Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (180)

SERI ISKANDAR, 26 JANUARI 2019  : Program Anugerah Remaja Perdana di bawah skop kemahiran, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) telah mengadakan Program Memasak Makanan Ringan Popia Nestum Dan Cheese. Program ini telah diadakan pada 26 Januari 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Cafetaria IKBN Seri Iskandar.

SERI ISKANDAR, 15 JANUARI 2019Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan Januari 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar yang diketuai oleh En. Jasalilawadi Bin Jahi Ketua cawangan.

SELASA, 15 JANUARI 2019 – Majlis penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 1/2019 telah diadakan pada 15 Januari 2019 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

SERI ISKANDAR, 19 Disember 2018 – Majlis Ramah Mesra kepada pekerja pembersihan telah diadakan pada 19 Disember 2018 jam 4.00 petang di Lobi pentadbiran. Turut hadir En. Md. Isa B. Ibrahim bersama wakil Syarikat Pembersihan iaitu Syarikat Seven Impact serta pekerja-pekerja permbersihan.

SERI ISKANDAR, 17 Disember 2018 - Majlis Anugerah Apreasi Bahagian Pengurusan Latihan 2018 merupakan julung-julung kalinya diadakan pada 17 Disember 2018 di Dewan Dato Maharajela jam 10.00 pagi. Turut hadir di majlis ini, En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah diiringi oleh En. Amir-Kharul B.Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. A. Rahman B. Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam serta kakitangan memenuhi ruang dewan.

Selasa, 04 December 2018 16:38

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN

Written by

SERI ISKANDAR, 4 Disember 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar hari ini membuka ruang seluasnya kepada pelajar untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan IKBNSI dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada hari Selasa Minggu Pertama setiap bulan.

SERI ISKANDAR, 30 NOVEMBER 2018 – Komitmen Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar  untuk menyelesaikan sistem pengurusan kualiti dan hal-hal berkaitan bahagian pengurusan yang diperlukan dalam ISO telah dijayakan dengan berlangsungnya Pengauditan MS ISO 9001: 2015 pada 30 November 2018 jam 08.30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama.

SERI ISKANDAR, 26 NOVEMBER 2018Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan November 2018 jam 02.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia yang diketuai oleh Pn. Atikah Bt Abd. Rahman Ketua Jabatan.

SERI ISKANDAR, 26 NOVEMBER 2018 - Selaras dengan keperluan dan proses ke arah meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat maka beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dan pelaksanaan tersebut seperti Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ). Oleh itu, untuk menjadikan proses ini berjaya maka organisasi tersebut memainkan peranan sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan organisasi. Demi merealisasikan hasrat ini, satu aktiviti di bawah jawatankuasa promosi telah mengadakan pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dalaman antara sektor.

SERI ISKANDAR, 24 NOVEMBER 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Kursus Transformasi Diri dan Kerja Berpasukan (Team Building) bagi memastikan setiap staf memenuhi Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) iaitu menghadiri latihan 7 hari setahun.

Halaman 4 dari 13
 
Find us on Facebook
Follow Us