Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (200)

SERI ISKANDAR, 16 OGOS 2018 - Sebagai menyuntik semangat juang bagi Kontinjen IKBN Seri Iskandar dalam Kejohanan Sukan ILKBS Semalaysia Kali Ke-32 Tahun 2018, satu Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen ke kejohanan sukan ini telah diadakan di perkarangan lobi pentadbiran.

Selasa, 07 August 2018 16:56

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN

Written by

SERI ISKANDAR, 7 OGOS 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar hari ini membuka ruang seluasnya kepada pelajar untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan IKBNSI dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada hari Selasa Minggu Pertama setiap bulan.

SERI ISKANDAR, 4 0GOS 2018  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

SERI ISKANDAR, 13 JULAI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 13 Julai 2018 Jam 09.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela, IKBN Seri Iskandar. Majlis ini adalah anjuran bersama Koperasi ( KOOPSI) dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar.

LUMUT PERAK, 11 JULAI 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 11 Julai 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Lumut, Perak. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Emiyusida Bt Yacob bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang. 

SERI ISKANDAR, 12 JULAI 2018  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

SERI ISKANDAR, 10 JULAI 2018 - Dalam usaha memupuk budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengadakan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan IKBNSI 2/2018 yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

KHAMIS, 5 JULAI 2018 - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bagi bulan Julai 2018 telah diadakan pada 5 Julai 2018 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 2/2018.

SERI ISKANDAR, 3 JULAI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari       Politeknik Ungku Omar Ipoh pada  3 Julai 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

SERI ISKANDAR, 7 JULAI 2018 - AUDIT DALAMAN EKSA IKBNSI telah dijalankan pada 2-6 Julai 2018. En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mengetuai pasukan Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar dan dibantu oleh 10 anggota dari pelbagai zon bagi menilai tahap penerapan elemen EKSA.

 

Halaman 7 dari 15
 
Find us on Facebook
Follow Us