Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (180)

SERI ISKANDAR, 22 JUN 2019  – Lebih 300 orang khususnya pelajar dan staf membanjiri Dataran Astaka, IKBN Seri Iskandar sempena KARNIVAL Sukan Dalaman 2019.

Karnival sehari anjuran Bahagia Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Karnival Sukan Dalaman IKBN Seri Iskandar Tahun 2019 pada 22 Jun 2019 jam 08.00 pagi bertempat di Dataran Astaka.

SERI ISKANDAR, 15 JUN 2019  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

SERI ISKANDAR, 11 JUN 2019 – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019 telah diadakan di Dewan Dato Maharajalela, IKBN Seri Iskandar. Program anjuran Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan IKBN Seri Iskandar ini merupakan aktiviti tahunan yang di nanti-nantikan pada bulan Syawal ini. Seperti kebiasaannya setiap unit/bahagian dan jabatan diminta membuka gerai-gerai juadah dan dibahagikan mengikut menu hidangan yang ditetapkan.

IKBN SERI ISKANDAR, 27 MEI 2019 – Program Ihya Ramadan 2019 telah berlangsung pada 24 Mei 2019 jam 10.30 pagi bertempat di Surau Ibnu Sina, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar.

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah disamping dapat memberikan kesedaran, pengajaran dan dapat meningkatkan serta membudayakan penghayatan Ramadhan selain dapat mengeratkan lagi ukhwah antara warga staf. 

IKBN SERI ISKANDAR, 20 MEI 2019 – Program Ihya Ramadan 2019 telah berlangsung pada 17 Mei 2019 jam 10.30 pagi bertempat di Surau Ibnu Sina, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar.

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah disamping dapat memberikan kesedaran, pengajaran dan dapat meningkatkan serta membudayakan penghayatan Ramadhan selain dapat mengeratkan lagi ukhwah antara warga staf.

SERI ISKANDAR, 13 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk Dan Iftar Ramadhan sempena Bulan Ramadhan 2019 pada 11 Mei 2019 jam 9.30 pagi bertempat di Masjid As-Siddiq, SIDEC Seri Iskandar. Program ini adalah anjuran bersama di atas sumbangan dari pihak KESKEB Kakitangan IKBN Seri Iskandar, Koperasi, Majlis Perwakilan Pelajar dan Warga IKBN Seri Iskandar serta kerjasama dari pihak Jawatankuasa Masjid As-Siddiq, SIDEC yang diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri.

SERI ISKANDAR, 12 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah menganjurkan satu kursus CIDB Green Card buat kali ke-1 bersama penceramah dari wakil CIDB Perak. Dalam ceramah beliau, beliau telah menerangkan tentang akta-akta keselamatan didalam sektor pekerjaan khususnya melibatkan keselamatan didalam bengkel dan melindungi pekerja jika berlaku sebarang kecelakaan didalam pekerjaan.

SERI ISKANDAR, 9 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menganjurkan Ceramah Kerjaya pada 9 Mei 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Ceramah Kerjaya telah disampaikan oleh wakil Syarikat Comsale Malaysia Sdn.Bhd iaitu En. Yugash Chandramohan, Bahagian Sumber Manusia.

SERI ISKANDAR, 6 MEI 2019 - Sempena bulan Ramadhan ini, IKBN Seri Iskandar turut mengambil inisiatif mengadakan program tadarus al-Quran di kalangan kakitangan dan Pelajarnya.

Selasa, 07 May 2019 16:35

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN

Written by

SERI ISKANDAR, 7 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar hari ini membuka ruang seluasnya kepada pelajar untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan IKBNSI dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada hari Selasa Minggu Pertama setiap bulan.

Halaman 2 dari 13
 
Find us on Facebook
Follow Us