Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 26 Sep 2020 11:15:43 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU DAN MINGGU PARADIGMA IKBN KUALA LANGAT SESI JANUARI 2020 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-pendaftaran-pelajar-baru-dan-minggu-paradigma-ikbn-kuala-langat-sesi-januari-2020.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-pendaftaran-pelajar-baru-dan-minggu-paradigma-ikbn-kuala-langat-sesi-januari-2020.html

IKBN KUALA LANGAT, 6 JANUARI 2020 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Kuala Langat telah mengadakan minggu pendaftaran dan minggu paradigma untuk pelajar-pelajar baru IKBN Kuala Langat untuk sesi 1/2020. Seramai 45 orang pelajar baru yang melapor diri untuk ambilan pertama di Dewan Ibnu Sina dan Bilik Seminar Ciast IKBN Kuala Langat.

 

Pada sesi kali ini IKBN Kuala Langat telah menawarkan sebanyak 5 jurusan untuk semua calon lepasan SPM. Jurusan tersebut ialah Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat Multimedia Pengarangan, Sijil Lanjutan Teknologi Fotografi , Sijil Lanjutan Teknologi Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman, Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman) dan Sijil Lanjutan Teknologi Terapi Sukan.

 

Majlis Penutupan dan Penyerahan pelajar-pelajar baru kepada Ketua-Ketua Jabatan telah diadakan di Auditorium Multimedia IKBN Kuala Langat dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kuala Langat, Encik Nik Mohd Mazuki bin Nik Mat. Akhirnya, diucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar baru IKBN Kuala Langat.

 

  

 

Disediakan Oleh : Mohamad Nur Aizard Bin Mohamad Azlan (Cawangan Pengurusan Pelajar)

 

 

{backbutton}

 

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Thu, 20 Feb 2020 18:01:39 +0800
JEMPUTAN IKBNKL MENGADAKAN PAMERAN DI SEKOLAH MENENGAN KEBANGSAAN COCHRANE KUALA LUMPUR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/jemputan-ikbnkl-mengadakan-pameran-di-sekolah-menengan-kebangsaan-cochrane-kuala-lumpur.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/jemputan-ikbnkl-mengadakan-pameran-di-sekolah-menengan-kebangsaan-cochrane-kuala-lumpur.html

IKBN KUALA LANGAT, 7 JANUARI 2020 - Dijemput bagi mengadakan pameran mempromosikan kursus kursus yang disediakan oleh ikbn kuala Langat kepada ibubapa dan pelajar tingkatan tiga, empat dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur.

Program ini juga menyaksikan bekas pelajar sekolah ini yang telah berjaya ke menara gading memberikan ucapan bahawa pentingnya mengikuti kursus TVET dan kemahiran di ILKBS  bagi memperolehi pendapatan yang lumayan kelak kerana dalam arus kemodenan teknologi IR 4.0. Seramai 150 orang pelajar sekolah ini akan menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) pada tahun 2020.

 

 

Disediakan Oleh : Feherinizam Bin Russali (Cawangan Hubungan Industri)

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Thu, 20 Feb 2020 18:00:11 +0800
LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK PENGUBAHSUAIAN PEJABAT DI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-tapak-cadangan-projek-pengubahsuaian-pejabat-di-kementerian-belia-dan-sukan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-tapak-cadangan-projek-pengubahsuaian-pejabat-di-kementerian-belia-dan-sukan.html

IKBN KUALA LANGAT, 3 JANUARI 2020 - Jabatan Teknologi Awam , Bahagian Teknologi Hiasan Dalaman telah diberi kepercayaan untuk menyediakan Kertas Cadangan Rekabentuk Projek Pengubahsuaian Pejabat Tingkat 17, 16 dan 15. Terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan , Ybhg .Datuk Dr. Waitchala R.R.V Suppiah telah memberi peluang dan kepercayaan kepada pihak kami untuk merealisasikan hasrat pengubahsuaian pejabat tersebut.

Seramai 3 orang pegawai dan 3 orang pelajar praktikal IKBN Kuala Langat telah turut serta dalam lawatan tapak dan perbincangan tersebut. Tujuan lawatan tapak berkenaan lebih membincangkan keperluan dan kehendak pelanggan untuk pasukan kami menyediakan kertas cadangan rekabentuk pejabat tingkat 17, 16 dan 15. Ukuran tapak juga diambil untuk pihak kami menyediakan cadangan peruntukan cadangan projek pengubahsuaian tersebut.

 

Peluang dan kepercayaan ini banyak memberi pendedahan kepada pengajar dan pelajar dalam pengurusan projek pengubahsuaian yang sebenar. Selain itu dapat memupuk  keyakinan diri pengajar dan pelajar dalam berkomunikasi bersama pelanggan yang merupakan elemen penting dalam menghasilkan rekabentuk yang terbaik.

 

  

 

Disediakan Oleh : Nur Hidayah Binti Mohd Sukhaimi (Jabatan Teknologi Awam)

 

{backbutton}

 

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Thu, 20 Feb 2020 17:59:15 +0800
LAWATAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER BAGI SIRI 4/2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-latihan-industri-disember-bagi-siri-4-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-latihan-industri-disember-bagi-siri-4-2019.html

IKBN KUALA LANGAT, 28 DISEMBER 2019 - Unit latihan industri telah menyelaras memo pemantauan latihan industri kepada pelajar Multimedia – Pengarangan dan Jurusan Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman iaitu pelajar siri 4/2019 seramai 22 orang.

Lawatan pemantauan ini adalah bertujuan untuk menilai keupayaan pelajar dalam melaksanakan tugasan harian sebagai seorang pekerja sebenar di industri yang dipilih.  Selain itu juga, pegawai ikbn yang membuat pemantauan dapat menimba pengalaman pihak syarikat yang menjalankan operasi perniagaan tersebut dan dapat dikembangkan kepada pengajar dan pelajar ikbn.

 

Lawatan sebegini juga ada melibatkan implikasi kewangan ikbn dan selalunya dibuat perancangan belanjawan lebih awal sebelum mendapat kelulusan pihak Pengarah.

 


 

 Disediakan Oleh : Feherinizam Bin Russali (Cawangan Hubungan Industri)

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Thu, 20 Feb 2020 11:59:59 +0800
TAKLIMAT BERSAMA PIHAK PENGURUSAN KRU ACADEMY http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-bersama-pihak-pengurusan-kru-academy.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-bersama-pihak-pengurusan-kru-academy.html

IKBN KUALA LANGAT, 5 DISEMBER 2019 - Kami di KRU Academy bagi membincangkan hal hal masa depan Belia Malaysia Baru agar terus lebih berkemahiran dan berdaya saing bagi memacu ekonomi Dan Pembangunan Negara.