Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Tue, 27 Oct 2020 03:01:36 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my LIVE FACEBOOK ONLINE TRAINING PHONE PHOTOGRAPHY (KOMPOSISI DALAM FOTOGRAFI) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/live-facebook-online-training-phone-photography-komposisi-dalam-fotografi.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/live-facebook-online-training-phone-photography-komposisi-dalam-fotografi.html

IKBN KUALA LANGAT, 22 Ogos 2020 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat Bahagian Fotografi, Jabatan Multimedia IKBN Kuala Langat telah mengadakan Sembang Santai bersama Team Fotografi yang bertajuk Phone Photography (Komposisi dalam Fotografi) pada 21 Ogos 2020 lalu. Live terbabit telah bermula tepat jam 10.00 pagi pada hari Jumaat yang mulia itu.

 

Ia telah telah di adakan secara Live Sembang Santai merangkumi elemen-elemen yang terdapat dalam fotografi walaupun dengan hanya mengunakan kamera dari telefon bimbit. Sesi Live Sembang Santai tersebut di kelola oleh Bahagian Fotografi, Jabatan Multimedia IKBN Kuala Langat. Semasa Sesi live tersebut, En. Rizman Hady Bin Bujang@Mohamad sebagai moderator serta En. Hamzuri Bin Abdul Hamid sebagai panel jemputan. Semasa sesi live tersebut, seramai lebih 1500 penonton telah mengikuti Kursus Ini. Live Sembang Santai ini masih berada di facebook rasmi IKBN Kuala Langat sebagai tontonan umum dan telah mencapai lebih dari 1700 penonton.

 

   Disediakan Oleh : Rizman Hady bin Bujang@Mohamad ( Bahagian Fotografi, Jabatan Multimedia )

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Tue, 15 Sep 2020 16:55:38 +0800
KURSUS PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TENAGA PENGAJAR FOTOGRAFI (ADVANCED ADVERTISING PHOTOGRAPHY) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-program-pembangunan-kemahiran-tenaga-pengajar-fotografi-advanced-advertising-photography.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-program-pembangunan-kemahiran-tenaga-pengajar-fotografi-advanced-advertising-photography.html

IKBN KUALA LANGAT, 8 Julai 2020 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat dengan kerjasama pihak industri Akademi Fotografi Multimedia dan White Studio telah melaksanakan Kursus Program Pembangunan Kemahiran Tenaga Pengajar bidang Fotografi yang bertajuk "Advanced Advertising Photography".

 

Kursus ini telah diadakan di White Studio Sg Lui Kajang pada 23 Jun 2020-26 Jun 2020. Tuan Bustamam Mokhtar adalah seorang Jurugambar Fesyen yang terkenal di Malaysia telah menjadi penceramah juga berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam industri fotografi.
Kesemua Tenaga Pengajar bidang Fotografi telah hadir mengikuti kursus ini iaitu En Mohd Hatim bin Mazlan, En Hamzuri bin Abdul Hamid, En Rizman Hady bin Bujang @Mohamad, En Azman bin Mohamed dan En Shamsul Bahrin bin Jumain.

 

Semoga segala ilmu dan pengalaman dapat dikongsikan kepada pelajar -pelajar bidang fotografi. IKBN Kuala Langat terus komited untuk memberikan latihan kemahiran yang terbaik seiring dengan keperluan industri.