Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (184)

SERI ISKANDAR, 31 JANUARI 2017 - Baru-baru ini, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan kerja dari YBrs. DR. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia pada 27 Januari 2017 jam 3.00 petang di Dewan Dato Maharajalela. Rombongan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari ibu pejabat dan disambut oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar serta pegawai-pegawai dan kakitangan IKBN Seri Iskandar.

SERI ISKANDAR, 24 JANUARI 2017 –   Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Minggu Keselamatan Dan kesihatan Pekerja pada 19 hingga 20 Januari 2017 bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah berlangsung selama dua (2) hari dipenuhi pelbagai aktiviti dianjurkan seperti Ceramah dari Jabatan Penjara, Bt. Gajah, Polis Diraja Malaysia Perak Tengah, Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar, Agensi Dadah Kebangsaan, Pusat Pemulihan Akhlak, Bt. Gajah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan disusuli dengan demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar dan Asas Pertolongan Cemas oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Seri Iskandar.

JUMAAT, 16 JANUARI 2017 - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bagi bulan Januari 2017 telah diadakan pada 13 Januari 2017 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 1/2017.

KHAMIS, 5 JANUARI 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung pendaftaran pelajar baru sesi 1/2017 seramai 14 orang pelajar yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 1 orang perempuan dalam bidang Elektronik Industri pada 4 Januari 2016. Program ini telah berlangsung pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar yang turut dihadiri oleh ibu bapa yang melibatkan penerangan berkaitan asrama dan peraturan-peraturan institut.

PARIT, 13 DISEMBER 2016Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar mengambil inisiatif dengan mengadakan Klinik EKSA kepada agensi / jabatan luar yang memerlukan panduan dan tunjuk ajar dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di agensi sendiri merangkumi cara-cara penyediaan dokumen. Program ini telah diadakan di Klinik Pergigian Parit pada 9 Disember 2016 jam 9.00 pagi.

 

SERI ISKANDAR, 14 DISEMBER 2016 - Peperiksaan penting seperti Peperiksaan Akhir Semesta  memerlukan persedian lebih daridapa sekadar membaca semata-mata.  Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

SERI ISKANDAR, 5 DISEMBER 2016 -      Baru-baru ini Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menyertai Kejohanan Sukan IKTBN/IKBN/AKBG Semalaysia Kali Ke-30 di Institut Kemahiran Belia Negara Naka, Kedah pada 17-19 Oktober 2016. Seramai 40 atlet termasuk pegawai telah menyertai kejohanan tersebut merangkumi empat(4) acara sukan dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton Campuran dan Sepak Takraw.

Rabu, 23 November 2016 14:44

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Written by

SERI ISKANDAR, 23 NOVEMBER 2016 - Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

SERI ISKANDAR, 18 NOVEMBER  2016 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu ADTEC Taiping, Kolej Komuniti Pasir Salak Dan Hospital Slim River pada  16 November  2016 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

SERI ISKANDAR, 4 NOVEMBER 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Karnival Gerbang Kerjaya 2016 dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara IKBN Seri Iskandar dengan pihak Industri pada 3 November 2016 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Gerbang Kerjaya kali ini merupakan kerjasama di antara IKBN Seri Iskandar dengan Pusat Kerjaya Amanjaya.

Halaman 12 dari 14
 
Find us on Facebook
Follow Us