Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (184)

SERI ISKANDAR, 27 APRIL 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah dihadiri pegawai dari Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia bagi tujuan Penilaian Institut Kemahiran Belia Dan Sukan Malaysia Terbaik Tahun 2017 pada 25-26 April 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat. Pasukan pengauditan ini diketuai oleh Tn. Hj. Borhan Bin Harman, Timbalan Pengarah, Cawangan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT ) Cyerberjaya bersama tiga (3) pegawai dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

PULAU PINANG, 26 APRIL 2017- Institut Kemahiran Belia Negara Seri (IKBN) Seri Iskandar telah menyertai buat kali pertamanya dalam Penang Invention, Innovation And Research Design Platform (PIID2017). Sebanyak 169 produk telahiadili dari lebih 1183 peserta yang hadir. Pameran dan pertandingan ini telah menghimpunkan produk inovasi yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah menengah.

SERI ISKANDAR, 19 APRIL 2017 - Bertempat di Padang Kawad pada hari Selasa, 18 April 2017 jam 3.00 petang telah berlangsung satu Taklimat Kesedaran Pencegahan Kebakaran yang dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar sempena program anak angkat. Program ini telah dibantu oleh pegawai dan kakitangan Cawangan Pengurusan Pelajar bagi pendedahan tindakan awal sekiranya berlaku kebakaran.

SERI ISKANDAR, 30 MAC 2017 – Mesyuarat Agong Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan IKBN Seri Iskandar kali ke 10 sesi 2016/2017 telah diadakan pada 29 Mac 2017 jam 3.00 petang di Hotel D’Mall Seri Iskandar, Perak. Sesi pendaftaran dan penyerahan cenderahati kepada ahli-ahli kelab telah dimulakan pada jam 2.30 petang.

Selasa, 21 March 2017 11:20

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN MAC 2017

Written by

SERI ISKANDAR, 20 MAC 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan Mac 2017 pada 17 Mac 2017 jam 08.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Kejuruteraan Teknologi Elektroik Industri Elektrik (JKTEE) kelolaan Pn. Nordalilah Binti Yusoff.

SERI ISKANDAR, 20 MAC 2017 - Teknik-teknik penyelenggaraan dan konfigurasi server adalah suatu hal yang harus dikuasai agar dapat menyelenggara server sekiranya berlaku masalah. Selain itu, dapat mengetahui aturan koding yang harus dipelajari bagi setiap komponen peralatan yang terdapat di dalam rak server bagi kerja-kerja penyelenggaraan server.

SERI ISKANDAR, 16 MAC 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan Pelajaran Negeri Perak pada  15 Februari 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 8 orang.

SERI ISKANDAR, 16 MAC 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pertak, Selangor pada  15 Februari 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 20 orang. Rombongan ini diketuai oleh Pn. Suraya Binti Sulaiman,Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Rabu, 15 March 2017 11:10

PROGRAM ANAK ANGKAT

Written by

SERI ISKANDAR, 15 MAC 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menganjurkan program Anak Angkat di bawah anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar pada 14 Mac 2017 jam 2.00 petang di Dewan Dato Maharajalela. Program Anak Angkat ini menjadi medium terbaik untuk pelajar berinteraksi dengan kalangan kakitangan yang dijadikan keluarga angkat, di samping memberikan khidmat bakti.

Selasa, 28 February 2017 15:54

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN STOR ( SPS )

Written by

SERI ISKANDAR, 28 FEBRUARI 2017 – Bagi meningkat kemahiran dan pengurusan stor yang berkesan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Belia Dan Sukan telah mengadakan Bengkel Sistem Pengurusan Stor ( SPS ) pada 27-28 Februari 2017 jam 8.30 pagi bertempat di Makmal Komputer, IKBN Seri Iskandar.

Halaman 11 dari 14
 
Find us on Facebook
Follow Us