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Melalui Intervensi Positif’ program dapat meningkatkan kesedaran berkaitan peranan penting semua pihak dalam membentuk budaya pencegahan kemalangan melalui intervensi secara positif.

SERI ISKANDAR, 3 JANUARI 2018 - Seramai  53 orang pelajar baru telah melaporkan diri ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 1/2018. Majlis ini telah berlangsung pada 3 Januari 2018 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela.

SERI ISKANDAR, 20 DISEMBER 2017 – Perjumpaan bersama YS Pengarah, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar , En. Md. Isa Bin Ibrahim telah diadakan pada 20 Disember 2017 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Turut hadir sama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kahrul Bin Daud dan Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A. Raman Bin Musbah bersama para pegawai dan kakitangan.

SERI ISKANDAR, 19 DISEMBER 2017 – Seramai 20 orang kakitangan terdiri daripada pegawai P&P dan kakitangan bahagian kewangan & perolehan IKBN Seri Iskandar telah turut serta dalam taklimat e-perolehan modul sebutharga dan tender yang diadakan di Makmal Komputer pada 19 Disember baru-baru ini. Taklimat sehari ini dianjurkan oleh Unit Kewangan IKBN Seri Iskandar, bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan Sistem e-Perolehan Baharu kepada kakitangan IKBN Seri Iskandar khususnya yang terlibat dalam aktiviti perolehan. 

Selasa, 12 December 2017 14:46

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

Written by

SERI ISKANDAR, 12 DISEMBER 2017 - Peperiksaan penting seperti Peperiksaan Akhir Semesta memerlukan persedian lebih daridapa sekadar membaca semata-mata.  Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

SERI ISKANDAR, 13 NOVEMBER 2017 – Program Kreativiti @ Komuniti atau K@K ini adalah satu usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dalam mencungkil bakat serta kreativiti masyarakat, khususnya di luar bandar. Objektif program adalah bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat, meningkatkan kepakaran serta kreativiti pelajar/belia luar bandar. Selain itu, ia juga melahirkan generasi pelapis dalam industri kandungan kreatif dan seterusnya meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar mengenai hasil industri kandungan kreatif bagi memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Isnin, 20 November 2017 09:11

BENGKEL PROGRAM EREZEKI

Written by

SERI ISKANDAR, 20 NOVEMBER 2017 - Di arena internet, terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan tambahan, termasuk melalui laman-laman yang menawarkan tugasan mudah seperti Fiverr dan sebagainya. Terkini, dalam usaha memperkaya ekonomi digital pengguna tempatan, pihak MDeC turut hadir dengan sebuah perkhidmatan khusus dinamakan sebagai eRezeki, sekaligus memudahkan belia tempatan untuk menjana pendapatan tambahan melaluinya.

SERI ISKANDAR, 16 NOVEMBER 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 40 orang pegawai dan kakitangan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

SERI ISKANDAR, 14 NOVEMBER 2017 - Bahasa Inggeris seperti yang diketahui merupakan bahasa antarabangsa yang penting untuk berkomunikasi malah ia juga aset paling mustahak yang perlu dipelajari oleh generasi muda dalam era globalisasi masa kini.

SERI ISKANDAR, 9 NOVEMBER 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Halaman 9 dari 14
 
Find us on Facebook
Follow Us