Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (189)

SERI ISKANDAR, 13 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk Dan Iftar Ramadhan sempena Bulan Ramadhan 2019 pada 11 Mei 2019 jam 9.30 pagi bertempat di Masjid As-Siddiq, SIDEC Seri Iskandar. Program ini adalah anjuran bersama di atas sumbangan dari pihak KESKEB Kakitangan IKBN Seri Iskandar, Koperasi, Majlis Perwakilan Pelajar dan Warga IKBN Seri Iskandar serta kerjasama dari pihak Jawatankuasa Masjid As-Siddiq, SIDEC yang diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri.

SERI ISKANDAR, 12 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah menganjurkan satu kursus CIDB Green Card buat kali ke-1 bersama penceramah dari wakil CIDB Perak. Dalam ceramah beliau, beliau telah menerangkan tentang akta-akta keselamatan didalam sektor pekerjaan khususnya melibatkan keselamatan didalam bengkel dan melindungi pekerja jika berlaku sebarang kecelakaan didalam pekerjaan.

SERI ISKANDAR, 9 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menganjurkan Ceramah Kerjaya pada 9 Mei 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Ceramah Kerjaya telah disampaikan oleh wakil Syarikat Comsale Malaysia Sdn.Bhd iaitu En. Yugash Chandramohan, Bahagian Sumber Manusia.

SERI ISKANDAR, 6 MEI 2019 - Sempena bulan Ramadhan ini, IKBN Seri Iskandar turut mengambil inisiatif mengadakan program tadarus al-Quran di kalangan kakitangan dan Pelajarnya.

Selasa, 07 May 2019 16:35

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN

Written by

SERI ISKANDAR, 7 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar hari ini membuka ruang seluasnya kepada pelajar untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan IKBNSI dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada hari Selasa Minggu Pertama setiap bulan.

Jumaat, 10 May 2019 16:30

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2019

Written by

IKBN SERI ISKANDAR, 10 MEI 2019 – Program Ihya Ramadan 2019 telah berlangsung pada 10 Mei 2019 jam 10.30 pagi bertempat di Surau Ibnu Sina, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar.

SEPANG, 2 MEI 2019: Para atlet IKBN Seri Iskandar berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi memastikan membawa pulang pingat pada Kejohanan Sukan Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) Se-Malaysia kali Ke-33 Tahun 2019 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor pada 28-30 April 2019.

Jumaat, 05 April 2019 14:57

KURSUS DANDANAN RAMBUT LELAKI

Written by

SERI ISKANDAR, 5 APRIL 2019 – Baru-baru ini, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Kursus Dandanan Rambut Lelaki di bawah anjuran Myfuture Youth Plus atau STRA@U pada 1-5 April 2019 jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Makmal.

Myfuture Youth Plus merupakan salah satu inisiatif dibawah STAR@U yang memberikan latihan kemahiran kepada para belia melalui pendekatan yang fleksibel. Kursus-kursus yang ditawarkan pula merupakan kursus yang tidak memerlukan bengkel serta peralatan yang berat, besar dan mahal.

MANJUNG,  4 APRIL 2019 – Urusetia Sukan IKBN Seri Iskandar, Pn.Norhafizah Bt Isa menggesa setiap pasukan agar menjadikan aksi persahabatan menentang pasukan Majlis Perbandaran Manjung sebagai medan terbaik untuk memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi Kejohanan Sukan Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS). Perlawanan persahabatan ini telah berlangsung pada 4 April 2019 jam 3.30 petang di Majlis Perbandaran Manjung.

Selasa, 02 April 2019 14:53

HARI KESEDARAN AUTISME 2019

Written by

SERI ISKANDAR, 2 April 2019 - Berlangsungnya Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 2 April 2019 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Turut hadir sama Tuan Pengarah, En. Mohd Isa Bin Ibrahim diiringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A Raman Bin Musbah.

Semua pelajar dan kakitangan IKBN terlibat dalam program “We Support Autism Day @ IKBN Seri Iskandar” berpakaian serba biru pada hari tersebut.

Halaman 3 dari 14
 
Find us on Facebook
Follow Us