Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kuala Langat | Berita

IKBN Kuala Langat | Berita (74)

KUALA LANGAT, 21 SEPTEMBER 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat  telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Politeknik Banting , Selangor pada 15 September yang lalu di sini . 

KUALA LANGAT, 28 OGOS 2017 - Jabatan Pengajian Umum Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan pertandingan 'SPELLING BEE' pada 21 Ogos yang lalu di sini . 

KUALA LANGAT, 28 FEBRUARI 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan Pra Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi menggantikan pelaksanaan 5S pada 22 Februari yang lalu di sini.
   Pra Audit tersebut telah dilaksanakan oleh Champion EKSA, Wan Hussin Bin Wan Ahmad, dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua. Pelaksanaan audit tersebut adalah merupakan penilaian terakhir sebelum pelaksanaan audit sebenar oleh pihak MAMPU untuk persijilan EKSA di IKBN Kuala Langat. Ianya juga merupakan persediaan kepada pegawai-pegawai serta warga IKBN Kuala Langat untuk menghadapai penilaian audit sebenar yang akan dilaksanakan pada bulan Mac nanti.
   Dari pemerhatian oleh pihak penilai IKBN Kuala Langat layak dipersijilkan oleh pihak MAMPU serta perlu menambahbaik beberapa teguran demi mengekalkan amalan EKSA yang baik.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

KUALA LANGAT, 28 FEBRUARI 2017 -Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah mengadakan satu sesi ceramah pada 17 Februari yang lalu bertempat di Mini Teater Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat.

   Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Aina Mardiah , Pegawai Pemakanan , Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan ilmu penyusuan di kalangan wanita serta menjamin kesihatan ibu dan anak pada masa akan datang serta teknik dan kaedah yang betul cara penyimpanan susu ibu bagi wanita bekerja.

   Selain dari ceramah yang disampaikan itu juga sesi pemeriksaan pap smear secara percuma diberikan kepada pegawai dan kakitangan wanita IKBN Kuala Langat .

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

KUALA LANGAT, 15 FEBRUARI 2017 -Cawangan Audit Dalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan lawatan audit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat pada 7 Februari yang lalu
   Tujuan lawatan audit tersebut adalah sebagai pengesahan data baki awal aset dan liability bagi aset tak alih, akaun belum bayar dan deposit serta akaun belum terima . Lawatan dimulakan dengan semakan kad Kew PA 2 dan 3 seterusnya lawatan fizikal ke jabatan terlibat.
   Pemeriksaan fizikal aset turut melibatkan bengkel-bengkel seperti Jabatan Teknologi Awam, Jabatan Mekanikal, Jabatan Multimedia, Jabatan Personel serta Pentadbiran IKBN Kuala Langat.
Dua orang juruaudit dari Cawangan Audit Dalam, KBS iaitu Noor Haslizawati Binti Hasan dan Mohd Azli Bin Mohammad Ramlan telah melaksanakan pemeriksaan tersebut.
   Secara keseluruhan pihak auditor berpuashati dengan hasil pemeriksaannya dan lawatan berakhir pada jam 2.00 petang.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

KUALA LANGAT, 08 FEBRUARI 2017 - Seminar Inovasi “Menjejak Inventor” anjuran Jawatankuasa Inovasi telah diadakan bertempat di Dewan Ibnu Sina Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat pada 1 Februari yang lalu di sini .
   Tujuan diadakan seminar tersebut adalah untuk memberi pendedahan tentang bagaimana untuk memulakan sesuatu projek inovasi .Penceramah jemputan Hj. Norman Kusin , Pengarah Bahagian Pembangunan Latihan , Kementerian Sumber Manusia telah dijemput untuk menyampaikan seminar kepada semua pelajar serta kakitangan IKBN Kuala Langat sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan inovasi yang akan dilaksanakan pada bulan Mac nanti .
   Antara kandungan ceramah tersebut ialah “Dari Impian ke Idea Inovasi menjadi reality”, “Strategi untuk menang pertandingan inovasi” dan “ Perlindungan Harta Intelek – Paten”. Ceramah tersebut telah berjaya menarik minat sebahagian pelajar dan kakitangan untuk menyertai lebih banyak lagi pertandingan inovasi yang akan diadakan nanti.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

Halaman 3 dari 6
 
Find us on Facebook
Follow Us