Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Sun, 07 Mar 2021 10:01:55 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my RAKAMAN VIDEO UCAPAN DAN AMANAT KETUA PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/760-rakaman-video-ucapan-dan-amanat-ketua-pengarah-bahagian-pembangunan-kemahiran-belia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/760-rakaman-video-ucapan-dan-amanat-ketua-pengarah-bahagian-pembangunan-kemahiran-belia.html RAKAMAN VIDEO UCAPAN DAN AMANAT  KETUA PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA

IKBN KUALA LANGAT, 23 DISEMBER 2016 - Jabatan Multimedia Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pembikinan rakaman video ucapan dan amanat Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Ybrs. Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof di sini semalam.

    Pembikinan rakaman video ini melibatkan pelajar-pelajar dan pengajar jurusan Fotografi , Videografi , Multimedia dan Terapi Kecantikan IKBN Kuala Langat sempena Minggu Paradigma Pelajar-pelajar Baharu Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan.

   Penglibatan pelajar-pelajar IKBN ini merupakan salah satu proses pembelajaran secara hands-on yang dilaksanakan diseluruh ILKBS dimana pelajar-pelajar sering didedahkan dengan kaedah work-based learning.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Fri, 23 Dec 2016 17:40:00 +0800
PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN MALAYSIA IKBN KUALA LANGAT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/759-pentauliahan-program-kemahiran-malaysia-ikbn-kuala-langat.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/759-pentauliahan-program-kemahiran-malaysia-ikbn-kuala-langat.html PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN MALAYSIA IKBN KUALA LANGAT

IKBN KUALA LANGAT, 22 DISEMBER 2016  - Panel dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengadakan Lawatan Pentauliahan Program Kemahiran bagi bidang Teknologi Awam pengkhususan bidang Landskap Pembinaan serta Sijil Lanjutan Teknologi Awam pengkhususan bidang Hiasan Dalaman Tahap Tiga (SKM 3) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat baru-baru ini.

     Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat penilaian terhadap fasiliti serta bahan pembelajaran bagi program yang ditawarkan di IKBN Kuala Langat ini. Panel pentauliahan yang dilantik oleh JPK iaitu Maznah Binti Ariffin dan Nazariah Binti Taharin serta wakil dari JPK Putrajaya ialah Yuszaini Binti Mat Yusof.

       Secara keseluruhannya pihak panel sangat berpuashati dengan fasiliti dan bahan-bahan pembelajaran yang disediakan sekaligus dipertimbangkan untuk pentauliahan penuh kepada pihak IKBN Kuala Langat .

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Thu, 22 Dec 2016 17:33:00 +0800
LAWATAN PEMERIKSAAN VERIFIKASI STOR 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/758-lawatan-pemeriksaan-verifikasi-stor-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/758-lawatan-pemeriksaan-verifikasi-stor-2016.html LAWATAN PEMERIKSAAN VERIFIKASI STOR 2016

IKBN KUALA LANGAT, 22 DISEMBER 2016  - Lawatan pemeriksaan verifikasi stor telah dilaksanakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat baru-baru ini di sini.

   Tujuan pelaksanaan lawatan ini adalah untuk mengesahkan ketepatan rekod atau stok secara 100% bagi menentukan jumlah stok fizikal adalah tepat dengan baki di Kad Kawalan Stok, memastikan pelarasan stok diambil tindakan serta memastikan stok lebih atau usang atau tidak boleh guna diambil tindakan pelupusan.

   Kaedah pemeriksaan secara cross-check dikalangan Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan telah dilaksanakan bagi memastikan ketelusan semasa pemeriksaan verifikasi stor ini diadakan. Pegawai pemverifikasi stor dari IKBN Chembong telah dilantik untuk melaksanakan tugasan tersebut.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Thu, 22 Dec 2016 17:19:00 +0800
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI PELAJAR POLITEKNIK TEDC BANDUNG, REPUBLIK INDONESIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/757-majlis-penutupan-program-latihan-industri-pelajar-politeknik-tedc-bandung-republik-indonesia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/757-majlis-penutupan-program-latihan-industri-pelajar-politeknik-tedc-bandung-republik-indonesia.html Program Latihan Industri Pelajar Politeknik TEDC Bandung Republik Indonesia

IKBN KUALA LANGAT, 16 DISEMBER 2016 –Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah melaksanakan Program Kerjasama Strategik antara Institusi Latihan Kemahiran Belia Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan bersama Politeknik TEDC Bandung , Republik Indonesia.

   Program disertai oleh seramai 20 orang pelajar jurusan Teknik Informatika telah diadakan bermula 15 November 2016 sehingga 6 Disember yang lalu di bawah penyeliaan Jabatan Multimedia IKBN Kuala Langat merupakan program latihan industri pelajar-pelajar TEDC Bandung disamping mendapatkan pengetahuan baharu tentang penggunaan perisian Autodesk Maya .

   Majlis penutup program tersebut telah disempurnakan oleh Hj. Mgt Hussain Bin Mgt Jaaffar , Pengarah IKBN Kuala Langat.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Fri, 16 Dec 2016 17:07:00 +0800
MALAM PERSONA MUSLIM IKBN KUALA LANGAT 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/617-ceramah-kerjaya-oleh-pengarah-nouvelle-vissage-di-ikbn-kuala-langat.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/617-ceramah-kerjaya-oleh-pengarah-nouvelle-vissage-di-ikbn-kuala-langat.html MALAM PERSONA MUSLIM IKBN KUALA LANGAT 2016

BANTING , 3 NOVEMBER 2016 – Cawangan Hal Ehwal Pelajar bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah menganjurkan Malam Persona Muslim bersempena dengan Tahun Baharu Hijriah 1438H pada 1 November 2016 yang lalu bertempat di Dewan Ibnu Sina .

Program diadakan bagi mengingati dan menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W serta menghayati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan Agama Islam dan dapat menanam minat dan cinta kepada Rasulullah .

Pembukaan majlis dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid IKBN Kuala Langat iaitu Kumpulan Asy-Syabab . Selain itu juga diadakan pertandingan acara-acara seperti nasyid berkumpulan, nasyid secara solo , sajak dan azan .

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan khas daripada Tuan Hj. Mgt Husain Bin Mgt Jaaffar , Pengarah IKBN Kuala Langat dengan persembahan sajak yang bertajuk Dunia Akhir Zaman.

Turut serta dalam persembahan pada malam itu ialah kumpulan nasyid pegawai-pegawai IKBN Kuala Langat.

 

Oleh :

Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

nazlin@kbs.gov.my

Gambar oleh :

Ustaz Zainuddin Bin Othman  

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Kuala Langat | Berita Fri, 04 Nov 2016 00:53:27 +0800
SUKARELAWAN HARI MERDEKA 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/486-sukarelawan-hari-merdeka-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/486-sukarelawan-hari-merdeka-2016.html SUKARELAWAN HARI MERDEKA 2016

IKBN KUALA LANGAT, 8 SEPTEMBER 2016 –Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat telah dijemput untuk bersama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2016. Empat puluh orang pelajar telah dipilih sebagai sukarelawan telah bertugas bagi membantu kelancaran program tersebut. 


Penyertaan pelajar dalam program ini juga membolehkan pelajar melihat tempat orang dan meluaskan pengetahuan mereka tentang sambutan kemerdekaan. Keadaan ini akan memberikan satu pengalaman yang berharga buat seseorang pelajar.

 

Berita oleh: Hus Zaidi Bin Shamsu Ariffin (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Fri, 09 Sep 2016 02:30:18 +0800
MALAM KEBUDAYAAN IKBN MERDEKA 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/485-malam-kebudayaan-ikbn-merdeka-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/485-malam-kebudayaan-ikbn-merdeka-2016.html MALAM KEBUDAYAAN IKBN MERDEKA 2016

IKBN KUALA LANGAT, 8 SEPTEMBER 2016 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Kuala Langat telah mengajurkan Malam Kebudayaan IKBN Merdeka pada 6 September 2016 bertempat di Dewan Ibnu Sina, IKBN Kuala Langat. 

   Sebanyak 3 kategori yang berkonsepkan kemerdekaan telah dipertandingkan iaitu sajak, nyanyian dan lakonan. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar IKBN Kuala Langat. Pertandingan diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat IKBN Kuala Langat.

   Dengan adanya program-program sebegini, pelajar-pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyerlahkan bakat dalam diri masing-masing. Di samping itu juga, program ini dapat memupuk semangat patriotism dan cintakan negara.

 

Berita oleh: Hus Zaidi Bin Shamsu Ariffin (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Fri, 09 Sep 2016 02:21:21 +0800
PROGRAM FIT MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/482-program-fit-malaysia-peringkat-negeri-sembilan-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/482-program-fit-malaysia-peringkat-negeri-sembilan-2016.html PROGRAM FIT MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2016

IKBN KUALA LANGAT, 4 SEPTEMBER 2016 – Program Fit Malaysia anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang berlangsung di Dataran Padang Dataran Rembau, Negeri Sembilan telah menarik penyertaan seramai lebih daripada 15,000 orang. Program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri Sembilan ini dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan. Turut hadir bersama adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin, Pemimpin-Pemimpin, Ketua-Ketua Kerajaan Persekutuan, Negeri serta Daerah. 

   Pelajar IKBN Kuala Langat juga turut terlibat dalam program pada hari tersebut. Seramai 6 orang pelajar Jurusan Terapi Sukan dan 1 orang Pengajar telah menganjurkan beberapa aktiviti dan pameran berkaitan Terapi Sukan sempena hari tersebut. Antara aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh pelajar IKBN Kuala Langat adalah Sport Massage. Tapak pameran ini juga telah menerima kunjungan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan Sport Massage.

 

Berita oleh: Ida Shahiza Binti Saharom (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Tue, 06 Sep 2016 01:33:01 +0800
NOTIS SEBUT HARGA: MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN GUNA HABIS BAGI JABATAN TEKNOLOGI AWAM (HIASAN DALAMAN & PERABOT), IKBN KUALA LANGAT TAHUN 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/459-notis-sebut-harga-membekal-dan-menghantar-bahan-guna-habis-bagi-jabatan-teknologi-awam-hiasan-dalaman-perabot-ikbn-kuala-langat-tahun-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/459-notis-sebut-harga-membekal-dan-menghantar-bahan-guna-habis-bagi-jabatan-teknologi-awam-hiasan-dalaman-perabot-ikbn-kuala-langat-tahun-2016.html
No. Sebut Harga Tajuk Kod Bidang Tarikh Iklan Tarikh Taklimat / Lawatan Tapak Tarikh Tutup
 IKBNKL/S/SH:BIL.9/2016   SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN GUNA HABIS BAGI JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (HIASAN DALAMAN & PERABOT) DI IKBN KUALA LANGAT, BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN   130101   26 OGOS 2016   29 OGOS 2016   05 SEPTEMBER 2016 

 

Daripada:

Cawangan Pembangunan & Perolehan
IKBN Kuala Langat

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Mon, 29 Aug 2016 19:42:00 +0800
PELAJAR IKBN KUALA LANGAT MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN VIDEO LIVE STREAMING SEMPENA SEMINAR IYRES 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/381-pelajar-ikbn-kuala-langat-mengendalikan-perkhidmatan-video-live-streaming-sempena-seminar-iyres-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/381-pelajar-ikbn-kuala-langat-mengendalikan-perkhidmatan-video-live-streaming-sempena-seminar-iyres-2016.html PELAJAR IKBN KUALA LANGAT MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN VIDEO LIVE STREAMING SEMPENA SEMINAR IYRES 2016

IKBN KUALA LANGAT, 11 OGOS 2016 – Jabatan Teknologi Multimedia IKBN Kuala Langat telah diberi amanat bagi memberi khidmat bantu dan sokongan dalam perkhidmatan video “Live Streaming” yang diadakan sempena Seminar Penyelidikan IYES 2016, pada 9hb hingga 10hb Ogos 2016 di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. 

   Seramai 4 orang pelajar semester akhir jurusan Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Perekabentuk Multimedia Pengarangan) SKM 3 bersama seorang pengajar telah ditugaskan sebagai videographer untuk seminar ini. Khidmat bantu video live streaming ini, secara langsungnya adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar jurusan multimedia tentang kerja amali dan pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu juga, bagi membina keyakinan para pelajar tentang teknik multiple camera production (MCP).

 

Berita oleh: Affizie Bin Abu Kassim (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

{backbutton}

]]>
ikbn-kuala-langat@email.com (IKBN Kuala Langat Admin) IKBN Kuala Langat | Berita Tue, 16 Aug 2016 22:55:22 +0800