Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (197)

SERI ISKANDAR, 31 OGOS 2016 - Sambutan sempena Hari Kemerdekaan ke -59 pada 31 Ogos 2016, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat dalaman pada 30 Ogos 2016 di Dewan Dato Maharajelela pada jam 10.00 pagi dengan meriah. Turut hadir di majlis ini, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. Jasalilawadi Bin Jahi, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar serta seluruh warga kerja dan pelajar membanjiri ruang dewan.

SERI ISKANDAR, 18 OGOS 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak telah menerima lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh pada 18 Ogos 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Lawatan penandarasan ini diketuai oleh Mohd Yusoff Bin Gundei bersama 5 kakitangan dan turut hadir sama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama semua jawatankuasa Induk EKSA.

SERI ISKANDAR, 18 OGOS 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak telah menerima lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh pada 18 Ogos 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Lawatan penandarasan ini diketuai oleh Mohd Yusoff Bin Gundei bersama 5 kakitangan dan turut hadir sama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama semua jawatankuasa Induk EKSA.

SERI ISKANDAR, 8 OGOS 2016 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

SHAH ALAM, 15 JUN 2016 - IKBN Seri Iskandar mengadakan lawatan kerja dan perbincangan MOU ke Syarikat Panasonic Indsutrial Devices (M) Sdn. Bhd pada 10 Jun 2016 jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Shazrina Binti Sulaiman, Ketua Cawangan Hubungan Industri bersama En. Muhamad Bin Ibrahim, Unit Hubungan Industri dengan kerjasama Pn. Nordalilah Binti Yusof, Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

SERI ISKANDAR, 16 JUN 2016 - Minggu Peperiksaan Akhir Semesta 1 Sesi 1/2016 yang bermula 13-24 Jun 2016 yang sedang berjalan merupakan sebuah garis penentu kepada masa depan para pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI). Dengan itu, para pelajar masing-masing mengatur strategi dengan mengulangkaji pelajaran, mencari kertas-kertas soalann semesta lalu dan mengadakan perbincangan secara berkumpulan.

SERI ISKANDAR, 6 JUN 2016 - Julung-julung kalinya, Jabatan Teknologi Maklumat telah menganjurkan Pertandingan Filem Pendek 2016 pada 3 Jun 2016 di Studio Multimedia jam 9.00 pagi kepada para pelajar semesta akhir Jurusan Perekabentuk Multimedia Pengarangan sebagai projek akhir. Pertandingan ini adalah anjuran Bahagian Multimedia Pengarangan yang dikelola oleh Pn. Adiniah Bt Muhamad Radzai bersama para pengajar bahagian tersebut.

Selasa, 07 June 2016 19:49

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Written by

SERI ISKANDAR, 7 JUN 2016 - Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan diwajibkan dipelajari serta diketahui oleh semua orang Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam, bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Telah menjadi tradisi dalam masyarakat kita apabila sesuatu kematian ianya diurus atau diserahkan kepada imam, nazir atau badan khairat kematian yang berkemahiran dan berkemampuan. Amalan ini perlu diperkemaskini semula mengikut lunas-lunas ajaran Islam yang sebenar.

SERI ISKANDAR, 30 MEI 2016 - Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) ianya melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik, keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian serta keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

Jumaat, 20 May 2016 00:00

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2016

Written by

SERI ISKANDAR, 19 MEI 2016 - Sambutan Hari Guru 2016 Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar di sambut meriah dengan kehadiran seluruh warga pendidik pada 17 Mei 2016 bertempat di Dewan Dato Maharaharajalela jam 11.00 pagi. Bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" sambutan yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar.

Halaman 14 dari 15
 
Find us on Facebook
Follow Us