Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Pagoh

IKTBN Pagoh (119)

 

Pagoh, 19 Jun 2019 – Satu lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Pejabat Kesihatan Pergigian Tangkak telah berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Seramai 10 orang wakil rombongan lawatan dari Pejabat Kesihatan Pergigian Tangkak telah disambut oleh wakil EKSA IKTBN Pagoh, En Shah Ramlee Bin Sohop dan En Mohamad Khairul Bin Mat Seman bersama-sama AJK EKSA yang lain.

 

Kemudian rombongan dibawa ke bilik mesyuarat utama. Pada lawatan tersebut En Shah Ramlee Bin Sohop, telah memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan EKSA di IKTBN Pagoh. Setelah selesai sesi taklimat, kesemua pelawat dibawa melawat pejabat pentadbiran, bagi melihat sendiri pelaksanaan EKSA di IKTBN Pagoh.

 

Lawatan diakhiri dengan, pertukaran cenderahati oleh pengarah IKTBN Pagoh Tuan Haji Abu Sallehein Bin Nordin dengan wakil Pejabat Kesihatan Pergigian Tangkak, Kemudian kesemua wakil rombongan bergambar dihadapan pejabat pentadbiran IKTBN Pagoh. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di Pejabat Kesihatan Pergigian Tangkak, selain dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.

Isnin, 25 February 2019 14:59

MAJLIS PERASMIAN PENDIGITALAN I4.0@ILKBS DI IKTBN PAGOH

Written by

 

21hb Februari 2019, Pagoh – Majlis perasmian pendigitalan I4.0@ILKBS berlangsung dengan jayanya di dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh dan disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukan (KBS). Turut hadir bersama untuk memeriahkan lagi majlis adalah YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB).

 

Ketibaan YB Menteri disambut dengan persembahan stormpers oleh pelajar-pelajar ARP IKTBN Pagoh. Seterusnya, beliau diiringi oleh VVIP yang hadir untuk masuk ke dalam Dewan Karisma dan di lobi dewan, YB Menteri menandatangani buku kehadiran pelawat dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah BPKB.

 

Seterusnya, ditayangkan video montaj I4.0 yang menerangkan dan memberikan informasi berkenaan sejarah revolusi Industri 1 sehingga kepada revolusi Industri ke-4 , pelan strategik I4.0@IKTBN Pagoh, Inisiatif I4.0 yang sedang dan bakal dilaksanakan dan juga aplikasi I4.0@IKTBN Pagoh yang merangkumi Smart Industrial Automation Center (SIAC) dan Smart Machining Centre (SMC) setakat ini.

 

Dalam ucapan perasmian, YB Menteri menekankan kepentingan anak-anak muda menguasai teknologi dan kemahiran berkaitan I4.0 supaya seiring dengan keperluan industri dan pembangunan teknologi pembuatan khususnya yang semakin berkembang. YB juga menyatakan untuk tahun 2019-2020 , pihak kerajaan telah menyediakan sebanyak RM13 Juta untuk menaiktaraf peralatan dan menyediakan persekitaran latihan IR4.0 di ILKBS. Turut diucapkan tahniah dan syabas kepada pihak BPKB dan IKTBN Pagoh khususnya di atas majlis pertukaran dokumen kerjasama ,di antara pihak Robo CNC dengan IKTBN Pagoh. “Melalui persefahaman ini nanti akan menjadikan IKTBN pagoh sebagai hub latihan CNC Machining bagi mesin HAAS yang pertama di Asia Tenggara yang disambung dengan rangkaian I4.0 HAAS. Dengan adanya Pusat Latihan 5 Axis HAAS (HAAS 5 Axis Training Centre), lepasan IKTBN Pagoh mampu memperolehi Gaji dianatara RM 3~5 k “ katanya. Majlis diteruskan lagi dengan sesi pertukaran dokumen LOI di antara IKTBN Pagoh dan Robo CNC Sdn Bhd (HAAS Factory Outlet).

 

YB Menteri bersama VVIP di bawa melawat Booth Pameran disediakan oleh IKTBN Pagoh (DIY 3D Printer), IKTBN Sepang ( Object Detector Robot, Sack Collector Robot etc),IKTBN Alor Gajah (Scan & Watch, Energator),IKTBN CHEMBONG (Smart Inspection Robot,Smart Safety Helmet) dan IKBN Bandar Penawar (Scaffolding). Setelah tamat sidang media bersama RTM, YB Menteri dan VVIP di jemput melawat Smart Industrial Automation Center (SIAC) di Jabatan Mekanik Industri dengan menaiki Buggy.

 

Ketibaan YB Menteri dan VVIP disambut dan diiringi oleh 3 unit Robot dan ditunjukkan demonstrasi ‘Robot Rumble”. YB Menteri mengambil kesempatan yang diberikan untuk mengoperasikan sendiri Robot Tempur tersebut. Seterusnya, YB Menteri merasmikan Bilik Smart Industrial Automation Center (SIAC) dengan menandatangani Plak Perasmian. Di bilik SIAC, YB Menteri diberikan penerangan mengenai aplikasi perisian simulasi Animation Studio dan Factory I/O yang mampu mengawal litar pneumatic atau hydraulic yang berada di lab yang berasingan melalui wi-fi. Juga, informasi diberikan berkenaan Kit Smart Industrial Automation System ,iaitu model bagi sebuah industri ( merangkumi Production Area,Testing & Commissioning Area,Logistic area) dan dilengkapi dengan smart system seperti sensors, HMI,Robotic,RFID dan AGV/Mobile Robot, beserta dengan pillars I4.0 yang berkaitan iaitu IoT, AR, Autonomous System dan Simulation.

 

YB Menteri dapat merasakan sendiri perjalanan Smart Industrial Automation Systems (SIAS) dari permulaan proses membuat pesanan produk melalui ‘Tab’ . Produk melalui Distribution Station, Testing & Commissioning, ware-house area, logistic area dan berakhir dengan penghantaran produk kepada pelanggan. YB Menteri dibekalkan Smart Glass untuk melihat operasi mesin sambil diberi penerangan oleh pegawai dari satu station ke station berikutnya , dimana Smart Glass memaparkan info-info berkenaan SIAS (aplikasi Augmented Reality).

 

Lawatan YB Menteri dan VVIP diteruskan ke Smart Maching Centre . YB Menteri menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong riben dan menandatangani plak perasmian. Penerangan mengenai HAAS Factory Outlet diberikan oleh staff dari Robo CNC Sdn Bhd mengenai kelengkapan dan teknologi I4.0 yang dibekalkan kepada IKTBN Pagoh . Sambungan I4.0 secara maya (Real Time Monitoring) mesin 5 Axis HAAS ini, diberikan kepada IKTBN Pagoh selain negara Amerika dan China. Seterusnya,turut dibekalkan informasi mengenai aplikasi I4.0 (Retrofit Mesin sedia ada) untuk tujuan Predictive Maintenance, aplikasi VIDA (Virtual Informative Display Application) iaitu satu sistem pembelajaran secara maya dan TOMS (Training Output Management System) . TOMS dapat mengukur keupayaan pelajar melaksanakan proses mesin mereka dan melakukan analisis dari segi produktiviti dan efisiensi kerja. YBM juga ditunjukkan pengeluaran piala Anugerah Perdana Belia KBS di mana rekacipta dan rekabentuk piala adalah hasil usaha pelajar dan pengajar IKTBN Pagoh dan telah didaftar hak cipta.

 

Majlis berakhir dengan sidang media . Kepulangan YB Menteri diiringi dengan persembahan Stormpers pelajar dengan lirik khas dicipta pelajar untuk YB Menteri.

 

Ditulis Oleh : Kesavan A/L Kaniapan

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Isnin, 21 January 2019 16:44

GOTONG-ROYONG PERDANA IKTBN PAGOH

Written by

 

17 Januari 2019, Pagoh – Satu aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan melibatkan seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Aktiviti ini diadakan bagi memastikan persekitaran IKTBN Pagoh sentiasa dalam keadaan ceria dan kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran para pelajar.

 

Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti aktiviti pembersihan, mengecat dinding bengkel, membaiki lanskap dan menyusun atur peralatan bengkel serta asrama. Program ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh penyelaras gotong-royong iaitu En. Shah Ramle bin Sohop serta diikuti dengan pembahagian pelajar mengikut kawasan yang ditugaskan.

 

Program ini mendapat kerjasama yang amat baik daripada semua pelajar dan pengajar sepanjang ianya dijalankan. Program ini dijalankan secara berkala setiap tahun. Dengan melaksanakan aktiviti ini secara berkala dapat memastikan persekitaran kawasan IKTBN Pagoh sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga disamping dapat memberikan warganya IKTBN Pagoh suasana yang selesa dan menyeronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Khamis, 17 January 2019 15:01

BENGKEL PEROLEHAN KERAJAAN MANTAPKAN STAF IKTBN PAGOH

Written by

Peserta Bengkel Bergambar Bersama Pengarah IKTBN Pagoh (3 dari kiri)

 

14 Januari 2019, Pagoh – Bertempat di Dewan Kuliah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, pihak pengurusan IKTBN Pagoh telah menganjurkan bengkel penyediaan garis panduan proses penilaian perolehan sebut harga. Bengkel tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula 14 hingga 15 Januari 2019.

 

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh kakitangan kewangan dan pengajar serta pengarah IKTBN Pagoh. Fasilitator yang dijemput bagi membimbing bengkel tersebut ialah Encik Meor Saharizan bin Meor Idris dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara. Tujuan diadakan bengkel ini adalah bagi memastikan setiap staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan proses perolehan kerajaan dapat meningkatkan lagi pengetahuan serta pengalaman mereka terutamanya dengan kaedah, prosedur serta pekeliling yang terkini. Justeru, secara tidak langsung juga, ini dapat memastikan setiap proses perolehan yang dilakukan sentiasa mematuhi peraturan dan kaedah semasa.

 

Sepanjang bengkel, pelbagai ilmu dan pengalaman telah dikongsi oleh fasilitator kepada semua peserta bengkel khusus dalam menyelesaikan masalah serta cabaran berkaitan proses perolehan kerajaan. Diharapkan dengan pendedahan sepanjang bengkel ini dapat memperkukuhkan lagi daya saing dan kualiti perkhidmatan yang diberikan dalam pengurusan perolehan kerajaan di IKTBN Pagoh.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Selasa, 15 January 2019 16:43

Perhimpunan Bulan Januari 2019

Written by

 

13 Januari 2019, Pagoh – Perhimpunan bulanan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh kali pertama bagi tahun 2019 telah diadakan dengan lancar bertempat di Dewan Karisma. Perhimpunan yang melibatkan semua kakitangan dan pelajar bagi sesi pembukaan tahun ini telah dianjurkan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pelajar-pelajar baru sesi 1/2019.

 

Pada perhimpunan tersebut satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Hazmil bin. Hapaz berkaitan Revolusi Indsutri 4.0 (IR4.0) sebagai pendedahan ringkas kepada kakitangan dan pelajar IKTBN Pagoh. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan ucapan ketua warden, En. Mohd Nasirwan bin Mohd Anas. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar pelajar dapat terus mematuhi disiplin serta hadir bagi bersolat subuh secara berjemaah pada setiap hari. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar menghindari perbuatan buli.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan agenda utamanya iaitu ucapan oleh tuan pengarah IKTBN Pagoh, Tn. Hj. Abu Sallehein bin Nordin. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar setiap warga IKTBN Pagoh dapat mengamalkan perilaku yang baik dan disiplin diri agar semua warganya dapat hidup dengan selesa dan harmoni serta kekal dengan matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan masing-masing. Beliau turut mengumumkan dalam ucapannya bahawa IKTBN Pagoh bakal menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Revolusi Industri 4.0 di peringkat Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang bakal diadakan pada bulan Februari ini.

 

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian sijil pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia (ARPM) 2018 bagi pelajar IKTBN Pagoh yang layak. Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan oleh pelajar-pelajar baru bagi sesi 1/2019.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Khamis, 10 January 2019 12:02

BENGKEL PEMANTAPAN WIM DAN PEMBANGUNAN SOALAN BARU

Written by

Antara gambar bengkel pemantapan WIM dan pembangunan soalan

 

8 Januari 2019, Pagoh – Bagi melahirkan pengajar yang berdaya saing dan berkualiti, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah mengadakan bengkel khas selama 3 hari bertempat di Bilik Seminar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pagoh. Kursus tersebut bermula pada 8 Januari sehingga 10 Januari 2019 yang melibatkan seramai 20 orang pengajar dari setiap jabatan di IKTBN Pagoh.

 

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh encik Mohd Ozahir bin Mat Palal dari Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST). Dalam bengkel tersebut para pengajar telah didedahkan dengan prosedur terkini dalam membangunkan “Written Instructional Material” (WIM) serta soalan peperiksaan. Para peserta bengkel turut diselitkan dengan tugasan membangunkan contoh WIM dan soalan peperiksaan secara berkumpulan mengikut jabatan masing-masing, ini bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasikan setiap kaedah yang dipelajari mengikut kesesuaian jabatan masing-masing. Dalam setiap sesi akhir tugasan, para peserta kemudian akan membentangkan hasil tugasan masing-masing bagi dibincangkan bersama penceramah.

 

Pada akhir kursus tersebut, satu sesi penyampaian cenderahati serta sesi bergambar bersama penceramah turut diadakan bagi tujuan kenangan. Pelbagai pengalaman serta tip telah dikongsikan oleh penceramah bersama peserta sepanjang tempoh bengkel diadakan. Diharapkan agar setiap peserta yang hadir dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh seterusnya melahirkan para pelajar yang berkualiti serta berdaya saing tinggi.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

 

Pagoh, 6 Januari 2019 - Seramai 113 kakitangan tenaga pengajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah menghadiri majlis taklimat yang pertama diadakan pada tahun ini 2019. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Hj. Abu Sallehein bin Nordin yang bertempat di Dewan Kuliah.

 

Taklimat tersebut bermula pada jam 9.30 pagi. Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah IKTBN Pagoh adalah berkaitan tentang perancangan IKTBN Pagoh bagi tahun 2019. Dalam amanat yang beliau sampaikan turut diselitkan peringatan buat semua untuk sentiasa melakukan tugasan dengan penuh taqwa dan ikhlas agar setiap perkara yang disampaikan dan diberikan kepada pelatih sentiasa penuh berkat.

 

Malahan itu, turut dibentangkan adalah berkenaan pelan strategik dan inisiatif revolusi industri (IR 4.0) bagi IKTBN Pagoh. Dalam ucapannya, tuan pengarah menerangkan bahawa Industri 4.0 membawa transformasi yang begitu meluas mengikut perkembangan teknologi terkini. Terdapat 4 strategik yang telah dimaklumkan iaitu, pertama ialah peningkatan fasiliti latihan berkaitan Smart Machine dan Aplikasi VIDA. Kedua ialah perluasan kurikulum latihan yang menerangkan tentang fasa-fasa elemen Industri 4.0 yang dapat memberi pendedahan kepada pengajar dan pelajar.

 

Seterusnya, strategi ketiga ialah pemerkasaan keupayaan pengajar yang mengutamakan pembelajaran mengikut kemahiran asas seperti pengaetahuan berkaitan rangkaian ICT dan sekuriti siber yang boleh menganalisa setiap data. Keempat ialah pembangunan infrastruktur ICT di mana menekankan Smart Building bagi memudahkan pengaksesan internet dan data dapat dikawal secara automatik.

 

Penutup kata yang disampaikan oleh tuan pengarah adalah mengenai Transformasi Ekosistem Industri 4.0 yang mengutamakan sistem TOT pengajar, lawatan penanda aras serta peringkat asas untuk kemahiran dan pengetahuan selama 3 tahun dari 2018 sehingga 2020 kelak. Perancangan Industri 4.0 ini sedikit sebanyak telah membantu penyelarasan pelajaran yang lebih cemerlang.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

 

Pagoh, 23 September 2018 – Pejabat Kesihatan Daerah Muar dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bersama-sama dalam penganjuran majlis sambutan hari kesihatan mental sedunia dan minggu kesedaran penyakit tidak berjangkit peringkat negeri Johor yang bertempat di Dewan Karisma IKTBN Pagoh.

 

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Sahruddin bin Jamal, Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut seperti kuiz, pertandingan mencipta logo, ujian fizikal,,ujian saringan DASS dan kesihatan, demonstrasi teknik relaksasi serta ceramah kesihatan mental.

 

Dengan penganjuran program seperti ini, para hadirin telah didedahkan dengan maklumat yang lebih luas dan terperinci berkaitan penyakit mental yang jarang sekali didedahkan dan dibicarakan berbanding penyakit fizikal tetapi tetap memberi impak yang besar kepada kehidupan dan aktiviti seharian manusia.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Selasa, 25 September 2018 14:32

SEMINAR TECHNOLOGY UPDATE INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0

Written by

 

Pagoh, 19 September 2018 - Satu seminar telah diadakan yang bertempat di dewan kuliah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh berkenaan Revolusi Industri 4.0. Ia melibatkan pengajar dan pelajar semester lima jabatan Mekanik Industri. Selain itu, turut dijemput tenaga pengajar dari IKTBN Sepang, ILP Kuantan, ILP Pasir Gudang serta ILP Marang .

 

Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Haji Abu Sallehein B. Nordin dalam ucapan aluannya menerangkan bahawa pada masa hadapan sistem robot bakal mengambil alih sebahagian besar pekerjaan. Oleh itu, beliau mengingatkan kepada semua pelajar dan pengajar untuk bersedia meningkatkan kemahiran dan ilmu berkaitan bidang robot dan industri 4.0 iaitu bagi menghadapi teknologi yang lebih canggih dan terkini pada masa hadapan.

 

Seminar tersebut telah disampaikan oleh wakil daripada pihak syarikat Festo Malaysia. Dalam seminar tersebut, pihak Festo telah memberi penerangan berkaitan aplikasi sistem pneumatik dan hidraulik yang terkini. Seminar tersebut turut diselitkan dengan tayangan video berkaitan produk keluaran Festo dalam bidang pendidikan teknikal. Di akhir sesi seminar tersebut, pihak Festo telah menunjukkan demonstrasi kit pembelajaran berkaitan teknologi Revolusi Industri 4.0.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Isnin, 24 September 2018 14:20

KURSUS RADIOGRAPHI INSPECTION DI JABATAN KIMPALAN

Written by

 

Pagoh, 18 September 2018 – Bertempat di Jabatan Kimpalan telah diadakan kursus Radiographi Inspection (RI). Seramai 20 orang pengajar dari Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) yang terdiri daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, IKTBN Dusun Tua, IKBN Jitra, IKBN Miri dan IKBN Bandar Penawar yang hadir. Penceramah pada kursus tersebut adalah En Mazlan Bin Jaafar daripada Flawmaxs Technologies.

 

Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 hari, yang bermula pada 17 dan berakhir pada 19 September 2018. Kursus tersebut memberikan pendedahan kepada proses melakukan pemeriksaan terhadap filem yang dihasilkan daripada ujian sinar X. Pada kursus tersebut juga turut diajar pengunaan alatan kelengkapan ujian pemeriksaan radiografi. Kesimpulannya dari kursus tersebut, bukan sekadar teori yang diperolehi tetapi amali juga dapat memberikan pengalaman buat semua pengajar yang hadir .

 

Ditulis & disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Halaman 1 dari 9
 
Find us on Facebook
Follow Us