Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 26 Sep 2020 10:47:57 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my MESYUARAT AGUNG KELAB KEKAL IKBN KUALA LANGAT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2204-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2204-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html MESYUARAT AGUNG KELAB KEKAL IKBN KUALA LANGAT

KUALA LANGAT , 20 APRIL 2018 - Institut Kemahiran belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab KEKAL di sini semalam .

Mesyuarat ini merupakan acara tahunan dan telah dihadiri oleh semua warga Kelab KEKAL IKBN Kuala Langat bertempat di Pusat Sumber IKBN Kuala Langat . Majlis telah dirasmikan oleh Penaung Kelab Kekal Mgt Husain Bin Mgt Jaaffar .

Mesyuarat kali ini juga merupakan mesyuarat pemilihan yang menentukan Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2018/2020 .  

     

Berita oleh: Unit Berita Portal  

(IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Mon, 23 Apr 2018 16:30:49 +0800
SEMARAK BIRU - HARI KESEDARAN AUTISM SEDUNIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2201-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2201-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html SEMARAK BIRU - HARI KESEDARAN AUTISM SEDUNIA

KUALA LANGAT , 12 APRIL 2018 - Semarak Biru sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang diadakan pada 2 April setiap tahun disambut meriah oleh seluruh Warga Kementerian Belia dan Sukan dan tidak ketinggalan juga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat 

Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi , interaksi sosial dan tingkah laku . Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadai individu yang menghidap Autisme. 

Berita oleh: Unit Berita Portal  

(IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Fri, 13 Apr 2018 16:44:51 +0800
PENUTUP PROGRAM IMPAK ILKBS @ KOMUNITI IKBN KUALA LANGAT MERIAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2109-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2109-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html PENUTUP PROGRAM IMPAK ILKBS @ KOMUNITI IKBN KUALA LANGAT MERIAH

PELABUHAN KLANG , 30 APRIL 2018 - Institut Kemahiran belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) telah mengadakan Penutupan Program IMPAK ILKBS @ Komuniti di Akademi Tahfiz Mandarin Pulau Ketam pada 26-28 April 2018 yang lalu di sini .  

Program yang telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Lokman Hakim Bin Ali , Ketua Setiausaha , Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tersebut berjalan lancar dan sangat meriah. Beliau sendiri telah memilih Akademi Tahfiz Mandarin tersebut untuk dijadikan tempat penutupan Program IMPAK ILKBS @ Komuniti yang mana program tersebut telah dilaksanakan oleh seramai 30 orang pelajar dan 25 orang pegawai IKBN Kuala Langat dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor .

Turut hadir ke program tersebut ialah Datin Wan Razanawani Binti Wan Zakaria , Pengerusi Puspanita Cawangan KBS , YBrs. Puan Ramona Binti Mohd Razali ,YBrs Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof , Ketua Pengarah , Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia serta Mohd Nor Bin Md Said , Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor . 

Antara pengisian program tersebut adalah menanam pokok , menyiapkan rak kasut dan meja penceramah , mengecat dan membaiki kerosakan yang terdapat di Balai Islam Pulau Ketam , menyiapkan papan tanda dan papan kenyataan di Akademi Tahfiz Mandarin Pulau Ketam , menyiapkan rostrum dan membersihkan Dewan JKKK Pulau Ketam , membaiki paip di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam .     

Berita oleh: Unit Berita Portal  

(IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Mon, 30 Apr 2018 16:25:07 +0800
PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILKBS SESI JULAI 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1800-permohonan-kemasukan-ke-ilkbs-sesi-julai-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1800-permohonan-kemasukan-ke-ilkbs-sesi-julai-2018.html PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILKBS SESI JULAI 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) akan dibuka kepada calon lepasan SPM mulai 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018.

 Permohonan kemasukan adalah melalui sistem UPU Online http://upu.mohe.gov.my yang mana ia melibatkan kategeri A (bagi calon lepasan SPM tahun 2017) dan Kategori B (bagi calon lepasan SPM 2015 - 2016), mana kala calon yang menduduki SPM tahun 2014 dan kebawah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS secara manual di mana-mana ILKBS yang terdekat.

 Calon Kategori A & B yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal bolehlah mendapatkan no. unik ID UPU dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 Februari 2018 hingga 9 April 2018 dengan harga RM15.64.

 

SUMBER:
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Kementerian Belia dan Sukan

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Mon, 05 Feb 2018 12:26:07 +0800
BENGKEL PENGENALAN e-PEROLEHAN BAHARU (NEXTGEN) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1787-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1787-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html BENGKEL PENGENALAN e-PEROLEHAN BAHARU (NEXTGEN)

KUALA LANGAT , 22 JANUARI 2018 - Institut Kemahiran belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) telah melaksanakan satu Bengkel Pengenalan ePerolehan Baharu (NextGen) dengan kerjasama wakil ePerolehan Nextgen, Saiful Akmal bin Othman sebagai fasilitator . 

Bengkel yang dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan dan Perolehan (CPP) telah dijalankan sebagai langkah persediaan untuk memperkenalkan sistem kewangan baharu berkaitan dengan pembelian terus dan sebutharga kepada kakitangan dan pegawai IKBNKL yang akan mula menggunakan sistem ini mulai tahun 2018. Bengkel ini telah dijalankan pada 15 dan 16 Januari 2017 yang dihadiri seramai 25 orang kakitangan dan pegawai IKBN Kuala Langat. 

Berita oleh: Sazlina Binti Mat Said 

(Cawangan Pembangunan dan Perolehan, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Fri, 02 Feb 2018 16:11:27 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI MAAHAD TAHFIZ DARUL FAQEH , MORIB http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1681-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1681-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI MAAHAD TAHFIZ DARUL FAQEH , MORIB

KUALA LANGAT, 27 NOVEMBER 2017 - Program Touch Point Kesukarelawanan ILKBS (Cabinet Away Day ) serta Program Gerak Bakti Prihatin dan Dinamik telah diadakan di Maahad Tahfiz Darul Faqeh , Tongkah Morib di sini . 

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengecat bangunan , membersihkan kawasan sekitar Maahad Tahfiz tersebut .

Program seperti ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar - pelajar supaya lebih dekat lagi dengan komuniti setempat dan untuk mengajar pelajar-pelajar supaya sama-sama membantu mereka yang lebih memerlukan . 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Kuala Langat , Mgt Hussain Bin Mgt Jaaffar . Beliau juga telah menyampaikan sumbangan kabinet yang direka dan disiapkan sendiri oleh pelajar serta pengajar Jurusan Perabot serta sumbangan Al-Quran . 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Wed, 06 Dec 2017 09:29:16 +0800
KURSUS PEMANTAPAN BADAN OPERASI (AWARD UNIT) ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA IKBN KUALA LANGAT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1677-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1677-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html KURSUS PEMANTAPAN BADAN OPERASI (AWARD UNIT) ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA IKBN KUALA LANGAT

KUALA LANGAT, 24 NOVEMBER 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah melaksanakan Kursus Pemantapan Badan Operasi (Award Unit) Anugerah Remaja Perdana Rakan muda IKBN Kuala Langat bersama mentor-mentor yang terdiri daripada tenaga pengajar dan staf IKBN Kuala Langat di Bilik Seminar di sini . 

Penceramah jemputan dari Majlis Belia Selangor, Aizad Juraimi iaitu penerima pingat Emas Anugerah Remaja Perdana pada tahun 2016 yang lalu . Beliau telah berkongsi pengalaman dan memberi penerangan kepada semua peserta yang hadir . 

Diakhir kursus semua peserta telah dianugerahkan sebagai mentor Anugerah Remaja Perdana yang bakal dilaksanakan di semua ILKBS bermula pada tahun 2018 nanti . 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Tue, 05 Dec 2017 09:42:01 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI RUMAH ANAK YATIM AS-SOLIHIN KANCHONG DARAT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1676-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1676-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI RUMAH ANAK YATIM AS-SOLIHIN KANCHONG DARAT

KUALA LANGAT, 22 NOVEMBER 2017 - Program Touch Point Kesukarelawanan ILKBS (Cabinet Away Day ) serta Program Gerak Bakti Prihatin dan Dinamik telah diadakan di Rumah Anak Yatim As- Solihin Kanchong Darat bersama-sama pelajar -pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat , Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia di sini . 

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengecat bangunan rumah anak yatim tersebut disamping aktiviti-aktiviti lain seperti latihan dalam kumpulan dan memasak bubur lambuk . 

Program seperti ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar - pelajar supaya lebih dekat lagi dengan masyarakat setempat dan untuk mengajar pelajar-pelajar supaya sama-sama membantu mereka yang lebih memerlukan . 

Selain itu pihak IKBN Kuala Langat juga telah menyampaikan sumbangan berbentuk makanan serta kabinet yang direka dan disiapkan sendiri oleh pelajar serta pengajar Jurusan Perabot . 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Tue, 05 Dec 2017 09:27:13 +0800
KURSUS KEFAHAMAN PELAKSANAAN MS ISO 9001 : 2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1675-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1675-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html KURSUS KEFAHAMAN PELAKSANAAN MS ISO 9001 : 2015

KUALA LANGAT, 17 NOVEMBER 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah melaksanakan Kursus Kefahaman Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2015 Dan Integrasi Pemikiran Berasaskan Risiko Ke Dalam Proses Sistem Pengurusan Kualiti pada 15 - 16 Nov yang lalu di Bilik Seminar di sini . 

Penceramah jemputan dari Perunding Inokreatif Q , Ridzuan Muhammad di jemput khas untuk memberikan penerangan khusus kepada semua pegawai tentang MS ISO 9001 : 2015 yang akan dilaksanakan bermula pada April 2018 nanti . 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Tue, 05 Dec 2017 09:19:40 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI DEWAN KOMUNITI JENJAROM http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1673-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1673-pra-audit-ekosistem-kondusif-sektor-awam-oleh-champion-eksa.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI DEWAN KOMUNITI JENJAROM

KUALA LANGAT, 15 NOVEMBER 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan gotong royong sempena Program Kesukarelawanan ILKBS Touch Point (Cabinet Away Day ) Dewan Komuniti Jenjarom di sini . 

Program dua hari ini telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar Jurusan Videografi dan Jurusan Perabot serta pengajar IKBN Kuala Langat bagi bersama-sama membersihkan dewan tersebut untuk kegunaan penduduk di kampung ini . Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengecat bangunan dewan tersebut , menggantikan pintu tandas , mengecat pagar serta membersihkan kawasan sekeliling dewan . Perasmian bagi program ini telah disempurnakan oleh Zurihan Yusof , Penyelaras Parlimen Kuala Langat . 

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu komuniti setempat serta merupakan program Anugerah Remaja Perdana yang mana dilaksanakan oleh semua pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan . 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Tue, 05 Dec 2017 08:54:20 +0800